MENTERJEMAHKAN BIJAKSANA ORANG BERILMU DAN KEBODOHAN TIDAK BERILMU (JAHIL)

>> Friday, August 05, 2011





KP : Aloo Ostad awak tahu tak anak awak nak jadi apa bila besor nanti???

1 comments:

inamadia August 5, 2011 at 4:20 PM  

Tok Guru bercakap dari sudut fikrah (pemikiran) dan ideologi. Kazim bercakap dari sudut fizikal(tubuh Nabi). Bila Nabi lahir pada 12 Rabiulawal, Nabi tak membawa apa-apa ideologi untuk umat, kerana belum menerima wahyu.Samalah dengan orang lain, lahir tak membawa apa-apa ideologi. 40 tahun kemudian, Nabi diturunkan wahyu dalam bentuk ideologi yang benar. Ini tak berlaku pada orang lain melainkan Nabi sahaja. Maulidur Rasul bermaksud menyambut kelahiran Rasul.Rasul berlaku semasa umur Nabi 40 tahun. Oleh itu, bermaksud, menyambut kelahiran wahyu yang diturunkan kepada Nabi.Maulidur Rasul bukan menyambut kelahiran Nabi pada 12 Rabiulawal kerana masa itu Nabi belum dilantik jadi Rasul.Kalau kita sambut dan laksanakan perintah wahyu, bermakna kita faham apa yang berlaku selepas Nabi berumur 40 tahun. Kalau setakat sambut Nabi dilahirkan oleh ibunya, Abu Lahab pun sambut kelahiran ini dengan menyembelih 100 ekor unta sebagai kenduri besar-besaran sambut kelahiran. Tapi Abu Lahab tak terima perintah wahyu selepas Nabi berumur 40 tahun. Jangan jadi macam Abu Lahab. Ini maksud Tok Guru yang Kazim tak faham.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP