JOM KITA BERKENALAN DENGAN ANAK ANGKAT KEPALA JUDI

>> Wednesday, June 30, 2010

Ini kawan dia le, kan dia pompuan mestile kawan dgn pompuan x kan dgn lelaki pulak

saya x berani kata dia minum air setan tu, tapi dia buat dengan tin air tu, ehmm tempat letak pen kot? tapi ngapa x guna tin air lain, coca cola ke, pepsi ke, mecca cola ke (ishkk mana ada keless dgn mecca cola) teman rasa dia dapat tin tu kat luar rumah kot.. tp.. isk biar le



yang penting teman dapat cerita ni kat blog kat bawah... fikir le sendiri..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/06/anak-angkat-tun-mahathir-maizura.html

Read more...

TINDAKAN MACAM CIA

>> Tuesday, June 29, 2010

(hensem macam ni ada tokoh jd pengganas JI ke??)

UMNO sekarang semakin terdesak sanggup mengorbankan kawan sendiri demi kepentingan politik mereka, sanggup menuduh Dato Shahidan Kassim bekas MB Perlis dan Pengerusi UMNO Perlis sebagai pengganas.

Ini sikap orang yang sudah terdesak dan mendesak.

Read more...

BLOG PRIHATIN


MEMPERKUKUHKAN BARISAN ... memang pun

Majlis yang penuh bermakna ... dengan kehadiran...

Menteri Besar yang di benci rakyat jelata... Dan akan memberi NAFAS BARU kerana sebelum ini tidak berapa nak bernafas... semoga dengan Nafas yang diberikan agar Pusat ini akan hidup dan memberi pendidikan yang sepatutnya yang di beri..

Read more...

BACA HARAKAH TERBARU!!! BIL 1552

>> Monday, June 28, 2010



TUN MAHATHIR KEPALA JUDI



KP - Kalau teman bukan setakat Kepala Judi... tapi Tahi Judi...


Read more...

ANTARA 2 PEMIMPIN

>> Sunday, June 27, 2010

Read more...

DAH TERANTUK BARU NAK TERNADAH

>> Thursday, June 24, 2010

Betulle kata orang melayu dulu dah terantuk baru nak ternadah, sekarang ni polis dan terpaksa tambah kerja menangkap penjudi bola pulak kerana UMNO/BN menghalalkan judi bola, dah le banyak kerja ni tambah pulak kerja lain, ini semua kerana kedangkalan pemerintah rejim Najib yang tidak meletakan Al-quran sebagai panduan, ikut rasa nak buat dia buat ditambah pula si baghal DR.M menokok tambah dan di tambah pulak perisa oleh Nazri Aziz si badigol tu, so jadi le negara ni hura-hara dek dema ni.. siapa yang jadi mangsa - Polis dan Rakyat

Mengapa rakyat x nampak lagi tentang kebobrokan kerajaan ni?

Bila Pemuda PAS terjerit terlolong, yang kena tangkap pun ada kerana nak bagitau yang judi ni haram dan merosakan bukan judi bola sahaja tapi semua judi baru le sayap UMNO Pemuda dan Puteri terhegeh nak nyatakan pandangan mereka, ini le nak membuktikan bahawa mereka ini tiada pendirian dan seperti lembu di cucuk hidungnya..

Read more...

PUDU JEL KENA ROBOH SEBENTAR TADI

>> Tuesday, June 22, 2010








KP : ADA ORANG SUKA ADA ORANG TAK SUKA DIROBOHKAN, TERPULANG KEPADA KEHENDAK MASING2X

Read more...

PENDAPAT DR MAZA TERHADAP ULAMA UMNO

>> Monday, June 21, 2010

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 28, 10
10:43pm

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di

manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!


Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

KP- Apakah tujuan pendapat ini dikeluarkan? Kalay betul ia hendak menjerumus ke dalam UMNO maknanya artikel ini adalah sebagai guideline dan perkara-perkara yang hendak diperbetulkan tetapi jika sebaliknya memang le UMNO tunggu masa untuk DITALKINKAN..

Read more...

OLD TOWN TU KEDAI MAKAN CINA... MEE GORENG BERPERISA KATAK

>> Sunday, June 20, 2010




KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.
Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.
Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.



Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.
“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


KP- Teman heran OLDTOWN ni kedai makan cine, org Ipoh mana x tau oldtown kedai kopi cina kat pekan lama tu, yg org melayu gemor sangat makan kat situ apsal, ari tu siap mamat berkopiah lagi mengadap kopi OLDTOWN tu... gamaknya baru balik Isya' kot.

Read more...

SILA LAWATI AT-TAQWA

>> Friday, June 18, 2010

Harap sesiapa yg ada kelapangan sila lawati site ni, mungkin ada manfaatnya untuk kita..
http://pusatmotivasiattaqwa.blogspot.com/

Read more...

HAPPY FATHER'S DAY...


Kepada Semua bapa-bapa dan bakal bapa (khusus pemuda yg baru dapat anak dan bapa yg dapat anak lagi)

Read more...

PROGRAM MALAM INI (19 JUN 2010)

Read more...

PERGINYA UST HASSAN SHUKRI SAMA MASANYA UST FADHIL

>> Monday, June 14, 2010

Gambar Ust Hassan ketika menerima anugerah Tokoh Pemuda, gambar di ambil dari skrin di luar kerana kami terlewat sampai.

(ni gambar sebenarnya.. terima kasih topeng perak)

Teringatkan pemergian al-marhum AF Ust Fadhil, beliau pun pergi meninggalkan kita selepas muktamar di Putik.. Al-Fatihah

Read more...

DARAH MURSYIDUL AM MENGALIR DI MUKTAMAR

>> Sunday, June 13, 2010



Mungkin bagi sesetengah orang tersepit pintu tu alaa biasalah, begitu le juga dengan Mursyidul Am yang kita sayangi, setelah tamat muktamar jarinya tersepit di pintu hinggakan berdarah jari tangannya, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kpd Tok Guru agar tidak melarat kepada sakit yang lain.

Read more...

UMNO MEMANG PARTI JUDI DAN KAKI TODI

>> Saturday, June 05, 2010




Kang kita kata korang memang taik judi korang marah.. jadi ini buktinya.. memang le kome Tahi Judi dan Kaki Todi...

Read more...

SEKITAR DEMO ANTI YAHUDI DI KL..

Akhirnya di tutup oleh AF Ust Nasaruddin , Timb Presiden PAS, Presiden tak hadir kerana berada di Trengganu..

Ada juga terselit KP dalam ramai-ramai org tu... ok salah satu bukti yang kukuh wakil tambun ada di demo tersebut.. bendahari kawasan boleh claim ker?? oh ya KP kata ada orang sponsor..

Bro Anwar berceramah selepas keluar dari banggunan kedutaan Amerika..

Ni apsal pulak ceramah tinggi-tinggi ni, korang nak ceramah pada sapa.. hoi turun le apa korang buat kat atas tu.. ok kumpulan badigol kat atas sky lift tu ialah puak-puak GEMPAK, pada asalnya diorang nak tunjuk terror le, ceramah kat tempat tinggi, pastu ngangu ceramah orang NGO's, kita pekik kat diorang JAHANAM APCO langsung diam sampai ke sudah...

Macam biasa puak ni akan beraksi dalam skrip dan watak yang sama, di mana ada pakatan ada le puak-puak ni...

Ok Confirm org Tambun pegi demo ni.. tu timb ketua kebajikan pemuda tambun

Read more...

MESEJ KEPADA ISRAEL LAKNATULLAH

My friend hate you too...

Bendera korang juga di bawah kereta aku...

Hoii Yahudi Laknat bendera korang ada bawah tapak kaki aku...

Read more...

SEMINAR MUSLIMAH & CABARAN SEMASA



Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP