Penubuhan Pas Cawangan Pekan Chemor

>> Monday, June 22, 2009


Pas Kawasan Tambun semakin kukuh dengan tertubuhnya Pas Cawangan Pekan Chemor.

Mesyuarat agung kali yang pertama telah diadakan pada 17 Jun 2009 dan dirasmikan setiausaha Pas Kawasan Tambun, saudara Ahmad Khair Faizal. Turut hadir Naib Ketua PKR Bahagian Tambun , saudara Thanimalai.

Majlis perasmian telah diadakan di restoran Naina Mohamed, Pekan Chemor. Didalam ucapan perasmian, beliau telah memberikan fokus terhadap perkembangan dan halatuju parti. " Agenda Pas Kawasan Tambun semestinya juga menjadi agenda utama Pas diperingkat cawangan", demikian antara petikan ucapan setiausaha kawasan.

Beliau juga mengingatkan saf pimpinan cawangan untuk bekerja kuat membina kekuatan parti. Ini khususnya bagi meningkatkan sokongan pengundi cina dan india yang merupakan sebahagian besar masyarakat di Pekan Chemor.

Selepas proses pemilihan, Pas cawangan Pekan Chemor telah memilih Ustaz Wan Ahmad Tarmizi sebagai ketua cawangan. Beliau juga merupakan Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Tambun dan Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) sewaktu Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Keterangan foto : Sdr. Ahmad Khair Faizal selaku setiausaha Pas Kawasan Tambun menyerahkan sijil pendaftaran cawangan Pekan Chemor kepada Ketua Cawangan, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.


Greenboy : Senyuman AF Ust Wan mengambarkan banyak agenda yang akan dilakukan di Pekan Chemor

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP