SAHABAT TAMBUN DI YAMAN..

>> Sunday, March 28, 2010




San'aa (Yaman), 21 Mac: HARI ini merupakan hari ketiga kami berada di San'aa Yaman, setelah tiba pagi Jumaat 19 Mac baru-baru ini. Perjalanan kami dari KLIA memakan masa 16 jam setelah pesawat Yemenia membawa kami ke Jakarta, Dubai dan seterusnya San'aa. KLIA-Jakarta 1 jam 45, Jakarta ke Dubai 7 jam, satu perjalanan yg agak menjemukan kerana terlalu lama terperuk di tempat duduk cuma menariknya menyaksikan kehebatan dan keajaiban terbang di atas awan yang cerah memanjang sedangkan waktu Malaysia ketika itu sudah hampir waktu Isya'. Kata penumpang Indonesia di sebelah, "Masih sore pak".

Ternyata juga hasil pemerhatian ringkas lapangan terbang KLIA jauh terkehadapan modennya berbanding Jakarta yang 'simple', dan San'aa pun begitu. Jumaat kami solat di masjid berhampiran Istana Presiden Yaman. Jumaat di sini kebanjiran dengan ribuan manusia hinggakan jemaah melimpah di atas jalan raya. Isu yg disentuh adalah tentang ancaman terhadap masjid Al-Aqsa dan ancaman ke atas Yaman yg dihimpit oleh pelbagai usaha untuk meminda undang-undang syariah sedia ada dengan percubaan memasukkan perisytiharan Shidao yg menghalang perkahwinan awal dan menganggap itu sebagai jenayah terhadap wanita, meniduri isteri sendiri tanpa kemahuannya boleh dituduh merogol isteri sendiri dan salah disisi undang-undang. Juga disentuh tentang usaha mewujudkan kumpulan gay dan lesbian di Yaman yang sedang diusahakan supaya boleh didaftarkan persatuan mereka atas nama kebebasan hak dan seterusnya ke arah menuntut keharusan berkahwin antara lelaki sama sejenis dan perempuan sama sejenis. Nauzubillah....

Khutbah disampaikan oleh Syeikh Hazzaq yang kemudian menggesa jemaah berjihad dengan harta membantu umat Islam Al Quds yang cuba diusir oleh rejim Zionis-Yahudi dari Masjid Al-Aqsa yang sekarang ini berdiri di atas tiang-tiang yang rapuh kerana pelbagai terowong telah digali di bawahnya. Dan Zionis-Yahudi merancang untuk mencipta gempa bumi buatan yang akan mewujudkan gegaran seterusnya mengakibatkan Al-Aqsa roboh dengan sendirinya dan dengan itu mudah bagi mereka membina haikal Nabi Sulaiman.

Mengakhiri khutbah beliau mengajak semua jemaah berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadp rejim Zionis-Yahudi ke atas Al-Aqsa. Solat berjemaah dirata-rata masjid di sini paling kurang 5 saf, kalau satu saf 30 orang kiralah sendiri. Solat Subuh pun begitu.

sumber: http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP