HARI ANUGERAH CEMERLANG PASTI KAWASAN TAMBUN

>> Sunday, November 14, 2010


14 nOV 2010 : PASTI Kawasan Tambun telah mengadakan program tahunan mereka Hari Anugerah Cemerlang di Auditorium di Kompleks Islam Perak, kehadiran dari kalangan ibubapa telah mengakibatkan para jemputan tidak mencukupkan tempat duduk.

Majlis tersebut dirasmikan oleh AF Ust Zawawi Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, di dalam ucapan perasmian, beliau telah menyentuh beberapa perkara termasuklah dari segi pencapaian PASTI di peringkat kawasan dan negeri, apa yang dibanggakan oleh PASTI Negeri Perak ialah pembelian banggunan PASTI Negeri Perak dengan tunai dan pengiktirafan silibus PASTI adalah yang terbaik di Malaysia.

Kejayaan ini adalah dari pengorbanan semua yang terlibat dengan PASTI terutama para guru-guru yang ikhlas dalam mengajar dan mendidik anak-anak PASTI, walaupun ada yang pendapatan elaun tidak sampai RM100 sebulan.

Dan akhirnya beliau mengucapkan tahniah kepada PASTI Tambun kerana pencapaian yang amat memberangsangkan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun Dr Khairuddin Dato Abd Malek, Ketua Pemuda Sdr Zairul Azrun B Zainal Abidin dan Ketua Urusan Ulama Ust Wan Tarmizi Abd Aziz.

PASTI Kawasan Tambun mempunyai 12 cawangan PASTI dan menempatkan 420 orag pelajar, Ketua Pemudanya menyebut terdapat beberapa cawangan yang berpotensi untuk di buka pada masa-masa akan datang, dan ianya adalah dari permohonan penduduk tersebut, terutama kaum ibu, "ini adalah kerana mereka merasa cemburu dengan pembukaan PASTI di tempat lain, kerana mereka dapat merasakan perbezaan yang terdapat di PASTI dan Taman asuhan yang lain." ujar Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP