Abang Hamid PA System Dalam Kenangan
>> Monday, June 04, 2012
Kalau disebutkan nama Abdul Hamid Bin Ali mungkin orang tak berapa kenal, tetapi kalau Abg Hamid PA System mungkin ramai yang kenal, beliau seorang yang tidak banyak bercakap tetapi banyak buat kerja, dan kerja-kerja yang tidak ramai yang suka di buat kerana kerja tak glamour, itulah abang hamid yang saya kenal.
Seorang tidak banyak membantah atas tugasan dan amat tekun dengan tugasan yang diberikan, Markaz Manjoi lah tempat menginap dan menjadi penghuni setia, bukan tiada rumah tetapi lebih selesa dengan Markaz mungkin mudah untuk beribadat.
Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah nafas akhir dihembuskan pada jam 5.30petang jumaat, rata-rata seluruh warga PAS berhimpun di Alor Setar sempena Hijau Ke PutraJaya, dan jenazah telah disemadikan di Kg Buluh Akar Simpang Tiga Parit.
Kami akan rindukan kegigihan mu dan kesunyian gelak ketawa yang selalunya tidak lengkap dan hilang korum 'ngeteh' di warong kopi jalan pemimpin.. tetapi lebih mengharukan bila Markaz Manjoi kehilangan sebutir lagi zamrud yang menghijau disetiap hati yang mengenali beliau.. Al-Fatihah


"Apa
yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka
merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan
baru.















