APA YANG OSTAD MAKSUDKAN ...

>> Saturday, July 24, 2010

Baru-baru ni teman dengor kuliah agama di radio yang pukul 1.30 pm punya, ada sorang OSTAD berkata ".. kalau orang tu melompat ke kumpulan sebelah sana.. orang sini kutuk dia.. dan bila orang ni bersama dengan kumpalan yang belah sini orang sana pulak kutuk dia.. jadi ini satu perkara yang tidak baik dalam Islam" lebih kurang le katanya..

Dalam tekaan teman mungkin ada silapnya teman ni, tetapi dalam keadaan dan suasana sekarang apa yang nak ditujukan oleh OSTAD tu tadi semua orang akan faham, ianya adalah orang Pakatan 'kutuk' beberapa orang manusia yang telah bertukar menjadi katak-katak suruhan (maksudnya dulu dok dalam pakatan elok-elok pastu dapat habuan melompat ke Bebas-BN)

Jadi teman nak ingatkan pada OSTAD ni, kalau tujuan nak mengampu BN baik masuk politik dan bertanding dalam pilihanraya ..

Yang orang pakatan kutuk si Kata-katak ini ialah apabila sudah berada dalam sebuah parti yang nak memperjuangkan nasib rakyat (UMNO-BN baru ni jer nampak baiknya.. sebelum mereka nilah yang membuatkan melayu-Islam ni hancur) lepas dapat habuan dan hancurkan kerajaan yang di bina oleh rakyat.. disebabkan manusia berwajah dan bersifat katak inilah menjadikan Perak dalam keadaan yang tidak makmur dan aman.

Sekali lagi kami nak menegur OSTAD di Radio ni... cuba jangan nak ambil kesempatan dengan nama Islam dan berwatak baik... dan jangan sampai rakyat dan masyarakat Islam membenci anda sehingga anda tidak boleh mengangkat kepala kerana malu kepada mereka... hormatlah ilmu yang Allah berikan dan jangan menukar-beli dengan habuan dunia yang murah dan tidak berharga...

GreenBoy : Aiihh lain macam kelicapkuning ni..

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP