TAMBUN CARE : MENZIARAHI ADIK MOHD AZIQ DI HOSPITAL PERMAISURI BAINUN

>> Friday, July 29, 2011

Sempat bergambar dengan Adik Haziq yang tinggi semangatnya, semoga cepat sembuh

Sdr Fitri dan Saiful berbincang dengan ayah adik Haziq dari sudut undang-undang , sorang loyar sorang lagi pegawai JPJ, elok le tu..

KP : Semoga Allah beri kekuatan kepada Adik Haziq dan Keluarganya.. Ameen

Read more...

PUSH BERSIH : UST ZAMBRI MANTOP DI BERSIH HARI TU..

KP : Antara Tindakan Terawal yang di ambil oleh Media Prima, batalkan program ADIK DAN AL-QURAN, yang diminati anak-anak

Read more...

AYAH DAN SUAMI MAI RENUNG SEKEJAP

>> Sunday, July 24, 2011

Read more...

PUSH BERSIH : UMNO PERLIS PUN PEKENAKAN NAJIB DAN ROSMAH


HEPI BEST DAY TO YOU NAJIB.. NOW U AT 58YEARS OLD.. COUNTDOWN TO GRAVE..

Read more...

PUSH BERSIH : NAJIB DAN ROSMAH DI ASAK BERTALU-TALU DI ENGLAND

>> Monday, July 18, 2011



Air Kuning menjadi hidangan Najib dan Rosmah
Sabtu, 16 Julai 2011




Jika semalam Najib dan Rosmah Mansor terpaksa melihat warna yang telah diharamkan pemakaiannya di Malaysia kerana ketika mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, baginda memakai gaun serba kuning bagi menyambut Najib dan Rosmah.. gambar kat atas.. gambar original tu.. bukan super impose..

KP : Apalah nasib Najib dan Rosmah ni... kasihan

Read more...

PUSH BERSIH : BERITA MINGGU MENIPU RAKYAT MALAYSIA

>> Thursday, July 14, 2011

Keratan Akhbar Berita Minggu 10 Julai 2011 " KL Tegang" dengan memaparkan seorang dengan berbadan sasa dikatakan dalam berita tersebut memegang sebilah pisau dan membali batu..
Tetapi Allah maha berkuasa, surat khabar NST pada mulanya nak membuktikan yang gambar ini bukan gambar luar negara, tetapi yang berlaku akhbar se'fasik'an mereka juga yang mendedahkan Ajak (nama pemuda) ini bukan memegang pisau tetapi bendera Malaysia dan beliau bukan membaling batu tetapi mengalihkan tear gas ke tempat yang lapang...

KP : Saya syorkan Ajak saman je Berita Minggu, biar dia tak boleh berkokok lagi...

Read more...

PUSH BERSIH : QUEEN ENGLAND PUN SOKONG BERSIH

Demonstrasi di England.. shame on you malaysia PM.. perhg mana nak letak muka

masuk dalam istana kena pulak perli dek Queen, beliau dengan memakai gaun kuning.. apakah secara terancang atau kebetulan.. walaupun apapun Najib telah dimalukan di England.. kesihan




Read more...

PRU13 : SELURUH UPU DI MINTA MEMBUKA BILIK GERAKAN

Tambun : Pengarah MTD Manjoi mengarahkan seluruh Bilik Gerakan UPU dibuka dan kerja-kerja penculaan perlu dikemaskini. Mesyuarat dikalangan AJK UPU perlu bermesyuarat lebih kerap dan berkesan, terutamanya dalam pengemaskinian penculaan dan daftar pemilih baru.

Momentum yang di lihat dari perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, kita melihat gelombang dan sensitiviti rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah semakin meningkat, mereka mahu melihat keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat menerajui negara ini, jadi walaupun kita berada di peringkat yang paling rendah iaitu UPU, kita mempunyai peranan yang paling hampir dengan pengundi dan tidak sepatutnya kita melepaskan kesempatan ini.

Read more...

PUSH BERSIH : VIDEO 02

>> Wednesday, July 13, 2011

Read more...

PUSH BERSIH : LEDAKAN RAKYAT YANG TIDAK BOLEH DI BENDUNG-BENDUNG LAGI




KP : Teman tercari-cari jg mana gambor dema yang pegi Acheh aritu..

Read more...

PUSH BERSIH : Peludah Warna (A.Samad Said)





Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar... racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Read more...

PUSH BERSIH : Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS

>> Tuesday, July 12, 2011

Chen Shu Yong | Jul 12, 2011 06:36:14 pm

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas susunannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.

Read more...

PERAKNANGIS BERWAJAH BARU..

klik gambar untuk menziarahi blog YDP PAS Kawasan Tambun...

Read more...

PUSH BERSIH : YDP MENZIARAHI DR LO'LO DI HOSPITAL UKM

Pada 10 Julai lepas, Dr.Khairuddin (YDP PAS Tambun) dan keluarga telah menziarahi Dr.Lo' Lo' yang mendapat rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Secara kebetulan 20 minit selepas itu, Tn.Hj Mohd Sabu dan isteri juga tiba untuk menziarahi Dr.Lo' Lo'. Mari bersama-sama kita doakan kesihatan Dr.Lo' Lo' dan kesejahteraannya. (Amin..)

(dari peraknangis.blogspot.com)

Read more...

PUSH BERSIH : MARINA MAHATHIR JOIN BERSIH 2.0


KP : TUN Det lu nak kata apa skrg..?

Read more...

PUSH BERSIH : VIDEO 01

Read more...

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI

>> Friday, July 08, 2011



SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN!!!

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEMUANYA... AMINNN

Read more...

PUSH BERSIH : SUKAN PEMUDA ANTARA CAWANGAN DALAM KAWASAN TAMBUN

>> Saturday, July 02, 2011



Sdr Salman melakukan set mula, sebagai gimik perasmian sukan tersebut

Ucapan perasmian

Sdr Zairul menyampaikan ucapan alua-aluan pada majlis tersebut, beliau menginggatkan agar lebih kerap sukan dan aktiviti kepemudaan perlu diadakan kerana jiwa pemuda perlu di isi dengan aktiviti yang sihat dan disisipi dengan unsur taqwa kepada Allah, pada ini sebanyak 3 jenis aktiviti diadakan iaitu catur, karom dan ping pong.

Kelicap Kuning : Sambutan amat tidak mengalakkan kerana tidak sampai separuh dari dari cawangan di dalam kawasan Tambun yang hadir menghantar wakil, tetapi apa-apapun ini percubaan awal bagi Lujnah Sukan dan Reakrasi DPPK Tambun

Read more...

PAS TAMBUN MENYOKONG 100% BERSIH DENGAN MENUKAR BACKGROUND TANDA SOKONGAN

PASTAMBUN.BLOGSPOT.COM mengambil iniasatif sokongan dengan mengubah wajahnya tanda sokongan 100% perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur dan seluruh warga Perak akan berkumpul di sekitar PWTC dan arahan akan dikeluarkan hanya dari Ketua Pemuda Kawasan dan YDP Kawasan sahaja.. harap maklum.

Read more...

PELAJAR KOLEJ SUDAH MULA MENDAFTAR TETAPI BUKIT SAMPAH SUDAH MENGGUNUNG

>> Friday, July 01, 2011

Longokan sampah yang semakin menggunung, sedangkan para pelajar kolej kesihatan telah mula mendaftar, hampir 3000 orang telah berada di dalam Kolej Sains Bersekutu yang jaraknya tidak sampai 2 km, bau busuk yang berpunca dari longokan sampah tersebut boleh hidu dari kolej tersebut..

Apakah Husni dan Rosnah x boleh buat apa untuk kebaikan rakyat di sekitar Tanjong Rambutan, apakah Rosnah sudah tersumbat hidungnya kerana jarak kliniknya dengan sampah tersebut dalam jarak 300 m sahaja atau beliau tidak berada di dalam kawasanya sepanjang masa...

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP