PERAKITE : PAS MENDAHULUI MENYALUR BANTUAN SEAWAL 5 PAGI

>> Monday, February 20, 2012




Gugusan Manjoi : 20 Feb : Kehadiran Team Perakite seawal 5 pagi telah memberi tamparan kepada UMNO Tambun, dengan kelengkapan 3 kenderaan pacuan 4 roda dan 3 buah bot, telah mmapu mengurangkan bebanan para mangsa banjir besar di gugusan manjoi.

Kami menyiapkan pasukan penyelamat dengan diketuai Sdr Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, pada peringkat awal pada jam 5pagi kami hanya dapat mengumpul 5 orang petugas, tetapi bilangannya meningkat kepada hampir 30 orang.

Dengan pengalaman Unit Amal dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir diseluruh negara dan kelengkapan yang ada, misi bantuan berjaya dilakukan. Kami mengkelaskan kepada 2 zon bencana Jalan Dato dan Jalan Tok Ketua, misi yang dijalankan ialah memberi maklumat kepada mangsa yang tidak mahu berpindah, menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian.

Sehingga ke pukul 2 petang hampir 500 bungkusan telah diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut, walaupun mereka yang berpindah ke pusat perpindahan kami dimaklumkan sehingga pukul 1.30tgh masih tidak disalurkan makanan kepada mereka.

Mangsa-mangsa banjir lebih berkeyakinan kepada Team Perakite kerana bantuan-bantuan yang mereka terima tepat pada masa yang diperlukan..

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : CERAMAH RAKYAT

>> Tuesday, February 14, 2012

BUKU JINGGA - TAWARAN PAKATAN RAKYAT

PENCERAMAH
DR ZUHDI MOHKTAR
PENGARAH PENYELIDIKAN PAS PUSAT

TN HJ ASMUNI AWI
AJK PAS PUSAT

SDR ZAIRUL AZRUN ZAINAL ABIDIN
KETUA PEMUDA PAS TAMBUN

TEMPAT
JALAN BERLIAN KDAS 2

TARIKH
16 FEB 2012 (khamis mlm jumaat)

JAM
9.00 MLM
SILA HADIR BERAMAI-RAMAI

Read more...

MUFTI PERAK DAH NASIHATKAN MB DIA KE?


MENTERI Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kanan) beramah mesra dengan penganut agama Hindu yang datang untuk menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Arul Migu Subramaniar dekat Ipoh hari ini. Selepas hadir di majlis sambutan berkenaan Zambry bercakap pada pemberita bahawa kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri Barisan Nasional. - fotoBERNAMA

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini memberi jaminan nasib orang India di negeri ini akan terus dibela walaupun kaum itu tidak mempunyai wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata kaum India tidak perlu bimbang kerana kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan kerajaan negeri BN.

"Walaupun tidak ada wakil kaum India. Namun dijamin semuanya akan dijaga dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas hadir di majlis sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigusubramania, Gunung Cheroh, di sini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai pertimbangan yang diambil oleh kerajaan negeri BN yang tidak mempunyai wakil kaum India dalam pembentukan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru, yang dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Selasa ini.

Terdahulu, Zambry yang diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Pengerusi MIC Perak Datuk G. Rajoo tiba di kuil itu pukul 8.30 pagi, telah meluangkan masa selama lebih 40 minit beramah mesra dengan penganut Hindu yang menyambut Thaipusam.

Dalam ucapan ringkas, Zambry menegaskan kepentingan semua kaum untuk terus bersatu padu bagi menjaga keamanan negara selain komitmen kerajaan BN untuk menjaga kepentingan semua pihak.

"Mari kita kembali bersatu, buang perkara yang tidak bawa kebaikan," katanya.

Sebagai bukti segera komitmen BN, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan RM100,000 akan diberikan kepada kuil Hindu itu untuk menjalankan aktivitinya termasuk aktiviti keagamaan seperti meraikan Thaipusam.

Sementara itu, Murugiah yang juga bekas ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) berkata parti itu tidak akan meminta sebarang jawatan daripada kerajaan negeri BN memandangkan hal ehwal kaum India telah diperuntukkan di bawah bidang kuasa seorang timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan.

"Kita tak mahu tekan. Apa yang penting bentuk kerajaan dulu," kata Murugiah yang percaya Zambry akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan nasib semua kaum dijaga.

Rajoo pula berkata tiga nama telah dihantar kepada pucuk pimpinan BN untuk dipertimbangkan selaku speaker Dewan Undangan Negeri bagi mewakili kaum itu.

Beliau yang enggan mendedahkan nama yang disenaraikan berkata kerajaan negeri juga boleh melantik wakil kaum India bagi jawatan yang setaraf dengan Exco kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

"Kita harap perkara ini akan ditimbang sebaiknya," katanya.

Perayaan Thaipusam berjalan dengan meriah di sini dengan penganut agama Hindu membawa kavadi dan berarak ke beberapa kuil utama di negeri ini, sekalipun situasi politik dicemarkan dengan insiden tunjuk perasaan sejak beberapa hari lepas.

Demonstrasi itu disertai penyokong Pakatan Rakyat yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan itu telah tumbang apabila empat wakil rakyatnya keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN. BERNAMA


SUMBER MSTAR.COM.MY

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 200 ORANG PENDUDUK KDAS 2

>> Tuesday, January 24, 2012


Tn Hj Asmuni menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan tuan rumah PAS Caw KDAS 2, kerana berjaya menjayakan majlis ini.


di antara para penerima sumbangan khusyuk mendengar butiran yang disampaikan oleh Tn Hj Asmuni, dan perubahan perlu di buat pada PRU 13 nanti..



JAN 22: KDAS 2: Seramai 200 orang penduduk di sekitar Kg Dato Ahmad Said 2 telah menerima sumbangan berupa keperluan harian yang telah disampaikan oleh Tn Hj Asmuni Awi, dalam majlis tersebut beliau turut berucap dan menjelaskan tentang BR1M yang berjumlah RM500 itu adalah wang rakyat sendiri, maka memang selayaknya rakyat terima, tetapi UMNO telah mengambil kesempatan dari pemberian tersebut dan menyusahkan rakyat dengan memaksa mereka beratur panjang dan menghabiskan masa berjam-jam untuk mendapatkan sumbangan tersebut, walaupun pemberian tersebut hanya perlu dimasukan ke bank atau ke tabung haji, kerana rata-rata rakyat mempunya akaun simpanan mereka sendiri. "ini dengan muka tak malu wakil-wakil rakyat menyampaikan sumbangan tersebut,bukan duit UMNO atau BN.. menyusahkan orang sahaja." ujar beliau.

Beliau amat terkejut kerana masih ada ramai lagi masyarakat yang susah di sekitar KDAS 2 ini, kerana jumlah 200 org penduduk yang menerima sumbangan pada hari itu mengambarkan pimpinan UMNO gagal untuk menaik taraf sosio ekonomi masyarakat setempat, terutamanya Dato Nazri Ismail wakil rakyat Dun Manjoi.

KP : tahniah juga kepada Abg Nan dan team dapur yang selalu tidak di dendang, kerana berjaya menghidangkan masakan terbaekkk... semoga Allah membalas dengan ganjaran pahala InsyaAllah.. (kari kambing, gulai lemak terung ikan masin, sambal belacan pergh)

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN KAUM TIONG HUA DI KG BARU KUALA KUANG

Kehadiran Tn Hj Asmuni di sambut oleh ahli pas dan masyarakat Kg Kuala Kuang

Menyampaikan Ucapan Tahun Baru Cina

kemesraan warga Kg Baru dan penerimaan mereka kepada PAS tidak berbelah bagi walaupun segala bentuk material yang diberikan oleh BN.

Hj Asmuni menyampaikan bungkusan limau sebagai cenderahati kepada anak rantau yang baru sampai dari rantauan untuk menyambut Tahun Baru di kampung.





Uncle ni dah berumur hampir 100 tahun


JAN 21 : KUALA KUANG : Tuan Haji Asmuni Awi telah menyampaikan hamper kepada 60 orang fakir miskin dari kaum Tionghua dalam suasana menyambut kehadiran perayaan Tahun Baru Cina, beliau juga turut berucap dan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, dan beroleh kemakmuran dan sihat sejahtera.

Di Majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan cenderahati berupa bungkusan limau sebagai simbolik sambutan perayaan tahun baru cina itu kepada rumah di sekitar kampung tersebut.

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012

>> Sunday, January 15, 2012

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : BN YANG TERDESAK

Diharapkan semoga Dato Husni dan Rosnah tidak melibatkan diri mereka dengan program subhah seperti ini, sebagai seorang muslim tugas kami menasihatkan mereka.. banner ini digantung di persimpangan d Tanjong Rambutan.

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : JOM MENJENGAH KG BT 10 CHEMOR

Selamat Datang ke Kg Bt 10 Chemor, penduduk di sini tak ramai sekitar 100 buah rumah sahaja, kg yg aman dan tenang.. fuhh tambah pulak datang masa hujan renyai-renyai.. syahdu je..macam d Sandakan.
Sebuah dewan orang ramai..

Sebuah Tadika..

Dan sebuah parit..!! parit ..? mengapa perlu tulis parit.. ooo rupanya nak bagitau di situ ada sebuah parit.. berhati-hati nanti jatuh dalam parit di sambor bapak yu..

Mak aihh apsal mcam ni pulak.. kg yang setenang tadi rupanya sampai pihak yang berkenaan tidak lansung mengendahkan kebersihan kawasan ini, rumput dan belukar dibiarkan semak, ishk kalau macam ni anaconda pun ada.. harimau dan juga gajah yang besar.. pun ada.

ini satu lagi signboard parit.. mengapa begitu teruk sekali.. ADUN Manjoi tak pernah sampai ke mari ke atau orang kampung bt 10 Chemor tak bagi beliau ke mari.?


Tuuu dia... longkang tak dibersihkan.. ishk tak takut nyamuk ke penduduk kg ni..?

Satu lagi longkang yang tidak dibersihkan.. Nazri apa kerja ko..?

KelicapKuning : Kami akan cari lagi maklumat d kg ni... ketua kg dia sape yerk..?
KP : Tahniah KelicapKuning.. lama tak muncul.. muncul sekali terus tembak.. jangan tembak kuat sangat kg ni masih suci lagi.. he3x

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : JAMUAN MAKAN DURIAN BERSAMA MASYARAKAT KDAS 2

YB Siva, speaker Rakyat , betapa perlu rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk membersihkan PErak dari rasuah dan akhlak buruk pimpinan UMNO/BN

Tn Hj Asmuni menyampaikan pesanan kepada masyarakat KDAS 2, supaya tidak lagi memberi undi kepada UMNO/BN dalam PRU k 13 nanti..

Fenomena sejak kebelakangan ini, meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang bangsa



Masyarakat India hadir ke program tersebut

Kehadiran masyarakat ke program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini amat mengalakkan, tidak kira apa saja program.. Alhamdulillah masyarakat Melayu khususnya telah mendapat kesedaran betapa rosaknya Parti UMNo BN

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : JAMUAN MAKAN DURIAN BERSAMA MASYARAKAT KANTHAN

Semua orang Kanthan perlu menolak BN/UMNO yg rasuah dan rendah akhlaknya..

Tn Hj Asmuni menunjukkan kepakaran tahap 7 dalam ilmu kupas durian..

pergh org kuat MTD.. senyum le sikit... sibuk beno org penerangan tu.. kamsin masuk ke.

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT MANJOI : PROGRAM SIHAT CERIA

>> Friday, January 13, 2012


15 JANUARI 2012(AHAD)

NO 158JALANBERLIAN
KG SG TAPAH IPOH

Read more...

SELAMATKAN RAKYAT MANJOI :FORUM BICARA RAKYAT


AHLI PANEL

YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
(NAIB PRESIDEN PAS MALAYSIA)

TN HJ ASMUNI AWI
(AJK PAS MALAYSIA)

YBHG MUSTAFA KAMIL AYUB

TARIKH
17 JAN 2012 (SELASA)

TEMPAT
PADANG BERSEBELAHAN MASJID MEDAN KLEBANG RESTU,CHEMOR

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP