IJTIMA' PAS KAWASAN TAMBUN - KEARAH MEMPERKASA I.T DI KALANGAN AHLI JEMAAH

>> Thursday, December 03, 2009

Para Mujtami'en sedang khusyuk mendengar pembentangan yang disampaikan oleh Sdr Zairul, berkenaan medium baru dalam dakwah.

Solat Isya' yang diimamkan oleh AF Ust Wan Tarmizi (Ketua Urusan Ulama) yang baru pulang dari misi korban di Kemboja

03 Dec 09: Program Ijtima' PAS Kawasan Tambun pada kali ini cuba mengenengahkan peranan IT sebagai satu wadah penting dalam agenda dakwah terkini, walaupun 80% para Mujtami'en pada malam itu adalah dari kalangan yang sudah biasa dengan IT dan terlibat secara lansung dengan penggunaan IT di rumah dan di pejabat, tetapi urusetia dan para pembentang kerja cuba mengaitkan peranan ibadah dan dakwah dalam penggunaan IT tersebut.

Pada malam tersebut 2 orang pembentang iaitu AF Ust Wan Tarmizi Abd Aziz (ketua Urusan Ulama) memperkatakan tentang "Peranan Cyber Da'ie dalam berjemaah" dan Sdr Zairul Azrun (Ketua Pemuda PAS Tambun) menerangkan teknik dan mengolahkan penyebaran maklumat melalui medium Blog dan Laman sesawang.

YDP Pas Kawasan Tambun AF Dr Khairuddin Dato Abdul Malek, juga dalam ucapan khas beliau turut menekankan peranan IT dan berhati-hati dalam penyebaran maklumat terutama SMS dan blog, kerana sikap yang tidak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terutama kepada pimpinan adalah amat merugikan jemaah.

Walaupun masa yang terlalu singkat, tetapi penekanan terhadap Teknologi Maklumat terkini dapat disampaikan.

Malam itu juga diadakan solat hajat, memohon kesejahteraan Ummat Islam dan Para Jemaah yang mengerjakan Haji terutama para ahli Tambun semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ketanahair.

Pengerusi pada malam itu juga memperingatkan program Jamuan Makan Malam PAS Tambun pada 9 Disember 2009 di Dewan Bulan Sabit Merah, mulai jam 8malam dengan tiket RM15 tetamu jemputan pada tersebut ialah YB Sdr Sallehuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan YAB Ir Dato Seri Hj Nizar Jamaluddin.

GreenBoy : IT ni bagi teman ialah Iman Dan Taqwa, ini adalah antivirus yang paling berkesan dari semua Antivirus dalam dunia, kerana sebelum kita buat kita pikir dulu... luu pikir la sendiri

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP