Ketua Pemuda Tambun Kemalangan

>> Wednesday, August 20, 2008





























Ipoh: 17 Ogos 2008: Satu kemalangan telah berlaku di Kampung Tawas, yang mengakibatkan kereta yang di pandu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, saudara Zairul Azrun, kemalangan yang berlaku di sekitar jam 1.35 pagi itu dikatakan telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah kereta yang diletakkan di atas bahu jalan tersebut.

Walaubagaimanapun beliau dan anak perempuannya yang berumur 6 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan, "Syukur Alhamdulillah kami tidak mengalami kecederaan, mungkin saya terlalu mengantuk kerana menjayakan program muktamar ini, jadi saya terlelap dan terbabas lalu tergesel sebatang pokok dan melanggar kereta ini." jelas Zairul.

PasTambun dimaklumkan bahawa beliau baru sahaja pulang dari mengikuti Ceramah Umum yang di sampaikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP