JOM SOLAT DHUHA BERJEMAAH BERSAMA PARPU DAN BELACAN

>> Sunday, October 23, 2011

Read more...

ZAMRY DAN KUNCO-KUNCO KAKI PELAHAP

Setelah berbincang dengan beberapa sahabat di pastambun.blogspot.com, untuk mendedahkan beberapa blog yang menceritakan betapa 'pelahap'nya orang UMNO di bawah Zambry Parpu..

http://kopiokaw-saga.blogspot.com/

http://santauberapi.blogspot.com/

supaya kita boleh nilaikan betapa hebatnya mereka 'menfaraidkan' harta negeri Perak yang kita cintai ini.


Read more...

UMNO SEBENARNYA KOMUNIS

Read more...

JAMUAN RAKYAT 15 OKT : TENAGA SEBALIK TABIR

>> Sunday, October 16, 2011

Mesyuarat Akhir, semangat dan ganjaran pahala sedang menunggu, berikhtiar bagaimana untuk memberi sumbangan seikhlas-ikhlasnya..

Ketua Muslimat dan sahabiah turut hadir di mesyuarat akhir..

Mesyuarat akhir, semua sudah bercampor-campor perasaan

KP dan pemuda KDAS 3..

Di antara orang kuat di dapor, yang lain mana yop..? malu ke gamaknya

Proses awal menyediakan gulai..

Walaupun tidak perlu, tetapi merasakan patut menjemput seluruh anggota di Balai Polis Manjoi hadir ke Jamuan tersebut
Kendara selepas kenduri.. Korang memang Best.. pas ni kita tolong di kenduri Hafez pulak..

Read more...

JAMUAN RAKYAT 15 OKT : HAMPIR 3000 ORANG HADIR KE MAJLIS TERSEBUT



















KDAS 3, 15 Okt : PAS TAMBUN sekali telah mencatat sejarah di Negeri Perak apabila berjaya mengadakan majlis Jamuan Rakyat dan meraikan Pengantin Beramai-ramai, kehadiran yang mencecah 3000 orang telah mengambarkan sokongan dan penerimaan masyarakat melayu semakin hari semakin meningkat khususnya masyarakat di sekitar Kg Manjoi.

Majlis yang menghimpun 4 pasang pengantin yang telah di nikahkan sebelum ini, telah berjaya memberi impak yang cukup besar kepada penduduk di sekitar Kg Dato Ahmad Said 3 dan Kg Sg Kati, yang rata-rata kehadiran adalah masyarakat setempat.

Majlis itu juga telah memberi kesempatan masyarakat setempat berkenalan dengan lebih dekat pimpinan PAS samada dari Kawasan Tambun dan Tn Hj Mohamad Sabu yang sebelum ini berbagai fitnah yang disebarkan di media pro-UMNO/BN, tetapi apabila mereka melihat dan mendengar sendiri ucapannya mereka seolah-olah tertipu dengan berita-berita tersebut.

En Hanif dari Kg Sg Tapah hadir bersama isteri adalah bekas ahli UMNO, hadir selepas menghadiri program BN di Tanjong Rambutan berkata " Kalau macam ni punya majlis, alternatif kepada UMNO sudah ada."

Dalam Majlis itu turut memberi ucapan alu-aluan adalah YDP PAS Kawasan Tambun Dr Khairuddin Dato Abdul Malik " Majlis yang julung-julung kali ini ada satu persembahan kita PAS kepada masyarakat khususnya masyarakat Manjoi, kami mampu membuat lebih dari ini jika mandat yang diberikan oleh rakyat telah di rampas secara tidak bertamadun oleh UMNO/BN, mungkin pada tahun ini kita meraikan 4 pasang pengantin, InsyaAllah pada tahun hadapan mungkin 10 pasang pengantin yang akan kita raikan, yang penting tuan-tuan memulangkan mandat itu semula kepada kami PAS dan Pakatan Rakyat"

Turut berucap juga pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu, ujar beliau " kesinambungan perjuangan di dalam jemaah Islam amat ketara dan membuktikan bahawa talian aqidah lebih hebat dari talian darah daging" sebagai contoh apabila beliau di babit dengan beberapa insiden untuk mengangu dan mengugut beliau apabila kontroversi penjelasan isu Mat Indera, beliau mendapat sokongan yang tidak dirancang oleh para Ahli PAS. Sambung beliau " saya amat sayu apabila anak-anak muda sanggup mempertahan jiwa dan nyawa mereka untuk keselamatan saya, apabila saya diserang oleh samseng ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru, inilah kekentalan anak-anak muda yang ada di dalam PAS, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS lupakanlah sengketa dan kembali kepada shaf perjuangan yang suci ini."

Di dalam majlis itu juga YDP Dr Khairuddin menyerahkan sumbangan bagi perjuangan beliau dan perbelanjaan kes beliau di mahkamah.

Majlis berakhir dengan makanan habis dan seluruh petugas menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas untuk menjayakan majlis sebesar ini.

GREENBOY : TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KERJA-BUAT YANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DEMI MENJAYAKAN MAJLIS INI





Read more...

JAMUAN RAKYAT 15 OKT : ANAK CINA AJAK SEMUA DATANG KE JAMUAN RAKYAT 15 OKT NI

>> Wednesday, October 12, 2011

DI JEMPUT SELURUH MASYARAKAT MANJOI KHUSUSNYA DAN TAMBUN AMNYA KE JAMUAN RAKYAT BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PAS YBHG TN HAJI MOHAMAD BIN SABU.. SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH

TARIKH
15 OKT 2011 (SABTU)

MASA
12 TENGAHARI - 3 PETANG

TEMPAT
KG SG KATI


Read more...

KERTAS SEJARAH PMR 2011 DICEMARI KEBEJATAN UMNO


Bila pulak API, AWAS dan PKMM menyokong Malayan Union..? UMNO mengajak pelajar menjadi bodoh seperti mereka..

Read more...

PERTANDINGAN BOLA SEPAK AMAL PIALA DR KHAIRUDDIN DATO ABDUL MALIK

>> Friday, October 07, 2011


TARIKH
13 NOV 2011 (AHAD)

MASA
8 PAGI

TEMPAT
PADANG KG TENGKU HUSSEIN

YURAN PENYERTAAN
RM170.00 SATU PASUKAN
Satu pasukan akan dikecualikan yuran setelah di undi

HADIAH
PERTAMA RM1000
KEDUA RM700.00
KETIGA & KEEMPAT RM350

BORANG PERCUMA BOLEH DIAMBIL DI
WARONG SHAM SOYA (MANJOI)
KEDAI AL-QASWA TAMAN HIBURAN (ULU KINTA)

TARIKH TUTUP DAN UNDIAN PERLAWANAN
11 NOV 2011 (JUMAAT)

DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN MENUTUP AURAT


Read more...

HUKUM JENAYAH ISLAM

PENGERTIAN JENAYAH

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

FALSAFAH JENAYAH

Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.


HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir

A. HUKUM HUDUD

1. Pengertian Hudud;

(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau menceg�h.

(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Maksudnya;

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(a) Zina;

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(b) Qazaf (menuduh zina);

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak;

Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

(d) Mencuri;

Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

(e) Merompak;

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :

sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara


(f) Riddah (murtad);

Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.


B. HUKUM QISAS



1. Pengertian qisas;

(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.

(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan�-kesalahan yang melibatkan hak individu.



2. Jenis jenayah qisas;

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

Maksudnya;

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (Surah al-Maidah ayat 45)



Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.



Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;

a) wang emas = 1000 dinar
b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
c) lembu = 200 ekor
d) kambing = 2000 ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap

a. Diat jenayah membunuh.

1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;

a) 30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 40 ekor Hulqah

# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.

2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.

3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;

a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.

* Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
* Diat hamba 1/2 drp diat merdeka


# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.

b. Diat jenayah mencederakan anggota

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.

6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)

7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)



C. HUKUM TA’ZIR



1. Pengertian ta’zir.

(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.

(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.



3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.

(a) Nasihat;

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

(b) Teguran;

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

(c) Ancaman;

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan;

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

(e) Perisytiharan umum;

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

(f) Denda dan merampas harta;

Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara;

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.

(h) Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.

(i) Bunuh;

Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

(j) Buang daerah;

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.


Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir

(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.

(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.


Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat

(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh
dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.

(c) Hukuman jenayah Islam men�gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

KP : TERIMA KASIH http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm

Read more...

TUAN GURU NIK AZIZ SINGGAH DI MASJID KLEDANG RAYA UNTUK TUNAI SOLAT MAGHRIB

>> Wednesday, October 05, 2011

maaf gambar tidak jelas, kelihatan Imam Tajeri memeluk AF TG Nik Aziz dan bersalaman dengan beliau, inilah akhlak yang berilmu sentiasa menghormati antara satu dengan lain, walaupun berlainan fahaman perjuangan, marilah kita doakan agar Allah beri kesempatan beliau bersama-sama memperjuangkan Islam yang maha suci ini..

AF TGuru menunaikan solat sunnat..

Beliau menyampaikan tazirah pendek selepas solat maghrib, saya sempat bertanya kepada beliau semasa makan malam , mengapa Tuan Guru tidak memandang kepada jemaah semasa menyampaikan tazkirah, beliau menjawab beliau 'malu' dan tak mahu membelakangkan kiblat.

diantara jemaah yang menunaikan solat maghrib yang berimamkan TG Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS Malaysia.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP