Masyarakat India terus sokong Pakatan Rakyat

>> Wednesday, July 08, 2009

IPOH, 7 Julai (Hrkh) - PAS Kawasan Tambun melalui Majlis Tindakan Dun (MTD) Manjoi telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan masyarakat India di zon Meru di dalam satu majlis penerangan diadakan di Taman Sri Meru baru-baru ini.

Speaker DUN Perak Kerajaan Pakatan Rakyat, V. Sivakumar menjadi tetamu dan turut menyampaikan ucapan menaikkan semangat kepada kaum India yang hadir.

Sivakumar mengingatkan masyarakat India agar terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat termasuk kaum India dapat dibela .

Beliau yakin dengan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat, Pakatan Rakyat akan dapat memerintah negeri ini apabila pilihan raya diadakan, dan DUN Manjoi akan juga dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.

ImageTerdahulu daripada itu Ketua dewan Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mewakili pimpinan PAS Kawasan, mengucapkan syabas kepada masyarakat India kerana keyakinan mereka untuk bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

"Semoga kelab penyokong Pas akan segera ditubuhkan di zon Meru", ujarnya.

Menurutnya, kelab penyokong PAS di Taman Klebang Jaya yang juga berada di Dun Manjoi telah berjaya membuktikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang penubuhannya.

Majlis turut dihadiri Setiausaha PAS kawasan Tambun, Ahmad Khair Faizal;Penyelia DUN Manjoi Syed Mohd Noor Hisham; Pengerusi Kelab Penyokong PAS kawwasan Langkap, Richard Wong dan Pengerusi Kelab Penyokong PAs Batu Gajah, Puan Santhi.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP