KETUA PEMUDA TAMBUN DIKURNIAKAN PUTERI YANG KE-2

>> Sunday, August 31, 2008

26 Ogos 08 Ipoh : Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun telah dikurniakan seorang lagi puteri pada tarikh keramat di mana kemenagan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh yang calonnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Team IT Tambun dalam pertemuannya telah dimaklumkan bahawa puteri dan isterinya sihat, beliau juga akan merakamkan detik kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dengan semangat kerja sama dalam nama puteri beliau, "Saya sebenarnya akan pergi ke Permatang Pauh bersama-sama pimpinan pemuda negeri kerana jangkaan Doktor bahawa isteri saya akan bersalin pada minggu hadapan iaitu 5 sept, tetapi ianya telah awal seminggu, jadi kebetulan dengan tarikh itu saya tidak dapat menyertai rakan-rakan ke Permatang Pauh, saya hanya dapat berdoa sahaja semoga kemenangan menyebelahi Rakyat" ujar Sdr Zairul.

Dengan semangat kerja sama Pakatan Rakyat itu beliau telah menamakan puterinya dengan nama Zuhaa Adelea yang membawa makna 'Karang-karangan keadilan kita'. Semoga ianya mendapat keberkatan dan kemakmuran untuk Rakyat

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP