AKHIRNYA KERAJAAN HARAM ZAMBRI AKUR DESAKAN PENDUDUK

>> Wednesday, March 27, 2013


Berikutan desakan penduduk dan pimpinan Pakatan Rakyat, baru-baru ini selepas 4 tahun penduduk Kg Razak menderita kerana tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa dengan anggaran kos RM300 sebulan, mereka sudah tidak berupaya lagi sehinggalah membawa kepada perbincangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pada petang 6 Mac 2013, satu majlis minum petang telah diadakan di salah sebuah rumah di situ, dan calon Manjoi Tn Hj Asmuni Awi akan berjanji akan menyelesaikan isu tanah perumahan di Kampung tersebut, jika Pakatan Rakyat dapat semula mandat untuk memerintah kerajaan Perak selepas PRU 13 nanti.



Kerja-kerja menolak tanah sedang giat dijalankan

setelah 4 tahun penduduk di sini menderita tanpa rumah dan pejabat tanah di bawah pemerintahan haram zambry , dengan desakan barulah mereka meneruskan projek tersebut

Read more...

HITEA BERSAMA PENDUDUK TMN BERTUAH CHEMOR



Para penduduk yg hadir pada majlis Hitea petang tersebut



Sdr Zairul bersama lori penerangan

Penduduk Tmn Bertuah yang sporting ..


Bermesra dengan penduduk Taman bertuah

Read more...

JELAJAH PENTAS WANITA

>> Wednesday, March 20, 2013


Read more...

UMNO YANG MAKSUM, NAJIB YANG MUKHLISIN


Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan  Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:

1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya  kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.

Read more...

PROGRAM SUMBANGAN MEGA PAS MANJOI DI KG RAZAK KDAS 3

>> Saturday, March 09, 2013


Tn Hj Asmuni mendengar keluhan penduduk








Read more...

SUMBANGAN MEGA PAS MANJOI DI KDAS II

>> Sunday, March 03, 2013

Sdr Zairul turut menyampaikan sumbangan

Pimpinan yang turut hadir






Petugas bekerja keras menjayakan program tersebut




Tn Hj Asmuni menyampaikan pesanan di Majlis tersebut, "kami menyampaikan sekadar yang termampu, sedikit kami ada sedikitlah kami hulurkan.. InsyaAllah jika kami di beri mandat kami tidak akan lupakan tuan-tuan semua..


Dr Khairuddin YDP Tambun turut berucap pada Majlis tersebut, "kami perlukan doa-doa para penerima sumbangan kerana doa-doa tuan-tuan akan dimakbulkan Allah, tolong doakan kemenangan Parti Islam kerana kami akan martabatkan Islam seluruhnya"




Read more...

TN HJ ASMUNI MELAWAT MANGSA KEBAKARAN DI SG TAPAH

Pak Sood menyapa Dato Nazri, mike kenal teman ke? Pak Sood adalah salah seorang penyokong tegar UMNO, telah menyatakan sokongan kepada PAS

Tn Hj Asmuni menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut

Tn Hj Asmuni di beri penerangnan oleh jiran kepada mangsa rumah terbakar

sahabat sekolah bertemu semula..


Read more...

TRAK NEGARA BERKEBAJIKAN TIBA DI MANJOI

Bergambar di atas trak negara berkebajikan

gambar waktu malam

Tn Hj Asmuni turut berucap

Read more...

SUMBANGAN MEGA PAS DUN MANJOI

Tn Hj Asmuni menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India di Taman Jati

Sdr Navin Kumar juga turut berceramah pada petang tersebut

Di antara masyarakat India di Taman Jati hadir untuk mendengar penjelasan isu semasa


 
Puan Hjh turut menyampaikan sumbangan

Read more...

SEKITAR SUMBANGAN MEGA PAS DUN MANJOI

 Sumbangan Tahun Baru Cina di Kuala Kuang
mereka tidak dipinggirkan

Antara penerima sumbangan Tahun Baru Cina

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP