Takziah buat Baginda Sultan Perak

>> Thursday, March 29, 2012


Assalamualaikum kepada semua pelayar blog ini khususnya kepada pecinta jalan menuju Allah dan Rasul, Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang merupakan putera kedua Sultan Azlan Shah telah pulang ke hadrat Allah Rabbul Jalil pada pagi yang mulia ini iaitu pagi Saiyidul ayyam (penghulu segala hari)Jumaat 30 Mac 2012 ,  semoga rahmat Allah bercucuran menyelubungi roh beliau Aminnn...aminn Ya Robbal 'alamin.


Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawall 1.30 pagi tadi.

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah,  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah  melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum  Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Ameen.

Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )



Read more...

>> Wednesday, March 28, 2012



WASSATIYYAH UMNO.. Sudah terpaksa apa nak buat..

Read more...


KEPADA AHLI-AHLI PAS YANG ADA ANAK, ANAK SEDARA YANG MAHU MELANJUTKAN KE MENARA GADING SANGAT ELOK JOIN PROGRAM NI, SUPAYA BILA MEREKA MASUK 'U' NANTI TERIKUT-IKUT DENGAN KEJUTAN BUDAYA TERUTAMA YANG UMNO/BN ANJURKAN..

Read more...

PRU 13 - Insya'Allah UMNO bakal tumbang, Islam Akan Menang


Read more...

Adil ikut Dacing UMNO


Read more...

Hobi pimpinan UMNO

>> Tuesday, March 27, 2012

YB kat Melaka (Gambar) yang kena cekup dalam serbuan di Pusat Hiburan Melaka Raya awal pagi semalam sebenarnya baru pulang dari solat tahajud di sebuah masjid,ketika pulang dan merasakann bertanggungjawab kerana baru dilantik sebagai Timbalan Hal Ehwal Agama Islam Melaka (klik) maka beliau singgah sebentar di pusat hiburan tersebut untuk menziarahi pengunjung dan bertanyakan khabar serta masalah pekerja di dalamnya..

Jangan sangka buruk..tapi perangai ini memang burukkk.

Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003) - Sinar Harian

Read more...

TANDA-TANDA BN AKAN BUNGKUS DI PRU 13

>> Sunday, March 25, 2012

Kajang, 02 Jmadil Awal 1433 = 25 Mac 2012 (Ahad):


Ketika Dato` Seri Najib sibuk berkeliling Negara berkempen untuk pilihanraya dan memberi tumpuan khusus terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, lebih khusus lagi terhadap Selangor dan semalam nampaknya beliau berkeyakinan sokongan berpihak kepadanya yang selama ini diisyaratkan meningkat hingga 62%, maka semalam beliau menyebut pilihanraya sudah dekat.

Namun sebagai pukulan terhadap keyakinannya, maka pada hari ini satu perhimpunan secara besar-besaran masyarakat Cina yang memberi sokongan terhadap desakan agar kekurangan guru-guru di sekolah-sekolah Cina hendaklah diatasi segera. Desakan melalui perhimpunan ini dilakukan di dalam kawasan Kolej Dong Jiau Zong, di Kajang. Adun Bangi yang sebelumnya menerima jemputan rasmi ke perhimpunan ini turut hadir ke perhimpunan ini yang termasuk di bawah Dun Bangi, iaitu mulai jam 11.00 pagi. Dalam perjalanan ke perhimpunan melalui Lebuhraya Silk sebelum membelok ke Jalan Bukit di mana lokasi perhimpunan diadakan, Adun melihat jejaran bas-bas yang datang dari pelbagai tempat termasuk dari luar Selangor beratus buah memenuhi ruang-ruang di hadapan bangunan-bangunan Kajang Sentral membawalah ke Jalan Bukit. Kereta pula memenuhi segala ruang dan manusia pula mengombak penuh di luar pagar lebih-lebih lagi di dalam kawasan Dong Jiau Zong.

Walau bagaimana Adun bersama saudara Azizi, walaupun di tengah-tengah kesesakan kenderaan dan manusia, kerana ada Logo Pas dan Negeri Selangor pada kenderaan Pusat Khidmat Adun Bangi diberi ruang terus masuk ke dalam kawasan dan parking di bahagian atas kawasan berbukit. Pada asalnya oleh kerana terlampau ramai dengan hadirin dan begitu sukar untuk mencelah masuk, Adun mengambil keputusan untuk mendengar dari jauh, tetapi Adun dipandu oleh AJK mencelah antara sesak manusia dibawa ke hadapan majlis yang sedang berjalan dengan ucapan-ucapan para pemimpin Dong Zong (United Chinese School Committees Association). Adun diberi tempat duduk menggantikan tempat Dato` Abu Bakar Chik yang keluar lebih awal. Kedapatan yang hadir antaranya Y.B. Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, En. Jiau Ming Bekas Menteri Kesihatan yang menyertai Pakatan dan memimpin Pakatan di Johor, beberapa Exco dari Pakatan Rakyat Negeri Selangor seperti Elizabeth Wong, Ronnie Liu, Ean Yong, Dr. Halimah (Exco Pendidikan) yang tiba agak lewat, tetapi cuba diserbu oleh hadirin, kerana mengalu-alukan kehadirannya – kerana bantuan tahunan Sekolah, termasuk Sekolah Cina. Untuk keselamatannya beliau dikawal dari serbuan. Yang agak berani datang di tengah-tengah semangat dan kemarahan rakyat ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Kia Siong – kita hormati keberaniannya. Kehadiran beliau menjadi objek kemarahan. Sebab itu setiap sambutan terhadap ucapan dan sorakan dituju kepada Datuk Wee Kia Siong. Orang ramai yang hadir mengacah-ngacah terhadapnya yang berdekatan dengan Dr. Halimah. Kita menjangka beliau diberi peluang berucap, sekurang-kurangnya untuk menjawab perkara yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin Dong Zong, tapi nampaknya tidak diberi peluang dan tidak juga pemimpin-pemimpin politik yang lain. Ucapan lima, enam orang adalah dari pemimpin Dong Zong dan seorang pemimpin Sekolah Tamil. Yang lain hadir dan turut berslogan dan bersorak. Pada akhirnya dibacakan resolusi oleh pemimpin Dong Zong yang diucapkan dalam bahasa Mandarin, Melayu dan English yang mahu masalah kekurangan guru-guru dan fasiliti di sekolah-sekolah Cina diselesaikan segera.

Apabila Majlis berakhir jam 12.30 tengahari, perlindungan keselamatan terpaksa diberi kepada Timbalan Menteri Pelajaran, kerana beliau diserbu orang ramai dan terpaksa diiring keluar oleh pasukan keselamatan bagi keselamatannya, manakala yang lain-lain terpaksa bersesak-sesak dalam himpunan manusia yang dijangka berjumlah dalam lingkungan 20 ribu orang.

Apa yang hendak ditunjukkan bahawa, BN tidak mudah untuk mendapat sokongan dari masyarakat Cina yang dikatakan mulai ada perubahan sokongan terhadap BN. Tapi dari bukti hari ini dan isu ini terus diperhidupkan, terutama dalam masyarakat Cina, maka adalah sukar bagi BN mendapat sokongan dari masyarakat Cina.

Di dalam konteks Selangor yang dari survey, menunjukkan Pakatan Rakyat makin meningkat dari sokongan rakyat (65%), maka dengan sokongan rakyat, termasuk orang-orang Cina, peluang untuk menawan Selangor adalah tipis. Perlu diingatkan bahawa pengaruh terhadap Najib, tidak bererti pengaruhnya turut berlaku pada wakil rakyat BN setempat. Misalnya Datuk Seri Najib, turun membahagi bantuan banjir kepada penduduk Hulu Langat yang berkelayakan menerima, memanglah mendapat pujian dari setengah pihak dan sanjungan terhadap Najib. Tapi yang perlu diingat oleh rakyat, ialah wakil atau pemimpin setempat yang bekerja sepenuh masa dan berterusan memberi khidmat. Ini adalah penilaian utama, bukan datang sebagai bidan terjun dan sekaligus beri bantuan. Kita yakin dengan melihat kepada kepimpinan negeri Selangor di dalam Dewan Negeri Selangor, prestasi mereka jauh lebih rendah dari ahli-ahli Dewan dari Kerajaan Pakatan, sebagai contoh perbandingan dari segi idea dan komitmen mereka di dalam Dewan dan mungkin juga di luar Dewan – di tempat masing-masing. Sedang isu tempatan, negeri dan nasional yang dihadapi BN jauh lebih banyak dan tak diselesaikan. Ini semua kita berharap dapat diberi pertimbangan yang wajar oleh rakyat.

Berilah kepercayaan kepada yang bekerja berterusan, mempunyai agenda untuk rakyat berterusan, bukan kerana dekat dengan pilihanraya, baru mulai mahu bekerja.

Sekian.

Read more...

JASA-JASA UMNO PADA RAKYAT

>> Friday, March 23, 2012

Read more...

Selamatkan Malaysia Tolak UMNO BN PRU 13



Read more...

PAS-DAP halal, kenapa UMNO-MCA haram ??

1)Kenapa Parti Islam berpakat dengan DAP, sebuah parti dominasi Cina yang bukan Islam?
Kenapa Parti Islam menolak untuk bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti dominasi Melayu beragama Islam?

2)Parti Islam menjawab, dalam fiqh siyasah Islamiyah (Politik Islam), dibenarkan bertahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan bukan Islam. UMNO membidas, Parti Islam sudah lari dari landasan perjuangan. Jika demikian UMNO sudah lama menggunakan Tahalluf siyasi dengan MCA dan MIC, komponen bukan Islam dalam BN.

3)Kenapa Parti Islam, apabila dulu membidas UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dalam BN, dikatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang pula Parti Islam menghalalkan pakatan dengan bukan Islam dalam PR dengan nama tahaluf siyasi? Apakah pada parti lawan dilabel haram, pada parti sendiri dikatakan tahalluf siyasi?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini beberapa hujah ilmiyah dan logika politik semasa diperlukan.

Seperti yang dijawab oleh beberapa pimpinan Parti Islam, pakatan Parti Islam dalam PR adalah bersaskan tahalluf, bukan berasaskan wala' seperti UMNO dalam BN.

Apa itu pakatan tahalluf? Apa itu gabungan wala'?

4)Tahalluf bererti kerjasama, yang disepakati pada kesamaan tertentu dalam hala tuju parti.
Wala' pula adalah gabungan yang mengorbankan prinsip, asalkan dapat berkuasa, prinsip boleh digadai.

5)Apakah ini label baru yang Parti Islam mereka-reka untuk menghalalkan hubungannya dengan DAP yang bukan Islam? Sedangkan dulu Parti Islam melaungkan 'Haram' bekerjasama dengan parti Kafir, siap dengan ayat-ayat quran sebagai hujah pengharaman mengambil kafir sebagai awliya'. Apakah Parti Islam benar-benar sudah berubah?

6)Tidak, dari segi prinsip dan dasar, Parti Islam terus mengekalkan dasarnya, tanpa berubah. Mereka yang tidak faham antara dasar dan strategi pembawaan pasti akan terkeliru dengan perubahan yang di bawa Parti Islam.

7)Hukum mengambil orang kafir sebagai awliya' adalah haram, dan hukum ini tidak pernah berubah. Memberi maksud, hubungan wala' dengan parti kafir atau orang kafir adalah haram. Gabungan wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC tetap haram, kerana UMNO tetap menggadai prinsip partinya demi mengekalkan gabungan BN untuk terus berkuasa.

8) Firman ALLAH dalam al-Qur'an yang bermaksud: "Janganlah mengambil orang-orang yang mukminin orang­-orang yang kafir sebagai awliya' (pemimpin) lebih daripada orang-orang yang beriman. Dan barang siapa, yang berbuat demikian itu maka tidaklah ada dari ALLAH sesuatu juapun. Kecuali bahwa kamu berawas diri dari mereka itu sebenar awas. Dan ALLAH memperingatkan kamu benar-benar akan diriNya. Dan kepada Allahlah tujuan kamu." (Surah A~li 'Imran: 28)

9) Hubungan wala' atau awliya' dengan bukan Islam tidak dibenarkan. Akan tetapi kerjasama dalam bentuk tahalus siyasi demi mencapai suatu tujuan maslahah adalah diharuskan. Parti Islam tidak bekerjasama dengan DAP melainkan atas kesepakatan menuntut keadilan diberikan kepada semua rakyat. Inilah titik persamaaan yang ada pada Parti Islam, DAP dan PKR dalam tahalus siyasi. Adapun isu perlaksanaan hudud, negara Islam dan seumpamanya, dibantah keras DAP, dan Parti Islam tidak pernah mengendurkan niat untuk tujuan itu semata-mata kerana tekanan DAP. Ini melambangkan parti-parti ini hanya bekerjasama pada untuk persamaan, dan tidak menggadaikan prinsip parti masing-masing.

10) Sedangkan UMNO-MCA-MIC saling menggadai prinsip demo untuk terus berkuasa. Kadang-kadang kita dapat lihat UMNO tunduk pada ugutan MCA. Kadang-kadang MCA juga terpaksa akur dengan keris UMNO. Gabungan ini dilihat masih wujud kerana berpaksikan kuasa. Jika kuasa terlepas dari mereka, kita akan lihat mereka akan berpecah. Lihat sahaja parti GERAKAN, salah satu rakan dalam gabungan wala' tersebut. GERAKAN tewas teruk dalam PRU12 lalu, bermakna GERAKAN hilang 'kuasa' dalam gabungan BN tersebut. Lihat apa jadi pada GERAKAN, sehingga pengerusinya 'dipaksa' untuk tidak bertanding dalam PRU DUN amhu pun parlimen. Desas-desus mengatakan UMNO menjadi dalang dalam perkara ini. Jika benar, tidak hairan, kerana itulah hasil perkongsian kuasa atas dasar wala'. Siapa kuat akan menindas yang lemah. Siapa yang kuat akan men'demand' pelik-pelik.

11) Tahaluf dalam PR pula tidak seperti wala' dalam BN. Parti Islam walaupun bilangan kerusi yang dimenangi paling sedikit berbanding DAP dan PKR, namun Parti Islam tidak dilihat lemah dam mudah dimanipulasi. Parti Islam juga tidak mengalami 'inferioriti complex' dalam pakatan Rakyat. Lihat pula kejadian lompat-melompat para pengkhianat dari PKR, menyebabkan kerusi PKR merosot, menjadi lebih seidkit daripada DAP. Jika amalan wala' dalam BN terjadi dalam PR, sudah tentu jawatan ketua Pembangkang akan diambil alih oleh DAP - Lim Kit Siang. Dato Seri Anwar akan tersingkir. Akan tetapi PR adalah pakatan tahaluf. Berkongsi dan berpakat dalam hal yang sama, yakni menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan BN. Maka Dato Seri Anwar dari PKR terus menjadi ketua Pembangkang sebulat suara dalam PR.

12) Dalam perspektif ilmiyah seperti yang dianjurkan dalam Islam, ALLAH tidak melarang kita bekerjasama dengan bukan Islam, atas dasar menetang kezaliman. Kerana ALLAH amat tidak menyukai perbuatan zalim dan menzalimi sesama manusia. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran, dan tiada sepatah pun sabda Nabi S.A.W yang membenarkan umat Islam berpakat, atau bekerjasama dengan kezaliman, sekalipun kezaliman itudilakukan oleh khalifah Islam.

