CONFIRM PROJEK KG CHEPOR DALAM PROJEK MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT

>> Friday, November 26, 2010

Tuan tanah yang diceroboh oleh Ketua Kampung Hj Sukiman... dia telah beri amaran supaya tutup semula tanah yang dikorek di tanahnya dalam tempoh 2 minggu kalau tidak dia akan saman

Kerja-kerja menimbus longkang yang sudah 70% siap, kerugian dan pembaziran wang rakyat, ini adalah kerana projek yang tidak terancang dan ikut cakap ketua kampung.

Semua longkang telah siap terpaksa di timbus semula kerana laluan longkang tersebut melalui tanah yang tidak di beri keizinan tuan tanah.

27 Nov 2010, Kg Chepor Dalam : Kami sekali lagi hari ini telah pergi ke tapak projek apabila salah seorang penduduk menghubungi malam tadi kerana , kerja-kerja menimbus longkang-longkang tersebut akan dijalankan esok (hari ini). Memang benar kerja-kerja menimbus longkang sedang dijalankan.

Kebetulan kami bertemu dengan tuan tanah yang baru sahaja tiba untuk memastikan kerja penimbusan dijalankan, beliau menjelaskan bahawa beliau baharu sahaja 4 bulan membeli tanah tersebut dari seorang taukei , beliau amat terkejut kerana ketua kampung sangat berani menceroboh tanahnya tanpa kebenarannya apatah lagi mengorek tanah dengan sesuka hati, beliau melalui peguamnya telah memberi amaran supaya menimbus semula dan menganti semua pokok yang dimusnahkan dalam projek membazir itu.

Kami juga bertemu dengan kontraktor yang membina projek tersebut, beliau berkata beliau sudah memberitahu Juruteknik PLB supaya selesaikan urusan tanah tersebut, tetapi Juruteknik itu berkata "ikut saja kata Ketua Kampung (Hj Sukiman) ", oleh kerana Ketua Kampung memberi lampu hijau beliau terus menjalankan kerja-kerja pembinaan kerana surat inden sudah diberikan, projek yang menelan belanja RM30000 tersebut terpaksa dihentikan kerana sebahagian dari projek longkang tersebut telah menceroboh tanah tanpa kebenaran pemiliknya, dan projek tersebut perlu dihentikan kerana pemiliknya akan menyaman jika projek itu diteruskan.

Sdr Zairul yang berada di situ berkata " 70% projek sudah siap, ini bermakna RM21,000 telah di hapuskan begitu sahaja, kerana longkang-longkang dan gelung yang telah siap terpaksa di timbus kerana tidak mendapat keizinan pemiliknya, inilah kerja orang Ketua Kampung UMNO yang mengambil mudah setiap apa yang dilakukan, orang kampung tak berani nak berkata apa kerana takut diugut oleh UMNO di situ, mereka duduk dalam keadaan ketakutan, apa sahaja ketua kampung kata ikut sahaja, hanya boleh simpan dalam hati.. projek ini telah membuka mata rakyat betapa rakusnya UMNO di kampung tersebut"

GreenBoy : Teman dapat tahu bukan ini sahaja, banyak lagi.. nanti kita terjah.. ok thx KP

1 comments:

Kembara Hati Sang Jejaka November 27, 2010 at 10:11 PM  

tanah saya kat sungai siput pun pernah jadi kes yg sama...
dah bawak ke mahkamah, saman pihak yg berwajib...tapi boleh plak Hakim Mahkamah Kuala Kangsar suruh kawtim dgn pihak defendan...

rosak habis Msia ni dek UMNO

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP