MENJIJIKAN, BUSUK DAN MEMBURUKKAN PEMANDANGAN
>> Wednesday, May 05, 2010
06 Mei 2010 : Pemandangan ini kepada penduduk yang mengunakan jalan Tanjong Rambutan - Bercham, adalah satu pemandangan biasa dan di tambah lagi bau yang amat busuk sudah menjadi satu kemestian sesiapa yang menggunakan jalan ini.
Pemandangan ini adalah satu longokan sampah yang sudah menjadi sebuah gunung, anggaran tinggi gunung sampah ini telah hampir 100m, longokan sampah yang kami maksudkan ialah Kawasan Pembuangan Sampah yang terdapat di Tanjong Rambutan.
Ini nasib yang menimpa kepada penduduk yang berada di sekitar longokan sampah tersebut terutama kepada penduduk Medan Bandar Baru Putra, anggaran penduduk di sekiling gunung sampah tersebut ialah 2000 orang.
Wakil pastambun.blogspot telah menemui salah seorang penduduk di kawasan "Kami telah menyedut bau busuk ini sudah hampir 10 tahun, sudah bermacam-macam janji pihak DBI dan Dato' Bandar pun sudah bersilih ganti, tetapi satu tindakan pun tidak di buat" Kata Tuan Hj Jamaluddin. " Dulu mereka berjanji hendak pindahkan longokan sampah ini tetapi sampai sekarang apa pun tak di buat mereka, akibat dari bau busuk ini , serangga yang membawa penyakit terutama lalat dan nyamuk memang tidak dapat dinafikan, bau busuk ini akan bertambah teruk apabila selepas hujan, bukan itu sahaja lori-lori yang membawa sampah akan menambahkan kawasan ini bertambah busuk apabila mereka flush' air sampah di atas jalanraya.
Kami menyelusuri sekitar kawasan tersebut, kami amat terkejut apabila longokan sampah itu hampir boleh di lihat daripada Batu 8 Ulu Kinta, bau busuknya pula boleh di hidu sehingga Pekan Bercham.
Kebetulan bersama-sama kami adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun Sdr Zairul Azrun, beliau berkata " Sudah sampai masanya longokan sampah ini perlu dipindahkan ke suatu tempat yang tidak melibatkan orang awam, saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Zamri memikir satu alternatif penghapusan sampah secara efisien, kerana sekarang sudah bermacam teknologi pelupusan sampah telah direka , apakah Zamri tidak memikirkan tentang hal ini, saya juga ingin menempelak ADUN Ulu Kinta Dr Rosnah dan AHLI Parlimen Tambun Dato' Husni Hanazlah, apakah mereka tidak melihat masalah rakyat ini atau sengaja mereka memejamkan mata, apakah 1 Malaysia yang dicanang-canangkan hanya sekadar slogan Rakyat didahulukan. Saya juga menyeru pihak berkuasa tempatan agar dapat menyelesaikan permasalah ini dengan SEGERA, tambahan pula sebuah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu yang akan siap tidak lama lagi, yang mana anggaran pelajarnya mencecah 3000 orang, apakah kita boleh tutup longokan sampah yang teramat besar ini dengan hanya menanam pokok disekitarnya" .
1 comments:
Saya amat setuje petikan yang mendakwa sampah di tanjung rambutan, malahan peringkat pembuangan sampah masih aktif dan didapati proses menolak sampah sehingga malam. Mengikut maklumat bahawa bau yang busuk adalah tosik yang beracun amat buruk apabila disedut oleh penduduk sekitar tanjung rambutan. Kenapa kerajaan perak tidak mengambil tindakan yang bernas iaitu memindahkan tempat pembuangan yang begitu besar dan tinggi ke tempat yang sesuai. Bulan puasa dah nak dekat, apatah lah dengan kesabaran dan terpaksa melalui menghidu bau toksik yang membahaya kesihatan. Saya harap pihak PAS dan BN dan DAP berjuang atas hak kemanusian serta kesihatan sejagat. Dan juga mewujudkan mesyuarat agung untuk menyelesaikan masalah sampah di tanjung rambutan.
Post a Comment