13) Lihat akhlak tabien seperti Imam Abu Hanifah, tidak sekali-kali bersama dengan khalifah yang zalim sekalipun khalifah itu beragama Islam, mengucap syahadah dan menjadi imam solat jamaah. Beliau rela dipenjara dan disiksa pemerintah daripada menurutnya.

14) Malah Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud bahawa jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api nerakalah selayaknya. Cenderung pun tidak boleh, apatah lagi menyokong, mengundi ataupun bekerjasama dengan pihak yang melakukan kezaliman.

15) Dalam surah al-kahfi ayat 29, ALLAH berfirman : Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek. "

16) ayat tersebut jelas, sesiapa yang mahu beriman, maka berimanlah. Sesiapa yang tidak mahu beriman, silakanlah. Biarlah, itu urusan ALLAH, ALLAH yang akan menentukan nasib mereka yang mahu beriman atau tidak beriman. Tugas kita adalah menyeru dan menyampaikan sahaja.

17) Akan tetapi bab kezaliman, ALLAH tidak pernah berkata 'Jika kamu hendak berlaku adil, maka buatlah adil. Jika kamu hendak berlaku zalim, maka buatlah kezaliman.' Tidak! tidak pernah sama sekali, malah ALLAH mengancam orang-orang zalim dengan azab yang dahsyat. ALLAH menyuruh kita menjjauhi daripada berlaku zalim. Nabi S.A.W menyuruh kita menentang kezaliman.

18) barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah (lisan,pena), jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hati (menbencinya, menjauhinya). Itu selemah-lemah iman. maka kezaliman adalah satu kemungkaran, yang wajib umat islam mencegahnya. Wajib umat melawannya.

19) Bersepakat dengan orang tidak beriman tidak ada nas yang melarangnya, asalkan bukan pakatan wala' yang merugikan umat islam. tetapi bersekongkol dengan kezaliman sekalipun kezaliman itu dianuti umat islam, hukumnya haram, dan azab menanti. Jangan sekali-kali cenderung kepada kezaliman, kelak api neraka akan menyambarnya.

20) Maka dalam hal ini, UMNO-MCA-MIC dalam gabungan mereka melakukan kezaliman, wajib ditentang oleh rakyat. Wajib ditentang oleh orang-orang beriman. Harus umat Islam bersama-sama dengan orang bukan Islam untuk menjatuhkan kezaliman yang besar BN. Tidak boleh umat islam bersama UMNO sekalipun UMNO itu terdapat orang Islam, kerana mereka menganut prinsip zalim, menindas dan asobiyyah.

21) DAP dan PKR adalah parti yang memperjuangkan prinsip keadilan. Keadilan yang bagaimana, tidak sepenuhnya diketahui. Akan tetapi bukti-bukti telah mereka tunjukkan, untuk kita sama-sama bertahaluf dengan mereka.

22) Parti Islam sepatutnya berpakat dengan parti-parti yang berlandaskan prinsip Taqwa. Namun dalam negara kita, parti manakah lagi yang mahu menggunakan prinsip Taqwa, yakni berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, ijmak dan Qias? Tidak ada. Maka option kedua yang ALLAH kemukakan adalah prinsip adil. Sesiapa atau parti mana yang mahu menggunakan prinsip Adil, kita hendaklah menyokong dan berpakat dengan mereka. Kerana Adil itu aqrobu littaqwa. Adil itu lebih hampir kepada Taqwa.

23) dalam hal ini, bayang-bayang UMNO untuk berlaku adil tidak sedikitpun kelihatan. Lihat sahaja isu-isu yang dibangkitkan. Terbaru, isu lembu Fidlot, isu Bil perhimpunan Aman. Adakah isu menandakan adilnya UMNO? tidak. mereka menzalimi rakyat. Rakuyat diperas harta mereka, sedangkan pemimpin dan kroni UMNO/BN bermewah atas harta rakyat. tidak zalimkah?

24) Maka sesiapa yang cenderung kepada kezaliman, fannaru awla bih. Maka api neraka lebih awla baginya. Maka jahuilah UMNO/BN. Parti islam telah membuat pilihan tepat dengan memilih PR untuk kersama tahaluf dengan DAP dan PKR, selagimana kesepakatannya adalah berprinsipkan keadilan.

WaLLHu a'lam

Read more...


Pemimpin Wanita Harapan Melayu .. selain pengundi Manjoi. 

Read more...

>> Tuesday, March 20, 2012

JOM BBQ ANAK MUDA KALI KE 5 .. MAKAN SAMBIL BERHIBUR..

JEMPUT SEMUA ADIK BERADIK HADIR..

Read more...

PASTAMBUN berwajah baru..

Tahniah kepada Krew PASTAMBUN kerana akhirnya blog ini telah bertukar wajahnya, semoga dengan kehadiran Krew (tak ada nickname lagi) baru ini akan menambahkan cerianya Blog ini InsyAllah.. (GreenBoy)

Read more...

Infaq Fisabillilah


Read more...

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Read more...

Hubungan Malaysia Israel Sejak Bila???


Read more...

Gelombang Perak Kite Di Taman Bertuah Chemor






Gelombang Perakite bersempena konvoi pimpinan jelajah ke Perak. Pimpinan turun padang bertemu pengundi di Taman Bertuah, Chemor. Antara yang hadir Tuan Guru Presiden, Dato Seri Nizar, Ustaz Abu Bakar Husin, Cikgu Normala dll. Gempur Dun Manjoi dan Parlimen Tambun.
Hancur thagut!

Read more...

Sambutan Ketibaan Lawatan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Ke SABAH

SUMBER HARAKAH DAILY 

Read more...

Kenyataan Malek Nor Yang Bisa Memendam DukaNestapa kepada UMNO

>> Thursday, March 15, 2012

Kenyataan Malek Noor Ini "Menyakitkan Hati" Puak Umno..!!

“Hasrat saya untuk melihat negeri ini ( KELANTAN ) menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam. Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,” - Dato' Malek Noor ( 14 Mac 2012 | Sessi Sembang Petang Di KTC )..

Read more...

KEHADIRAN TN GURU NIK AZIZ MENYERIKAN MAJLIS PERKAHWINAN DATO MALIK NOR

>> Tuesday, March 13, 2012


Read more...

SELAMAT RAKYAT MANJOI : GELOMBANG PERAKITE MELANDA MANJOI BERSAMA TOK GURU PRESIDEN



untuk pengetahuan semua tmn bertuah adalah di bwah UPU Kg Chepor Dalam, pengundi nya sekitar 4000 org, PAS kalah d sini dulu hanya 222 undi sahaja dan Tmn Bertuah adalah salah 1 lokalitinya.. dn Kg Chepor Dalam ini juga adalah antara fix deposit UMNO/BN kerana pegundi melayu 95%.. JOM kita hijaukan DUN Manjoi dgn hadir ke GELOMBANG PERAKITE BERSAMA TOK GURU PRESIDEN ini..

Read more...

SELAMAT RAKYAT MANJOI: CERAMAH BERSAMA CIKGU MALA & SDR SITI AISHAH

Read more...

PUSH HEMTAM : MALAM UKHWAH PEMUDA

>> Tuesday, March 06, 2012

Read more...

MUNAJAT PERDANA BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

>> Monday, March 05, 2012

Read more...

CHUA JUI MENG LEBIH PAHAMISLAM DARI MAHATHIR :WHAT A SHAMED

>> Sunday, March 04, 2012

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT MANJOI

Read more...

PUISI..


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP