BERSAMA PIKET MEMBANTAH PINDAAN AKTA PEKERJA
>> Tuesday, October 12, 2010

12 Okt 2010 : Beberapa orang pimpinan PAS Tambun telah menyertai piket para pekerja bagi menuntut supaya pindaan terhadap undang-undang buruh/pekerja di tarik balik kerana secara terang-terang undang-undang tersebut menindas para pekerja dengan memberi kuasa mutlak kepada majikan, ini seolah-olah akan mengembalikan pekerja kepada zaman hamba abdi, pekerja akan di buat seperti binatang dan menafikan hak mereka.
Selain di Ipoh terdapat 7 tempat mengadakan piket pada petang itu dengan serentak salah satu tempat ialah di hadapan parlimen
berikut adalah tempat yang mengadakan piket pada petang tersebut:
Di Hadapan Petronas, Semenyih , Selangor
Di Hadapan Pasaraya Warta, Bangi, Selangor
Bas Stop Simpang Balak, Balakong, Selangor
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Di Hadapan Kilang Belton, Sungai Siput, Perak
Depan Medan Selera Pekan Tasek, Ipoh, Perak
Bayan Lepas FTZ, di jalan seberang Kilang Robert Bosch
HIDUP PEKERJA
0 comments:
Post a Comment