KAMI MENJEMPUT SESIAPA YANG TAK PUAS HATI DENGAN UMNO JOM SERTAI PAS....SEMUA SEKALI
>> Sunday, August 08, 2010
Ketua Penerangan Pemuda Umno Bukit Bendera, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan di balai polis Butterworth, mendakwa kepimpinan Umno negeri, gagal menjalankan tugasnya untuk memaklumkan kepada ahli mengenai mesyuarat perwakilan bahagian.
![]() |
Rose Akmar, yang juga ketua Umno cawangan Kampung Mutiara, adalah empat perwakilan yang membuat laporan polis pada 9 Julai lalu, mendakwa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat bahagian.
Mereka mendakwa kepimpinan Umno negeri itu bertanggungjawab menimbulkan masalah tersebut dan mendakwa beliau hanya menerima notis tersebut pada hari Jumaat (6 Ogos) - sehari sebelum mesyuarat perwakilan bahagian diadakan, dan beliau enggan menerimanya.
"Seseorang dari kepimpinan negeri bertemu saya di Sunway City (Seberang Jaya) dan menyerahkan notis tersebut, tetapi saya enggan menerima," katanya.
![]() |
Umno Bukit Bendera dilanda kontroversi sejak ketua bahagian itu, Datuk Ahmad Ismail (kiri) digantung keahliannya pada 2008 kerana membuat kenyataan yang menghina masyarakat Cina.
Minggu lalu, Ahmad mengumumkan keputusan mengejutkan untuk menarik diri daripada dilantik semula menerajui bahagian tersebut, selepas 36 ahli jawatankuasa bahagian meletak jawatan beramai-ramai untukmemberi laluan kepada beliau bertanding semula.
0 comments:
Post a Comment