BTN : ANAK KECIL MAIN API

>> Monday, November 30, 2009

MANSUHKAN TERUS BIRO TATANEGARA!!!

1 Disember 09 : Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Saudara Sayuti menyarankan supaya kursus BTN atau Biro Tatanegara supaya bukan sahaja di kaji tetapi dihapuskan sama-sekali, ini adalah kerana rata-rata kursus ini hanya memupuk semangat perkauman dan membenci kaum yang lain.

Semua peserta terutama pelajar IPT berbangsa melayu akan mengikuti kursus, semua orang tahu apa silibusnya, ianya tidak lain hanya menaikkan semangat bangsa melayu dan membenci kaum yang lain. Apakah ini yang agama kita tanamkan, Allah swt wujudkan manusia ini berbangsa-bangsa adalah bertujuan untuk saling kenal-mengenali bukan benci-membenci.

Silibus ini tidak perlu diselindung lagi, amat malang lagi apabila kursus ini melibatkan anak-anak pimpinan PAS dengan gerakan militan, dan menimbulkan membenci PAS yang terang-terang dasarnya untuk menegakkan Islam yang syumul di negara ini.

Sekali beliau mendesak supaya BTN ini dihapuskan dan tidak perlu di kaji.

GreenBoy : Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi ... pirahhhh

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP