PAS TAMBUN MENZIARAHI MANGSA KEMALANGAN DI JELAPANG

>> Monday, June 22, 2009


Pada 19 Jun 2009, jam 3 ptg , malang menimpa encik Paramasivam a/l Muniandy, 52 tahun,apabila motosikal yang ditungganginya terlibat didalam kemalangan sewaktu menjemput isterinya pulang dari bekerja di kilang Yeos Hup Seng, Jelapang.

Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau dimasukan ke wad ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan meninggal dunia dua hari kemudian. Kemalangan turut mengakibatkan isterinya tercedera.

Di atas keperihatinan, Ketua cawangan Pas Taman Meru yang juga merupakan setiausaha pas kawasan Tambun iaitu sdr Ahmad Khair Faizal dan ahli jawatankuasanya telah berkejar ke unit ICU sekitar jam 12.30 malam. Kehadiran mereka disambut sanak saudara mangsa dengan penuh terharu. Mereka tidak menyangka wakil Pas akan hadir pada lewat malam semata-mata untuk berkongsi kesedihan dan memberikan kata-kata semangat.

Wakil Pas ini juga turut hadir ke rumah mangsa di taman Sri Meru, Jelapang pada keesokan harinya sebelum mayat mangsa disempurnakan mengikut upacara keagamaan mereka.

Menurut sdr Ahmad Khair Faizal, inilah sebahagian dari dakwah yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam, khususnya ahli-ahli Pas. Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa prihatin dan mendampingi siapa sahaja yang ditimpa musibah. Apa yang penting ialah mengetahui batasan yang ditetapkan agama.


Keterangan foto : i.Saudara Ahmad Khair Faizal bersama anak mangsa (berbaju putih) di lobi wad ICU, Hospital Permaisuri Bainun Ipoh dan sewaktu menziarahi ke rumah mangsa. Kelihatan isteri mangsa didalam kesedihan dan masih tercedera.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP