Tun Dr Mahathir bin Mohamed whose real name is Mahathir s/o Iskandar Kutty is a figure who needs no introduction. He is the fourth Prime Minister of Malaysia which he held for 22 years. From 1981 to 2003, he is the country's longest serving Prime Minister as well as in the whole of Asia.
Tun Dr Mahathir, or in short Dr M has very much contributed, as the leader of the country the modernization of the country, promoting his ideology of Vision 2020 where he aimed to turn the country into an industrial one by then. He put forward plans that were supposed to be implemented in stages in order to achieve that, most of which was done during his term in office. This however has changed much ever since his retirement and the taking over of the office by his successor.
Dr M was also the first Prime Minister who came from a social background whereas all the Prime Ministers before him had royal or elite ties.
During his term as the PM, he was one who won the hearts of many for making his stand against the western values and culture and most prominently for seeing the country through during the economic crisis.
Born in December 20, 1925, Dr Mahathir hailed from the state of Kedah, at the capital of Alor Star, whose father was a school teacher. His father was Indian who migrated from Kerala, who married a malay lady and sold banana fritters during the second world war. His early education was through vernacular school and at the Sultan Abdul Hamid College in the city. After that he was educated in Singapore at the King Edward VII Medical College. During that time, he wrote in his contributions under the name “Che Det†to the Straits Times, a name he uses in his blog today.
After graduation, he returned to Malaysia where he became a medical officer with the Malayan government. He then married his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, who was his colleague and classmate in 1956. Subsequently, he started his own medical practice. Together he had five children, three boys and two girls. Two of his sons went on to be involved in politics and corporate sectors while his daughter Marina Mahathir is known for her involvement as an AIDs activist as well as her NGO stance in the local media.
Dr Mahathir's political involvement is filled with events and significance where he started being active in 1945. He joined the Umno (United Malays National Organization) in 1946.
He was first elected into the Parliament in the 1964 general elections via the Kota Setar Selatan seat more than 60% majority votes. The following elections (1969)saw him losing the seat by 989 votes after declaring that he did not need to win through Chinese votes. After the riots that took place in 13 May 1969, Dr M publicly criticized the Prime Minister then Tunku Abdul Rahman, for favouring the Chinese in handling his government which led to the riots. For doing that, he was expelled from Umno.
At this time, he wrote a book 'The Malay Dilemma'Â which he explain the reasons of the May 13 riots but was banned by Tunku. Some of his rationale though eventually was used by the preceding Prime Minister Tun Abdul Razak when he constructed the New Economic Policy (NEP). Dr M then rejoined Umno in 1972 and subsequently appointed Senator a year later. He then gave up that post to contest in the general elections, standing in the Kubang Pasu constituency. Through that winning ticket, he became the Minister of Education. He then went on to become the vice-president of Umno, a post he held with 2 others.
The Prime Minister then, Tun Hussein Onn subsequently appointed him as the Deputy Prime Minister before he was given the Minister of Trade and Industry portfolio as well in 1978.
In July 1981, Tun Hussein Onn resigned as the Prime Minister, subsequently handing the country's top post to Dr M.
Significant events.
Some of the more controversial happenings under Dr mahathir's leadership include removing of the veto power and the royal immunity from prosecution. Before he took on this action, passing of any bill of law required royal consent but with what he took on, royal assent is considered legal after a 30 days period.
Dr Mahathir Mohamad was also known to be responsible for the removal of Tun Salleh Abas, the Lord President of the Supreme Court together with 3 other supreme court justices prior to the investigation of misconduct hearing of Umno, the party that he is also the president.
Source from : Helmi - Malaysia Today
GreenBoy : Kalau dapat profile Zambry Abdul kader (Adun Pangkor) lagi cantekkk Read more...
Yang ini dah ada perkataan Tabontabon ... Tambun kot..
Atau yang berskala kecil sikit... mungkin untuk kegunaan dari KDAS 3 ke pasar Manjoi yang akan dinaiktarafnya nanti... Kata YB Husni le... entah bila kita pun tak tau.. buat cepat YB kang x jadi Menteri duit lagi, x jadi pulak projek mike tu..
Oleh kerana cadangan Ket Pemuda Tambun tak di jawab sehingga sekarang dan kemudahan pengangkutan awam di Kg Manjoi masih lagi di takuk lama, teman nak cadangkan lagi, ada yang mengatakan kos kereta kuda tu tinggi, jadi kami dengan berbesar hati YB menggunakan kereta-kereta seperti di atas sana, kerana jimat dan boleh menarik pelancong masuk ke Kg Manjoi, hure hure hure...
GreenBoy : KP teman dah sound dah guna kereta kuda je ... kan dah jadi kereta kepang.. orang kampung masih dok ropee tu juge le.. kenyang dengan janji dema.. Read more...
In India, there is a story about how corruption works. A president of a University writes to the Govt to get a budget to build a water tower. Once he gets the money, he leaves. The next president comes in , looks at the paper work, and writes to request for a budget to repair the water tower that he claims is leaking. He gets his money and leaves. The 3rd presidet comes in , takes a look and writes to the Govt and says that even after extensive repairs, the tower is leaking and requests for a new budget to rebuild a new tower. In the end everyone makes their money, but there is no water tower.
GreenBoy : Believe me, this is exactly what happened with our TUDM!!!
"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.
Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :
1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.
2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.
3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.
4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".
Haji Mohd Taufek Abd Ghani AJK PAS Pusat
GreenBoy : Hishh jauh macam langit dan bumi .. nak dibandingkan dengan UMNO
BADAN BERTINDAK PERTAHANKAN SIS DAN SERATA (TAHAN)
MEMO
Kepada :-
Semua Editor dan Wartawan, Media Massa.
Saudara / saudari,
SIDANG MEDIA PERTAHANKAN SEKOLAH IZZUDDIN SHAH DAN SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH DARI DITUKAR MILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT
Adalah dimaklumkan bahawa bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) akan mengadakan sidang media tersebut pada maklumat seperti berikut :-
Tarikh : 18 Disember 2009 / 1 Muharam 1431 (JUMAAT)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hadapan Pintu Masuk Utama,
Sekolah Izzuddin Shah,
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400, IPOH.
Sidang Media akan di ketuai oleh Saudara Yuzi Faizal (017-4830965) , Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN ).
Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan . Terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Mohd Hakim Mohd Nor
Setiausaha, Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN)
Ni bukti yang teman akan datang, tiket dah berbeli harga RM15, ada makna yang x sihat ni, sepatutnya tiket ni lagi murah bukan lagi mahal, dulu RM10 jer... apa-apa pun jom kita ke Majlis Jamuan tu, ini ialah majlis kita...
08 Dis 09 : Setiausaha PAS Kawasan Tambun Encik Khair Faizal menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamed baru habis baca novel kontroversi sikit masa dulu, novel yang bertajuk SHIT itu telah mengegarkan penduduk Malaysia, novel hasil nukilan Prof Emeritus Shahnon Ahmad itu di nukil khusus untuk kepimpinan BN semasa pemerintahan DR Mahathir, yang mana pemimpin yang penuh kekotoran dan najis rasuah, mula dari PMnya hinggalah kepada pemandu keretanya.
En Khair Faizal juga menyatakan betapa jijik dan busuknya UMNO/BN sehingga boleh di hidu oleh jiran sebelah, beliau memetik kata-kata Tun Mahathir baru-baru ini yang menyifatkan UMNO telah busuk sampai ke Usus.
GreenBoy : Teman tengok kulit buku dah nak muntah belum baca lagi... hebat le Cek Det boleh baca sampai habis...
06 Dec 09 : Pelajar terbaik 6 Tahun PASTI seluruh Negeri Perak Tahun 2009 telah disandang oleh Pelajar Mohd Haikal b honan dari PASTI Kawasan Tambun, anugerah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadillah Ustz Bariah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak.
Dan Pelajar terbaik 5 tahun PASTI Negeri Perak 2009 disandang oleh Nur Hannah Nai'mah Bt Zainal dari PASTI Lumut.
GreenBoy: Tahniah para tenaga PASTI khususnya cikgu-cikgu ...
Para Mujtami'en sedang khusyuk mendengar pembentangan yang disampaikan oleh Sdr Zairul, berkenaan medium baru dalam dakwah.
Solat Isya' yang diimamkan oleh AF Ust Wan Tarmizi (Ketua Urusan Ulama) yang baru pulang dari misi korban di Kemboja
03 Dec 09: Program Ijtima' PAS Kawasan Tambun pada kali ini cuba mengenengahkan peranan IT sebagai satu wadah penting dalam agenda dakwah terkini, walaupun 80% para Mujtami'en pada malam itu adalah dari kalangan yang sudah biasa dengan IT dan terlibat secara lansung dengan penggunaan IT di rumah dan di pejabat, tetapi urusetia dan para pembentang kerja cuba mengaitkan peranan ibadah dan dakwah dalam penggunaan IT tersebut.
Pada malam tersebut 2 orang pembentang iaitu AF Ust Wan Tarmizi Abd Aziz (ketua Urusan Ulama) memperkatakan tentang "Peranan Cyber Da'ie dalam berjemaah" dan Sdr Zairul Azrun (Ketua Pemuda PAS Tambun) menerangkan teknik dan mengolahkan penyebaran maklumat melalui medium Blog dan Laman sesawang.
YDP Pas Kawasan Tambun AF Dr Khairuddin Dato Abdul Malek, juga dalam ucapan khas beliau turut menekankan peranan IT dan berhati-hati dalam penyebaran maklumat terutama SMS dan blog, kerana sikap yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terutama kepada pimpinan adalah amat merugikan jemaah.
Walaupun masa yang terlalu singkat, tetapi penekanan terhadap Teknologi Maklumat terkini dapat disampaikan.
Malam itu juga diadakan solat hajat, memohon kesejahteraan Ummat Islam dan Para Jemaah yang mengerjakan Haji terutama para ahli Tambun semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ketanahair.
Pengerusi pada malam itu juga memperingatkan program Jamuan Makan Malam PAS Tambun pada 9 Disember 2009 di Dewan Bulan Sabit Merah, mulai jam 8malam dengan tiket RM15 tetamu jemputan pada tersebut ialah YB Sdr Sallehuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan YAB Ir Dato Seri Hj Nizar Jamaluddin.
GreenBoy : IT ni bagi teman ialah Iman Dan Taqwa, ini adalah antivirus yang paling berkesan dari semua Antivirus dalam dunia, kerana sebelum kita buat kita pikir dulu... luu pikir la sendiri
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAMBUN AKAN MEMANTAU PERJALANAN PENGAGIHAN BAUCAR-BAUCAR DAN BANTUAN PROGRAM SUBUR (SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT) KEPADA RAKYAT MISKIN
- KETUA PEMUDA PAS KAWASAN TAMBUN
GREENBOY : Apa citer KP, tiba-tiba mengamuk ni... sure ada citer baik ni, kalau x jarang mengamuk macam ni
1 Disember 09 : Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Saudara Sayuti menyarankan supaya kursus BTN atau Biro Tatanegara supaya bukan sahaja di kaji tetapi dihapuskan sama-sekali, ini adalah kerana rata-rata kursus ini hanya memupuk semangat perkauman dan membenci kaum yang lain.
Semua peserta terutama pelajar IPT berbangsa melayu akan mengikuti kursus, semua orang tahu apa silibusnya, ianya tidak lain hanya menaikkan semangat bangsa melayu dan membenci kaum yang lain. Apakah ini yang agama kita tanamkan, Allah swt wujudkan manusia ini berbangsa-bangsa adalah bertujuan untuk saling kenal-mengenali bukan benci-membenci.
Silibus ini tidak perlu diselindung lagi, amat malang lagi apabila kursus ini melibatkan anak-anak pimpinan PAS dengan gerakan militan, dan menimbulkan membenci PAS yang terang-terang dasarnya untuk menegakkan Islam yang syumul di negara ini.
Sekali beliau mendesak supaya BTN ini dihapuskan dan tidak perlu di kaji.
GreenBoy : Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi ... pirahhhh
Bergambar bersama para peserta dan ahli keluarga.. senyum adik...
YDP Pas kawasan Tambun Dr Khairuddin selaku Tok Mudim hari ini, bergambar bersama para peserta yang semakin mendebarkan .. adik baju pink tu sempat menoleh untuk men'konfirmkan' betul ke ni tok mudimnya .. Ehmm misai tak panjang pun...
Kaum ibu menjamu selera.. Mak Cik, kakak dan Para kami minta maaf di atas segala kekurangan dan kesabaran kalian diharap akan diberi ganjaran daripada Allah.
Kaum bapa risau dalam berselera.. sempat menjeling anak yang memang sedang risau..
Terima kasih abang Brahim meminjamkan anak lori untuk mengarakkan para peserta ke keliling kampung.. pehhh hebat. Seramai 16 peserta berkhatan PAS Cawangan Manjoi Lama diraikan di majlis tersebut.
Diarak dengan kumpulan kompang, tak boleh nak kata apa memang meriah... meriah.. meriah, dengor kata Menteri Duit buat program di Pasar Manjoi pun x seramai ini...
Dalam kesibukan YDP Dr Khairuddin Abd Malek beliau sempat menziarah dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan daging korban kepada seorang yang kehilangan kakinya akibat penyakit kencing manis, Sdr Zairul juga hadir.
RUKUN BAIAH : AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF
............MUQADDIMAH Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah. Tahun 1948 - 2008 adalah tahun yang menggenapkan usia 60 tahun kesyahidan beliau. Semoga rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt. Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt.
Saudaraku yang dihormati sekelian : Hari ini kita sedang menghadapi suatu realiti bahawa perjuangan menyambung lidah baginda Rasul saw. semakin sengit dan getir. Suatu realiti yang memaksa kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Surah Al Anfaal . Ayat : 60
Ulama' – ulama' di sepanjang zaman, tidak sunyi dari mencari jalan dan formula demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan kestabilan aqidah. Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa membayangi mereka. Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :
Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.
Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah . ARKANUL BAIAH . Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat yang memaksa dan mendesak . Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah . Kejituan intima' dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya. Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .
Saudara ku yang dihormati sekelian . Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah semakin hampir . Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif . Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai Ansarullah . Saudara ku yang dihormati sekelian . Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .
Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt kebaikan nescaya ia diberi faham tentang agama
Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin
UCAPAN SAIYIDINA UMAR AL KHATTAB RHA.
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". Surah Al Ana'am . Ayat : 162 - 163
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". Surah At Taubah . Ayat : 105
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
Surah An Nisa' . Ayat : 95
Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah . ( Al hadis )
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. Surah At Taubah . Ayat : 11
Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga:
Pengenalan (Takrif)
Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum. Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah.
Pembinaan (Takwin)
Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah perintah dan taat tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini. Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah ketaatan mutlak.
Pelaksanaan (Tanfiz)
Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui ketaatan mutlak. Barisan Ikhwan al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359. Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini.
Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)
Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar. Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa.
Mereka bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra: 51)
Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)
Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian.
Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al Taubah: 71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat. Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa: 65)
Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.
Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)
Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan.
Read more...
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
PERKAMPUNGAN RAMADHAN 2021 - KoTaRaJa, Ipoh
-
PERKAMPUNGAN RAMADHANTempat : Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah -
Kotaraja IpohTarikh : 23 April hingga 2 Mei 2021 Tekan pada gambar untuk
paparan lebih ...
Ziarah di Hospital Raja Perempuan Bainun
-
*Selasa 01 Disember 2015* - YB Radzi Zainon telah meluangkan masa
menziarahi tiga pesakit di Hospital Raja Perempuan Bainun pagi tadi. Mereka
merupakan ma...
PRK TELOK INTAN RUNTUHKAN TEMBOK PERKAUMAN
-
- YAB Sdr Lim Guan Eng menamakan anak muda Dyana Sofya sebagai calon DAP
Parlimen Telok Intan.
- Tamparan paling hebat buat BN terutamanya U...
Nak Kurus..
-
*Aku ade kawan. Tinggi die..167cm. Kughang 4 takoh daghi aku.
Beghat[berat] badan die idok la beghat beno cume 122 kilo je (?). Umor die
beze dalam 8 taun...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Shafie Apdal Jadikan KKLW Lubuk Kemewahan Kroni ?
-
Nota : Wa masih ternanti nanti apa kesudahan drama saman menyaman antara
Zahida, Shafie, Ex driver, Zuraida yang macam cerita bajet rendah yang
sangat an...
Sepakat PR membawa rebah BN
-
Nasharudin: PKR hormati keputusan Majlis Syura PAS Bila kesepakatan
menjadikan syaitan (baca Be eNd) yang dikenali menangis tak berlagu. Peluru
terakhir me...
Ramadhan yang pergi, Syawal yang hadir
-
*~Ya Allah...*
*Jadikanlah Ramadhan yg telah berlalu pergi,*
*Meninggalkan bersamanya bibit2 IMAN & TAQWA,*
*yang telah Kau kurniakan kepada kami semua......
Salam Ramadhan…
-
ALlahurobbi… sedar x sedar dah 3 bulan lebih rumah aku x bersentuh. Aduhhh
penyakit ‘M’ yg dah lama bertapak ghupernyer makin membekam dalam jiwa aku
nih. ...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MUSTAFA KAMAL ATATURK : MATINYA DALAM HINA
-
Buat tatapan pemimpin negara dan tokoh – tokoh agama yang ada didalam
negara 1 Malaysia ini.…. samada sedar, tidak sedar dan membuat tidak sedar
sejarah...