PAS-DAP halal, kenapa UMNO-MCA haram ??

>> Friday, March 23, 2012

1)Kenapa Parti Islam berpakat dengan DAP, sebuah parti dominasi Cina yang bukan Islam?
Kenapa Parti Islam menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti dominasi Melayu beragama Islam?

2)Parti Islam menjawab, dalam fiqh siyasah Islamiyah (Politik Islam), dibenarkan bertahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan bukan Islam. UMNO membidas, Parti Islam sudah lari dari landasan perjuangan. Jika demikian UMNO sudah lama menggunakan Tahalluf siyasi dengan MCA dan MIC, komponen bukan Islam dalam BN.

3)Kenapa Parti Islam, apabila dulu membidas UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, dikatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang pula Parti Islam menghalalkan pakatan dengan bukan Islam dalam PR dengan nama tahaluf siyasi? Apakah pada parti lawan dilabel haram, pada parti sendiri dikatakan tahalluf siyasi?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini beberapa hujah ilmiyah dan logika politik semasa diperlukan.

Seperti yang dijawab oleh beberapa pimpinan Parti Islam, pakatan Parti Islam dalam PR adalah bersaskan tahalluf, bukan berasaskan wala' seperti UMNO dalam BN.

Apa itu pakatan tahalluf? Apa itu gabungan wala'?

4)Tahalluf bererti kerjasama, yang disepakati pada kesamaan tertentu dalam hala tuju parti.
Wala' pula adalah gabungan yang mengorbankan prinsip, asalkan dapat berkuasa, prinsip boleh digadai.

5)Apakah ini label baru yang Parti Islam mereka-reka untuk menghalalkan hubungannya dengan DAP yang bukan Islam? Sedangkan dulu Parti Islam melaungkan 'Haram' bekerjasama dengan parti Kafir, siap dengan ayat-ayat quran sebagai hujah pengharaman mengambil kafir sebagai awliya'. Apakah Parti Islam benar-benar sudah berubah?

6)Tidak, dari segi prinsip dan dasar, Parti Islam terus mengekalkan dasarnya, tanpa berubah. Mereka yang tidak faham antara dasar dan strategi pembawaan pasti akan terkeliru dengan perubahan yang di bawa Parti Islam.

7)Hukum mengambil orang kafir sebagai awliya' adalah haram, dan hukum ini tidak pernah berubah. Memberi maksud, hubungan wala' dengan parti kafir atau orang kafir adalah haram. Gabungan wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC tetap haram, kerana UMNO tetap menggadai prinsip partinya demi mengekalkan gabungan BN untuk terus berkuasa.

8) Firman ALLAH dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Janganlah mengambil orang-orang yang mukminin orang­-orang yang kafir sebagai awliya' (pemimpin) lebih daripada orang-orang yang beriman. Dan barang siapa, yang berbuat demikian itu maka tidaklah ada dari ALLAH sesuatu juapun. Kecuali bahwa kamu berawas diri dari mereka itu sebenar awas. Dan ALLAH memperingatkan kamu benar-benar akan diriNya. Dan kepada Allahlah tujuan kamu." (Surah A~li 'Imran: 28)

9) Hubungan wala' atau awliya' dengan bukan Islam tidak dibenarkan. Akan tetapi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi demi mencapai suatu tujuan maslahah adalah diharuskan. Parti Islam tidak bekerjasama dengan DAP melainkan atas kesepakatan menuntut keadilan diberikan kepada semua rakyat. Inilah titik persamaaan yang ada pada Parti Islam, DAP dan PKR dalam tahalus siyasi. Adapun isu perlaksanaan hudud, negara Islam dan seumpamanya, dibantah keras DAP, dan Parti Islam tidak pernah mengendurkan niat untuk tujuan itu semata-mata kerana tekanan DAP. Ini melambangkan parti-parti ini hanya bekerjasama pada untuk persamaan, dan tidak menggadaikan prinsip parti masing-masing.

10) Sedangkan UMNO-MCA-MIC saling menggadai prinsip demo untuk terus berkuasa. Kadang-kadang kita dapat lihat UMNO tunduk pada ugutan MCA. Kadang-kadang MCA juga terpaksa akur dengan keris UMNO. Gabungan ini dilihat masih wujud kerana berpaksikan kuasa. Jika kuasa terlepas dari mereka, kita akan lihat mereka akan berpecah. Lihat sahaja parti GERAKAN, salah satu rakan dalam gabungan wala' tersebut. GERAKAN tewas teruk dalam PRU12 lalu, bermakna GERAKAN hilang 'kuasa' dalam gabungan BN tersebut. Lihat apa jadi pada GERAKAN, sehingga pengerusinya 'dipaksa' untuk tidak bertanding dalam PRU DUN amhu pun parlimen. Desas-desus mengatakan UMNO menjadi dalang dalam perkara ini. Jika benar, tidak hairan, kerana itulah hasil perkongsian kuasa atas dasar wala'. Siapa kuat akan menindas yang lemah. Siapa yang kuat akan men'demand' pelik-pelik.

11) Tahaluf dalam PR pula tidak seperti wala' dalam BN. Parti Islam walaupun bilangan kerusi yang dimenangi paling sedikit berbanding DAP dan PKR, namun Parti Islam tidak dilihat lemah dam mudah dimanipulasi. Parti Islam juga tidak mengalami 'inferioriti complex' dalam pakatan Rakyat. Lihat pula kejadian lompat-melompat para pengkhianat dari PKR, menyebabkan kerusi PKR merosot, menjadi lebih seidkit daripada DAP. Jika amalan wala' dalam BN terjadi dalam PR, sudah tentu jawatan ketua Pembangkang akan diambil alih oleh DAP - Lim Kit Siang. Dato Seri Anwar akan tersingkir. Akan tetapi PR adalah pakatan tahaluf. Berkongsi dan berpakat dalam hal yang sama, yakni menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan BN. Maka Dato Seri Anwar dari PKR terus menjadi ketua Pembangkang sebulat suara dalam PR.

12) Dalam perspektif ilmiyah seperti yang dianjurkan dalam Islam, ALLAH tidak melarang kita bekerjasama dengan bukan Islam, atas dasar menetang kezaliman. Kerana ALLAH amat tidak menyukai perbuatan zalim dan menzalimi sesama manusia. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tiada sepatah pun sabda Nabi S.A.W yang membenarkan umat Islam berpakat, atau bekerjasama dengan kezaliman, sekalipun kezaliman itudilakukan oleh khalifah Islam.

13) Lihat akhlak tabien seperti Imam Abu Hanifah, tidak sekali-kali bersama dengan khalifah yang zalim sekalipun khalifah itu beragama Islam, mengucap syahadah dan menjadi imam solat jamaah. Beliau rela dipenjara dan disiksa pemerintah daripada menurutnya.

14) Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud bahawa jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api nerakalah selayaknya. Cenderung pun tidak boleh, apatah lagi menyokong, mengundi ataupun bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman.

15) Dalam surah al-kahfi ayat 29, ALLAH berfirman : Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. "

16) ayat tersebut jelas, sesiapa yang mahu beriman, maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu beriman, silakanlah. Biarlah, itu urusan ALLAH, ALLAH yang akan menentukan nasib mereka yang mahu beriman atau tidak beriman. Tugas kita adalah menyeru dan menyampaikan sahaja.

17) Akan tetapi bab kezaliman, ALLAH tidak pernah berkata 'Jika kamu hendak berlaku adil, maka buatlah adil. Jika kamu hendak berlaku zalim, maka buatlah kezaliman.' Tidak! tidak pernah sama sekali, malah ALLAH mengancam orang-orang zalim dengan azab yang dahsyat. ALLAH menyuruh kita menjjauhi daripada berlaku zalim. Nabi S.A.W menyuruh kita menentang kezaliman.

18) barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (lisan,pena), jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati (menbencinya, menjauhinya). Itu selemah-lemah iman. maka kezaliman adalah satu kemungkaran, yang wajib umat islam mencegahnya. Wajib umat melawannya.

19) Bersepakat dengan orang tidak beriman tidak ada nas yang melarangnya, asalkan bukan pakatan wala' yang merugikan umat islam. tetapi bersekongkol dengan kezaliman sekalipun kezaliman itu dianuti umat islam, hukumnya haram, dan azab menanti. Jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api neraka akan menyambarnya.

20) Maka dalam hal ini, UMNO-MCA-MIC dalam gabungan mereka melakukan kezaliman, wajib ditentang oleh rakyat. Wajib ditentang oleh orang-orang beriman. Harus umat Islam bersama-sama dengan orang bukan Islam untuk menjatuhkan kezaliman yang besar BN. Tidak boleh umat islam bersama UMNO sekalipun UMNO itu terdapat orang Islam, kerana mereka menganut prinsip zalim, menindas dan asobiyyah.

21) DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan prinsip keadilan. Keadilan yang bagaimana, tidak sepenuhnya diketahui. Akan tetapi bukti-bukti telah mereka tunjukkan, untuk kita sama-sama bertahaluf dengan mereka.

22) Parti Islam sepatutnya berpakat dengan parti-parti yang berlandaskan prinsip Taqwa. Namun dalam negara kita, parti manakah lagi yang mahu menggunakan prinsip Taqwa, yakni berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan Qias? Tidak ada. Maka option kedua yang ALLAH kemukakan adalah prinsip adil. Sesiapa atau parti mana yang mahu menggunakan prinsip Adil, kita hendaklah menyokong dan berpakat dengan mereka. Kerana Adil itu aqrobu littaqwa. Adil itu lebih hampir kepada Taqwa.

23) dalam hal ini, bayang-bayang UMNO untuk berlaku adil tidak sedikitpun kelihatan. Lihat sahaja isu-isu yang dibangkitkan. Terbaru, isu lembu Fidlot, isu Bil perhimpunan Aman. Adakah isu menandakan adilnya UMNO? tidak. mereka menzalimi rakyat. Rakuyat diperas harta mereka, sedangkan pemimpin dan kroni UMNO/BN bermewah atas harta rakyat. tidak zalimkah?

24) Maka sesiapa yang cenderung kepada kezaliman, fannaru awla bih. Maka api neraka lebih awla baginya. Maka jahuilah UMNO/BN. Parti islam telah membuat pilihan tepat dengan memilih PR untuk kersama tahaluf dengan DAP dan PKR, selagimana kesepakatannya adalah berprinsipkan keadilan.

WaLLHu a'lam

2 comments:

Tajul Muluk March 23, 2012 at 8:55 PM  

MCA itu Kafir Harbi yang secara terangan menolak dan memusuhi Islam.

DAP parti berbilang bangsa dan agama,
telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memartabatkan Islam seperti dilakukan di Pulau Pinang.

UMNO parti orang Melayu yang membunuh Islam sebab itu serasi dengan kafir Harbi MCA.Wajib bagi umat Islam memeranginya.

Anonymous March 24, 2012 at 11:38 PM  

ya! teruskan mengeksploitasi agama.. islam memang untuk kau aje... org lain tak de hak.. ehh lupa lak aku.. korg dah confirm syurgakan? teruskan.....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP