SELAMAT HARI RAYA

>> Sunday, September 28, 2008


DARI

SELURUH WARGA PAS KAWASAN TAMBUN..

Read more...

Penyampaian Sumbangan Hari Raya MTD Manjoi

21-sept : Satu majlis penyampaian sumbangan Fakir Miskin, Ibu Tunggal dan OKU telah diadakan di Pusat Komuniti Dewan Serbaguna Kg Manjoi, dengan kehadiran 250 orang penerima sumbangan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Majlis ini selain dari menunaikan tanggungjawab sesama insan, ia juga telah memupuk semangat setia kawan diantara parti dalam pakatan rakyat.

Di antara pemimpin yang hadir ialah ketua-ketua kampung seluruh gugusan Manjoi, Dr Khairuddin YDP PAS

Kawasan Tambun, dan Penghulu Ipoh.

"Dengan kuasa yang sedikit yang Allah berikan ini, kita masih mampu memberikan sumbangan yang tidak seberapa ini, program ini bukanlah apabila memerintah sahaja kita beri tetapi PAS telah lama membuat program seperti ini," kata Dr khairuddin.

Dan beliau juga menyarankan golongan fakir-miskin perlu mengubah pemikiran mereka supaya berjiwa besar iaitu walaupun miskin tapi cubalah berderma, dengan cara ini golongan miskin selain mendapat pahala ianya juga akan mendidik supaya mahu berusaha.




Dalam program tersebut bukan sahaja orang miskin yang melayu sahaja di beri bantuan malah masyarakat India dan Cina juga turut menerima bantuan.






Read more...

SELAMAT PULANG ANAK PERANTAUAN


PAS TAMBUN telah menaikan 2 buah billboard bersaiz 8 x 12 di dua lokasi iaitu di jalan Jelapang dan di Pekan Tambun.

Billboard tersebut mengalu-alukan kepulangan anak perantau yang pualang ke kampung dan juga mengucapkan Selamat Hari Raya IdilFitri.

Dengan semangat gotong-royong yang ditunjukan para ahli billboard yang sebesar itu telah dapat dinaikkan dengan megahnya.

"Kalau diikutkan belanja untuk menaikkan 2 billboard tu mungkin akan mencecah RM3000 tetapi dengan gotong-royong kami dapat menjimatkan sehingga separuh." kata Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, yang mengetuai projek tersebut.

Read more...

Mencabar Iman Orang Tambun

>> Tuesday, September 23, 2008





Kalau tak kuat iman jangan tengok dalam puasa ni..


































Read more...

Tulusnya manusia yang hebat ini...




Dengan hanya berlaukan yang tidak mewah dan hanya bersila kemas YAB Tuan Guru Nik Aziz ini begitu berselera dengan juadahnya


YAB Dato Seri Hj Nizar Jamaluddin meluangkan masa yang sibuk melawat seorang mangsa kebakaran di Manjung sikit masa dahulu, walaupun berlainan bangsa apatah lagi agama, beliau masih boleh menunjukkan rasa kasih sayang bapa kepada anak mangsa tersebut.










Ciuman kasih dan sayang seorang pemimpin kepada rakyatnya.





Dua orang yang mempunyai fahaman politik, agama & bangsa yang berbeza masih boleh bersembang dengan mesra dan berkongsi idea dalam membangunkan rakyat mereka.

Read more...

Solat Dalam Air




Walaupun sibuk bekerja di dalam air seorang Muslim ini masih mampu menunaikan tangunggjawabnya kepada tuhannya.
















Tetapi ulamak perlu menjelaskan kaedah yang sebenarnya bagi situasi begini, bagaimana pula keselamatannya dengan jerung dan sebagainya.

Read more...

Sambutan Badr Al Qubra Peringkat Zon Bandaraya


Sambutan Badr Al Qubra di sambut pada setiap tahun di bulan Ramadhan, tetapi pada kali amat mendukacitakan apabila hanya 3 orang dari Kawasan Tambun mewakili kawasan ke program tersebut.

Apakah kita terlalu sibuk tanpa memikirkan yang ini juga adalah program tarbiyyah ruhiyyah atau sengaja tidak mahu pergi kerana berbuka di rumah atau di markaz sendiri lebih selesa.

Sikap begini perlu di ubah kerana kejayaan yang kita kecapi sekarang adalah dari tarbiyyah yang kita lalui seperti ini dahulu.

Read more...

PERAK MEMANG MILIK PAKATAN RAKYAT

>> Sunday, August 31, 2008

(gambar terbaru Tajol Rosli yang terkedu.)

Ehh!! Dah 31 ogos 08 yerk, kan ke hari I nak tawan Perak, ehmm tak jadi ler , kita ubah tarikh lain le.. malunya I.

Read more...

XPDC PEMUDA PAS TAMBUN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN










31 Ogos 08, Ipoh : Pada hari ini seramai 30 orang tenaga PEMUDA dan Amal kawasan Tambun telah mengadakan satu program XPDC dakwah sekitar DUN Manjoi, XPDC tersebut telah bermula dari pasar pagi Pekan Chemor, seterusnya ke pasar pagi Tmn Jati, pasar pagi Kg Sg Tapah dan berakhir di Pasar Tani Tmn Kledang.

Program serampang dua mata ini diadakan khusus untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang betapa perlunya kita menghargai dan menjaga kemerdekaan yang kita kecapi selama ini dan mengenangkan betapa susahnya perjuang yang benar-benar berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan ini.

Di samping itu XPDC ini juga telah turut mengedarkan risalah Citra Perak (Buletin kerajaan Negeri Perak) dan beberapa risalah pedoman puasa.

Sambutan XPDC ini amat membanggakan dan mendapat sambutan orang ramai, yang rata-rata amat setuju dengan program ini diteruskan dengan berkala.

Dalam program ini juga dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak AF Ust NorAzli Musa, dalam keadaan santai dan bersahaja sedikit sebanyak telah merapatkan hubungan diantara ahli pemuda dan pimpinan negeri.

Read more...

KETUA PEMUDA TAMBUN DIKURNIAKAN PUTERI YANG KE-2

26 Ogos 08 Ipoh : Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun telah dikurniakan seorang lagi puteri pada tarikh keramat di mana kemenagan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh yang calonnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Team IT Tambun dalam pertemuannya telah dimaklumkan bahawa puteri dan isterinya sihat, beliau juga akan merakamkan detik kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dengan semangat kerja sama dalam nama puteri beliau, "Saya sebenarnya akan pergi ke Permatang Pauh bersama-sama pimpinan pemuda negeri kerana jangkaan Doktor bahawa isteri saya akan bersalin pada minggu hadapan iaitu 5 sept, tetapi ianya telah awal seminggu, jadi kebetulan dengan tarikh itu saya tidak dapat menyertai rakan-rakan ke Permatang Pauh, saya hanya dapat berdoa sahaja semoga kemenangan menyebelahi Rakyat" ujar Sdr Zairul.

Dengan semangat kerja sama Pakatan Rakyat itu beliau telah menamakan puterinya dengan nama Zuhaa Adelea yang membawa makna 'Karang-karangan keadilan kita'. Semoga ianya mendapat keberkatan dan kemakmuran untuk Rakyat

Read more...

Majlis Bacaan Yassin Untuk Ayahanda YDP Yang Tenat Sedang

30 ogos 08 Ipoh: Satu Majlis bacaan Yassin telah diadakan di Poliklinik At-Taqwa, Ampang, Ipoh, majlis yang diadakan selepas solat Isya tersebut diadakan berikutan keadaan kesihatan ayahanda Dr. Khairuddin yang semakin tenat, majlis ringkas tersebut telah dihadiri oleh ahli jemaah surau Pakat Koperasi , Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Manjoi dan seluruh ahli keluarganya.

Team IT Tambun mendoakan agar keputusan yang terbaik yang akan diberikan oleh Allah swt kepada ayahanda beliau iaitu Datuk Abd Malik.

Read more...

DATO' SERI HJ NIZAR DI KUALA KUANG


24 Ogos 08 - Ipoh : Satu majlis makan malam yang dianjur oleh Parti keadilan Rakyat Bahagian Tambun telah diadakan di Kampong Baru Kuala Kuang, dengan dihadiri ribuan penduduk kampong tersebut, majlis itu lebih amat bermakna dan ceria apabila kesudian YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak bersama-sama meraikan majlis makan malam tersebut.

Dalam majlis tersebut beliau telah memberi ucapan dengan berterima kasih kepada penduduk kampon baru tersebut kerana sokongan penduduk dengan memberi sokongan kepada calon pilihanraya dari Pakatan Rakyat walaupun tidak menang tetapi dapat menurunkan majoriti BN ketahap yang amat membimbangkan.

YAB Dato' Seri mengajak semua penduduk memberi sokongan yang lebih padu pada pilihanraya yang akan datang agar kemenangan ini akan dapat diteruskan dan akan menjadikan Perak yang bersih rasuah dan menegakan keadilan kepada semua kaum.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP