KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) - PR SEDIA KHIDMAT GUAMAN

>> Monday, March 14, 2011

Anda menjadi mangsa saman ekor? Ketahui hak anda!

APAKAH SAMAN EKOR?
-notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan
-dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ
- istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A

APA BEZA SAMAN EKOR DENGAN SAMAN2 YANG LAIN?
-saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepada pemilik kenderaan
-dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju
-saman2 lain dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus kesalahan dilakukan

APAKAH PINDAAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 YANG MENINDAS RAKYAT ?
i. memasukkan takrif imej yang dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagai bukti.
ii. memperkenalkan AES iaitu penguatkuasaan automatik yang akan menguntungkan dua syarikat swasta : BETA TEGAP SDN. BHD dan COMMERCIAL CIRCLE (M) SDN. BHD yang mengendalikan sistem ini.
iii. selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesalahan dan tiada saman ke Mahkamah.
iv. memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana2 jalan termasuk jalan persendirian untuk menguatkuasakan Akta ini.

HAK ANDA?
1. saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada anda sejurus kesalahan dilakukan
-kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan bernombor pendaftaran palsu menyamai nombor pendaftaran anda!

2. anda tidak sepatutnya membayar kompaun jika tidak melakukan kesalahan!
-saman ekor hanyalah notis meminta maklumat

3. anda tidak perlu membuat semakan "online" di PDRM/JPJ jika tidak menerima saman ekor
-pihak berkuasa perlu menyerah sendiri apa2 notis kepada anda

4. JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun saman ekor!
-PDRM/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke Mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. Selagi belum disabitkan dengan kesalahan, PDRM/JPJ TIDAK BERHAK melakukan hal tersebut.


Pakatan Rakyat akan menyediakan perkhidmatan guaman percuma untuk membawa kes saman ekor anda ke mahkamah melalui firma Tetuan Awi & Co.
Sila hubungi : 05-5271881 / 05-5271242 untuk maklumat lanjut.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP