BENCINYA KJ KPD HISHAMUDDIN

>> Saturday, March 28, 2009



I'm the master of The Universe.. meow



chup.. chup




Pemuda Serah Keris Panca Warisan Tanda Penghormatan Kepada HishammuddinPosted on Thursday, March 26 @ 10:54:17 MYT
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini menyerahkan Keris Panca Warisan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tanda penghormatan atas kepimpinannya selama 11 tahun memimpin pergerakan itu.
Ini memandangkan Datuk Seri Hishammuddin akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO setelah mula menerajui Pemuda UMNO pada tahun 1998.
Keris tersebut telah diserahkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Hishammuddin sebaik beliau selesai menyampaikan ucapan dasarnya yang bertajuk "Menyerah Amanah".
Suasana hiba turut menyelebungi Dewan Tun Hussein apabila semua perwakilan berdiri memberikan tepukan gemuruh apabila mendengar nada sebak Hishammuddin ketika menghabiskan ucapan dasarnya.
Datuk Seri Hishammuddin selepas penyerahan tersebut berkata tidak ada niat di sebalik apa yang dilakukan, selain untuk melihat keris sebagai simbol yang boleh menyatupadukan dan simbol untuk merapatkan pelbagai kaum.
"Keris Panca Warisan tidak ada lagi pada pergerakan Pemuda. Ia ada bersama-sama dengan saya.
"Hari ini saya telah menjalankan adat. Akhirnya amanah itu telah diserahkan kepada saya untuk dibawa ke hadapan," katanya.






GreenBoy - penyerahan tu simbol betapa bencinya KJ kpd Hishamuddin kerana terlalu suka cium keris tu, jadi mungkin melekat air liur basi dan KJ mengambil keputusan "Engkau nak belah, baik ko bawak keris ni sekali, pengotor cium sampai keluar air liur basi, lepas tu sebab keris ni le 5 negeri dapat kepada pakatan rakyat." bentak KJ

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP