ZAMBRY MELAKUKAN KHURAFAT TERANG-TERANG DIKAMPUNG GUAR MANONG

>> Sunday, October 17, 2010

Kume nak tolong bagitau, ini kroje orang yang cium tangan mike dulu..

ya le orang ni le...

(gambar dipetik dari peraktoday.com edisi 17 okt 2010 )

membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong

DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut

Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri

Yah itu upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.

GreenBoy - ooo patutle dia tak datang muzakarah rupanya ada upacara khurafat rupanya, Ostad yang selalu buat kuliah di rumah Menteri Besar kena tegur ajaran songsang ni..saya menyeru kepada mereka yang melakukan kerja khurafat seperti ini bertaubatlah...

Read more...

HARUNSANI AKUI NAJIB GUNA BOMOH DARI INDIA TETAPI CUMA MEMBISU KRN TAK DA KUASA

Satu program muzakarah yang dianjurkan oleh sebuah badan NGO untuk membincangkan tentang 'lompat parti dari sudut agama Islam- pecah amanah pengundi)' tujuannya adalah untuk mencari titik penentuan samada lompat parti ini adakah ianya satu perkara yang boleh diterima oleh Islam atau tidak, ianya bukan sahaja kepada Barisan Nasional tetapi juga kepada Wakil Rakyat Pakatan juga

Ketidakhadiran Dato Zambry Kader dan wakil panalisnya ke program muzakarah yang dianjurkan oleh Dato' Thasleem Mohamed Bin Ibrahim al-Haj, menunjukkan betapa takutnya mereka dengan kebangkitan rakyat, ini juga menunjukkan betapa mereka takut kerja-kerja memujuk rakyat supaya mempercayai penipuan dan dakyah mereka terbongkar dan diketahui rakyat.

Pada program tersebut panalis PAS diwakili Oleh AF Ust Bakar Hussein (pesuruhj aya PAS Perak) dan Ust Ibrahim (Setiausaha Dewan Ulama PAS Negeri Perak)

Wakil dari Pejabat Kedutaan Indonesia, beliau mengatakan bahawa di Indonesia tidak berlaku lompat parti kerana wakil-wakil yang bertanding memahami amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, bagi mereka adalah satu pecah amanah jika mereka berbuat demikian.

Walaupun beliau seorang berketurunan India-Hindu, beliau cuba untuk menghuraikan 2 ayat al-quran yang terdapat di dalam surat balas dari pejabat mufti berkenaan dengan Adun Lompat, surat itu ialah al-mukminun- 8 dan al-maarij-32

Pengerusi NGO Jamaaiy mendedahkan betapa dayusnya Dato Seri Mufti kerana menyembunyikan tentang perkara khurafat yang dilakukan oleh Najib dengan menggunakan khidmat bomoh dari India untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat satu masa dahulu, beliau menyebut ada 6 orang saksi yang mendengar apabila beliau berjumpa dengan Dato Seri Mufti di rumahnya, Dato Sei Mufti tahu dan mengiyakan ttg perkara itu tetapi ia mengatakan beliau tidak ada kuasa untuk itu.

Inilah sifat dayus seorang mufti dan hanya bekerja dan mengangguk kepada tuan yang memberi ia makan dan melunakkan kepentingan peribadinya.

Di atas ialah surat jawapan dari pejabat mufti bagi menjawab jemputan dari pejabat Dato Thasleem, jelas surat ini menyatakan Dato Mufti memisahkan politik dengan agama dan cuma mengaitkan individu yang dihormati iaitu Dato Harun Din dalam isu lompat parti ini.

Read more...

AMNGOK MEMULAKAN FITNAH YANG PERTAMA DI DUN GALAS

>> Friday, October 15, 2010


fITNAH Pertama dari AMNGOK noik-noikk

Read more...

ALHAMDULILLAH PULAU PINANG MENGIKTIRAF HUFFAZ.. NEGERI UMNO BILA LAGI

>> Thursday, October 14, 2010




Penghayatan terhadap kejayaan para huffaz yg menghafal sebuah al-quran telah membuka satu lembaran baru dengan pengiktirifan sebuah negeri yg diperintah oleh pimpinan bukan islam kepada huffaz dengan memberi insentif dan ganjaran dan melancarkan satu keluarga seorang huffaz

Greenboy : satu tamparan yang pedih kepada UMNO...

Read more...

BAJET PETANG INI .. NAJIB MOHON RAKYAT TERIMA LEEE..

Perdana Menteri men1kan malaysia, dengan nada merayu kepada rakyat supaya menerima bajet yg nak dibentangkannya pada petang ni.... apa isi kita pun tak tau...

Read more...

BARISAN NASIONAL DIBAYANGI KETAKUTAN KEBANGKITAN RAKYAT

TARIKH PENAMAAN CALON DAN PEMBUANGAN UNDI DI PARLIMEN BATU SAPI SAMA DENGAN DUN GALAS.

PENAMAAN CALON - 26 OKTOBER 2010
PEMBUANGAN UNDI - 4 NOVEMBER 2010

KETAKUTAN YANG AMAT DAHSYAT, TERPAKSA GUNA SPR UNTUK ELAK KEBANGKITAN RAKYAT

Read more...

YOU EQUAL TO SUCCES (program motivasi Islami)




Program : YOU EQUAL TO SUCCES (program motivasi Islami)
Tarikh : 31 Oktober 2010 ~ 23 Zulkaedah 1431 (Ahad)
Tempat : Kawasan Perkelahan Ulu Chepor
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sasaran : pelajar berumur 15 - 20 tahun(lelaki dan perempuan)
Yuran serendah RM 5.00 !

Read more...

PEMUDA PAS TAMBUN MENGESA PEKERJA SURAT KHABAR ARUS PERDANA BOIKOT AMBIL GAJI

>> Tuesday, October 12, 2010

Apahal..? tak nampak ke..?

Contoh surat khabar Mingguan Malaysia bertarikh 25 okt 2009 (ahad)

Dah dekat puluhan tahun syarikat judi ni mengiklankan keputusan nombor ekor ni di akhbar arus perdana khususnya akhbar melayu, apakah mereka tidak sensitif dengan masyarakat Islam yang hendak mengamalkan Islam, apakah mereka tidak tahu surat khabar ini juga adakala di bawa ke dalam surau dan masjid, ada juga akhbar yang di beri percuma kepada para pelajar?

Apakah masyarakat melayu tidak perasan dan sensitif dengan iklan judi ini... apakah hukumnya di sisi Islam mereka yang bekerja di syarikat tersebut menerima wang gaji mereka.. Apakah Dato Seri Mufti tidak nampak iklan-iklan ini yang disiarkan 3 kali keluaran seminggu, rabu,sabtu dan ahad....

KP : Masyarakat perlu keluar dari jerat-jerat judi ini, boikot UTUSAN MALAYSIA, MINGGUAN MALAYSIA, BERITA HARIAN DAN BERITA MINGGU

Read more...

BERSAMA PIKET MEMBANTAH PINDAAN AKTA PEKERJA

"Terima kasih kepada para penunjuk perasaan kerana sanggup pada petang ini, himpunan pada petang ini adalah himpunan kemenangan kita terhadap perjuangan kita untuk membela nasib para pekerja dari undang-undang yang zalim dan akhirnya pindaang ke atas undang-undang tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan.. Ini adalah kemenangan kita semua... hidup pekerja.." kata En Sega

Antara sepanduk yang meminta kerajaan menarik-balik rang undang-undang yang menzalimi para pekerja
Sdr Zairul bersama orang kuat PSM En Sega
Sdr Jamal turut sama turun ke Piket Pekerja tersebut

12 Okt 2010 : Beberapa orang pimpinan PAS Tambun telah menyertai piket para pekerja bagi menuntut supaya pindaan terhadap undang-undang buruh/pekerja di tarik balik kerana secara terang-terang undang-undang tersebut menindas para pekerja dengan memberi kuasa mutlak kepada majikan, ini seolah-olah akan mengembalikan pekerja kepada zaman hamba abdi, pekerja akan di buat seperti binatang dan menafikan hak mereka.

Selain di Ipoh terdapat 7 tempat mengadakan piket pada petang itu dengan serentak salah satu tempat ialah di hadapan parlimen

berikut adalah tempat yang mengadakan piket pada petang tersebut:

Di Hadapan Petronas, Semenyih , Selangor

Di Hadapan Pasaraya Warta, Bangi, Selangor

Bas Stop Simpang Balak, Balakong, Selangor

Seksyen 15, Shah Alam, Selangor

Di Hadapan Kilang Belton, Sungai Siput, Perak

Depan Medan Selera Pekan Tasek, Ipoh, Perak

Bayan Lepas FTZ, di jalan seberang Kilang Robert Bosch

HIDUP PEKERJA

Read more...

RUMAH PASTI DIRASMIKAN

>> Monday, October 11, 2010

Rumah PASTI Perak telah di beli dengan TUNAI di Anastoria Meru Raya Ipoh, melalui pembiayaan semua warga PASTI terdiri dari murid-murid, ibu bapa , guru dan AJK PASTI Negeri

Para Pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, DPPN Perak , PASTI Perak mengambil kesempatan bergambar dengan AF Ust Idris Hj Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat.


Jamuan makan Para Pimpinan DPPN Perak

AF Ust Idris memotong reben sebagai gimik perasmian Rumah Pasti Perak

Cheers... Perasmian Rumah PASTI Perak

menandatangani Plak Rumah PASTI

Ucapan Perasmian Rumah PASTI Perak

Read more...

PERASMIAN BRIGED AMAL PERAK

Komander membuat tabik hormat dan menjemput timbalan Jabatan Amal untuk membuat pemeriksaan shaf..
Pemeriksaan shaf oleh Timb Jabatan Amal Pusat dan AF Ust Nuri Timb DPPN Perak

Para peserta briged mendengar amanat dari Perasmi...

Majlis pemakaian barey briged Amal Perak.


Bergambar kenang-kenangan para peserta dan pimpinan Jabatan Amal Negeri dan Pusat.

Para Briged Amal Negeri Perak


Read more...

PEMUDA TAMBUN KE IJTIMA TARBAWI DI MASJID RUSILA MARANG TRENGANU

AF Ust Latif membacakan doa sebelum berangkat balik ke Ipoh.. Semoga perjalanan balik diselamatkan dan diberi kekuatan kepada peserta untuk menyebarluaskan Islam di Manjoi khusus Tambun Amnya. Amiiin


Bergambar bersama Sdr Azman Shafawi


Kemesraan KP dgn KP Pusat AF Ust Nasaruddin Hassan Tantawi

Bergambar belatarbelakang rumah AF Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama AF Ust Nassaruddin dan AF Ust Nik Abduh

AF Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyampaikan Syarahannya..

Adab menuntut ilmu, para peserta Ijtima menunggu AF Tn Guru Hj Abd Hadi untuk menyampaikan talaqinya pada pagi tersebut, hampir 2 jam beliau menyampaikan Syarah surah Al-Hujurat bg sessi pertama.
Dah pukul 1 pg, masih belum tahu nak tidur mana lagi, nak diri khemah badan dah letih sangat, "apakata kita pekena keropok ?" tanya jalalus "ok jugak tu " kata Abg Lannn

Sessi pendaftaran..

Perjalanan yang masih jauh... berehat membetulkan urat belakang..

23 orang para peserta ke Ijitama' Tarbawi Pemuda PAS di Masjid Rusila, Trengganu, bergambar berlatarbelakangkan Tasek Kenyir

Hafez menjadi 3rd pilot masa nak pergi, balik dia jadi penumpang yg paling bersopan..

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP