APABILA KAKI BOTOL MENJADI PENASIHAT PERDANA MENTERI, RAKYAT MALAYSIA RUGI 320BILLION

>> Thursday, April 29, 2010

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan bukannya Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab jika timbul sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Read more...

MAT SABU CERAMAH DI MANJOI

Read more...

UMNO MEMPERHAMBAKAN KANAK-KANAK DI HULU SELANGOR

>> Wednesday, April 28, 2010



Teman tanya pada ada sorang budak UMNO, ttg video ni, dia kata dengan mudah budak-budak ni pun kena bantu BN kerana diorang belajar pun guna duit kerajaan... teman tempik ye leee, negara ni bapak korang punya.

Read more...

mantan mufti negeri lain puji kedah dan kelantan

>> Tuesday, April 27, 2010


Read more...

TEMBAK REMAJA 15TAHUN, BETAPA CEKAPNYA PDRM


Selepas sudahnya pilihanraya kecil Hulu Selangor, kita diperlihatkan betapa pihak polis kembali memulakan tugas harian mereka dengan cogankata TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH, ini dilihatkan betapa pihak polis menjalan tugas mereka dengan cukup wibawa sehingga berlakunya drama tembak, tembak (bukan tembak menembak kerana budak 15 tahun tu tak pakai senjata api).

Begitulah betapa pihak polis menjalankan tugas mereka, setelah khayal dengan janji kenaikan gaji, mereka menambah kerja mereka dengan cukup dedikasi.. syabas Polis...

Read more...

PAS MENYERU UMNO BERTAUBAT..

>> Thursday, April 22, 2010


Aik! Imam Hadhari pun tidak terkecuali rupanya...(ehh dia minum air epal kot..)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.

Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.

Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum. Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno. Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.

PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno!

Ust. Idris Ahmad

Read more...

NASIB 2 EKOR KATAK DAN NEGERI PERAK DITENTUKAN HARI INI...


Dua bekas Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 59(kiri); dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, 54 (bawah kanan) yang kini merupakan Adun Bebas (baca Adun Katak)dan disifatkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan rakyat di negeri Perak merupakan antara lima individu yang akan ditentukan nasib mereka sama ada akan dipanggil membela diri atau dibebaskan atas tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 April ini (hari ini)

Tiga lagi tertuduh ialah bekas Adun Bota, Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32. Baca seterusnya di sini / end

Read more...

MENGAPA SANG MUFTI TAK BISING BILA RAMAI KENA TUDUH MINUM ARAK DI SELANGOR

Aku cukup heran dengan Sang-sang Mufti yang bising dengan masjid di kotori 'telur busuk' kata dia, sedangkan sekarang telah semakin ramai telah di tuduh minum arak di Selangor, apakah agama Mufti hanya di Masjid sahaja?? Apakah bila sudah semakin ramai penyangak UMNO dipaparkan sebagai kaki todi , sang mufti tak berani nak berkata apa-apa... apa dah jadi dengan sang-sang ni...

Tolonglah le selamatkan keadaan jangan nak tunggu orang kipas dan sumbat dengan henget baru nak keluar suara emas tu....

Read more...

SEKITAR SUKAN CILIK PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING MINI PASTI TAMBUN

Ketua Pemuda DPPK Tambun Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin merasmikan Pertandingan Bola Sepak Dan Bola Jaring Mini Peringkat Tambun.

Gelagat para petugas yang sentiasa happy...

Wakil Nisa' menyampaikan hadiah kepada para pemenang.. terima kasih nisa'

Saudara Setiauasaha DPPK Tambun Sdr Helmi menyampaikan hadiah kepada pemenang bola sepak..

Sempat bergambar dengan para abang pengadil.. yg sentiasa bersabar dengan kerenah si cilik ni..
Cedera yer tak pa kakak unit rawatan dan kecemasan ada... lengkap dalam PAS ni...


Aksi-aksi si cilik dalam pertandingan tersebut... seronok melihatkan aksi-aksi mereka



Kakak Nisa' memberi taklimat syarat pertandingan kepada para peserta...

Read more...

FASA 2: GOTONG ROYONG MEMBINA GELANGANG SEPAK TAKRAW SURAU BT8 ATAS

>> Tuesday, April 13, 2010

Ni bukan main-main, mereka bersungguh walaupun masih budak tapi membantu..


Ust Latif sedang mencabut tiang yang dikatakan sebagai tiang seri...

Permulaan melepa simen dilakukan oleh mereka yang kuat bertinggung dan lututnya OK..

Hari ini ana merangkap mandor dan kuli... sekaligus.

Aksi seorang Loyar berjiwa rakyat..

Korang buatle mesin ini bergerak, buat le macamana pun janji hidup.. akhir memang hidup sungguh..

Ini bukan pekerja Indon, inilah anak-anak muda yang akan meneruskan perjuangan Islam di Bt 8 nanti..

Gaul yop gaul jangan x gaul...

Read more...

EHH MACAM ADA PERSAMAAN DENGAN NEGARA KAMI PAK

Macam kita yerk... syarikat mana jadi consultantnya, teman rasa x lain x bukan yg sama kot..

Read more...

JOM MENYELUSURI BLOG-BLOG

>> Thursday, April 08, 2010

Blog paling muda, dulu dah ada tapi lama ditinggalkan kerana kesibukan moderatornya skrg Alhamdulillah dengan bantuan sdr Firdaus beliau akan membantu untuk mengemaskini blog pemuda tersebut, latarbelakang menarik hitam dan ada sentuhan keemasan..

JOM http://dppktambun.blogspot.com/


Tahniah Dewan Muslimat kerana sudah mula mengemaskini blog mereka, corak persembahan yang simple dan banyak gambar kadang lebih baik dari teks yang banyak, tambahan pula gambar tersebut dapat menceritakan peristiwa tersebut.

JOM http://dmptambun.blogspot.com/

Berlatarbelakang ungu, sangat menenangkan dan musik latar yg tidak terlalu serabut akan menarik minat pengunjung, cuma nak komen sikit mengapa lambat nak memaparkan di skrin, ini kemungkinan ada grafik atau aplikasi yang berat untuk dilaksanakan..

Jom http://nisa-tambun.blogspot.com/

Di atas ialah blog YDP kita Dr Khairuddin, yg banyak menceritakan isu-isu semasa Perak, tetapi Dr dah lama tak menulis.. sibuk kot.

Jom http://peraknangis.blogspot.com/


Ust Wan kata ini bukan blog 1Malaysia ini ialah blog untuk berdakwah dan memang sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, kerana dengan beliau menterjemahkan ayat-ayat quran kepada bahasa Tamil & Cina

Jom http://wantarmizi.blogspot.com/

Read more...

FASA 1: GOTONG ROYONG MEMBINA GELANGANG SEPAK TAKRAW SURAU BT8 ATAS

>> Wednesday, April 07, 2010

Kerja-kerja gotong-royong hari ini akan dilakukan di sini, dengor citer bebudak sini dah tahan dengan sikap oang UMNO di sini, kerana sikap sombong mereka terhadap golongan muda, antaranya mereka menghalau mereka dari bermain dari sebuah dewan yg terdapat di situ...

Apa-apa pun macam biasa minum dulu...
Ok geng pasir dan simen dah sampai ... let start the work...

lori simen dah sampai, yg mana simennya di sponsor oleh seorang dermawan.. Alhamdulillah semoga Allah balas jasa baik tuan

Ok bro.. jom start

Ok le tu, ada wakil nisa' datang, walaupun sorang tapi banyak membantu 'abah dia le'

kerja-kerja bermula..
Korang memang best Jabatan Amal, kat mana ada kesusahan di situ le korang ada...


Mandor-mandor yg sedang melepaskan penat...

Walaupun banyak mana pun pertolongan ke atas Agama Allah, ada nilainya di sisi Allah

The Best Picture of Jabatan Amal.. ok kontrol hensem Yus..

1st Phase hampir siap, bos kontraktor kata x boleh buat minggu ni, kerana pekerja x cukup untuk meratakan simen... Yesss!!

Abg taza lu memang best bro.. cakap x banyak tapi kerja tip top, solute lu..

Read more...

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Negeri Perak menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

Ipoh, 7 April: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Negeri Perak, En. Susannathan a/l Arokiam menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS Perak. Beliau bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS Negeri Perak dan menyerahkan sendiri borang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Menurutnya, beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas.

Menurutnya lagi Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007. Persatuan ini baru tiga tahun ditubuhkan, mempunyai keahlian ratusan orang. Setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertai persatuan ini. Persatuan ini ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama rakyat India yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menegakkan keadilan. Beliau dapat merasai bahawa perjuangan PAS walaupun atas dasar agama tetapi tidak mengabaikan kebajikan kaum lain, dan ianya dibuktikan apabila Dato Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar Jamaluddin menerajui kerajaan PR di negeri Perak. Nasib kaum India di Perak diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan PR Perak.

Read more...

APAKAH INI DIDIKAN 1MALAYSIA

>> Tuesday, April 06, 2010

Pergh, nikah depan kaabah... punya le sayangnya dia pada Kaabah..
Ha ini apa cerita ni..
Lepas tu nie bukan orang yang sama ker???

IShk rasanya orang yang sama... tapi yg depan kaabah tu sapa..

Inilah yang berjaya di didik oleh UMNO/BN selepas 50thn memerintah, nak buat baik masuk masjid lepas tu nak buat maksiat kat luar masjid... hancor ummat ni..

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP