MASYARAKAT CINA DI KUALA KUANG TIDAK DILUPAKAN

>> Sunday, February 06, 2011

Rakan PR yang turut sama memberi sokongan tenaga



Penerima sumbangan sempena Gong Xi Fa Cai daripada PAS Tambun

"Terima kasih kerana prihatin dengan kami..."

IPOH - Majlis sumbangan untuk orang-orang miskin dan tua di Kuala Kuang merupakan program kedua PAS Tambun melalui Lajnah Kebajikan. Ia diketuai oleh Sdr. Syed Mohd. Nor Hisham bertindak sebagai penganjur program yang telah diadakan pada sebelah petang 30 Januari 2011. Program prihatin PAS Kawasan ini membuktikan bahawa masyarakat cina tidak dikesampingkan. Hampir 40 orang penerima menerima sumbangan. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP PAS Kawasan, Dr. Khairuddin b. Dato' Abdul Malek, Sdr. Ahmad Khair Faizal, Setiausaha PAS Kawasan Tambun, Ust. Wan Ahmad Tarmizi , Ketua Urusan Ulama' PAS Tambun dan saf AJK PAS Kawasan di samping wakil rakan PR yang membantu dari sudut komunikasi. YDP PAS Kawasan Tambun dipetik sebagai berkata "PAS Tambun telah lama mengamalkan kebajikan kepada semua tidak mengira kaum dan anutan agama. Sikap keterbukaan masyarakat bukan Islam kepada wadah yang dibawa oleh PAS pada masa kini menambahkan sokongan masyarakat kepada PAS khususnya dan rakan PR umumnya".



0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP