KETUA PEMUDA MENINJAU KE ATAS BUKIT SAMPAH DI TG RAMBUTAN

>> Saturday, July 17, 2010

Pemandangan yang sangat indah dari atas bukit sampah di Tg Rambutan, sekarang saya berada di atas bukit sampah yang dimaksudkan,angin yang sepoi-sepoi bahasa tetapi bau yang amat dahsyat dan amat menjijikkan.. Oleh kerana tidak puas hati dengan laporan yang di buat tempohari (http://pastambun.blogspot.com/2010/05/menjijikan-busuk-dan-memburukan.html) Semalam KP Tambun telah meninjau dengan lebih dekat operasi yang berlaku di atas bukit tersebut...

Pemandangan di atas Bukit Sampah tersebut yang tiada tanda-tanda untuk memindahkan bukit ini, kerja menolak sampah dan membuang masih berjalan walaupun sekarang jam menunjukkan pukul 5.30 petang.

Sdr Zairul bersama dengan salah seorang pengutip sampah, mereka mengumpul apa sahaja barangan yang boleh dijadikan pendapatan untuk menyara keluarga di rumah... mungkin pendapatan mereka sama dengan pendapatan sebulan saya, mana tahu... risau jugak lain macam je diorang melihat saya.. mereka bagitau saya "cari makan abang..."

Anak panah menunjukkan kedudukan Kolej Sains Perubatan Bersekutu yang kemasukan di jangka pertengahan tahun depan dan dianggarkan pengambilan seramai 600 orang pelajar... apakah mereka juga akan menjadi mangsa bau busuk dari bukit ini... dan cuba bayangkan ketinggian bukit ini berdasarkan puncak pokok-pokok tersebut.

Sekian laporan dari Bukit Sampah Tanjong Rambutan Ipoh, terbakar kampung boleh di lihat asapnya tetapi terbakar hati sapa yang tahu... jadi jangan bakar kampung anda.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP