MUQABALAH BUKAN MUZAKARAH

>> Wednesday, July 23, 2008

















(Gambar menunjukkan hubungan ukhwah yang terlalu erat di antara Dato' Seri Presiden & YAB DatoTuan Guru Nik Abd Aziz - mampukah Pak Lah menurunkan egonya ketahap ini)

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _

Read more...

KONVENSYEN PAS NEGERI PERAK

MAJLIS KONVENSYEN PAS NEGERI PERAK

TARIKH : 26 & 27 JULAI 2008

MASA : 8.00 PG - 5.30PTG
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI RAPAT SETIA, IPOH

PERASMIAN : YB. TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
(PRESIDEN PAS)

UCAPTAMA : AF UST AHMAD BIN AWANG
MENGISI KEMENANGAN MEMANTAPKAN PERJUANGAN

Read more...

CERAMAH UMUM De Manjoi

Read more...

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN

>> Monday, July 21, 2008





MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN

TARIKH : 26 JULAI 2008 (23 REJAB 1428)
MASA : 4.30 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN
50A Pusat Komersial Taman Meru 2B,
Jelapang 30020 Ipoh

DISEMPURNAKAN OLEH : UST HJ. NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Read more...

MUNAJAT PERDANA RAKYAT PERAK

>> Thursday, July 17, 2008











17 Julai Ipoh : Hampir 8,000 orang rakyat Perak telah bermunajat kepada Allah swt memohon agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, rata-rata mereka yang hadir pada malam itu adalah terdiri dari kalangan rakyat yang suda mulai merasakan keselesaan di dalam pemerintahan yang baru ini.

Walaupun mereka di simbahi dengan air hujan, para hadirin tidak berganjak walau seinci dari tempat sujud mereka, yang mana mereka amat mengharapkan pertolongan dan kerahmatan dari Allah swt. Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Ulama' PAS Negeri Perak, telah di tamatkan dengan ucapan-ucapan tazkirah para pimpinan diantaranya ialah Dato' Seri Hj Nizar dan AF Ust Ahmad Awang.

Read more...

LAPORAN POLIS TERHADAP ARTIKEL HASUTAN

























11 Julai Ipoh : Satu repot polis telah di buat di IPD Ipoh, berikutan terjumpanya satu set artikel berbentuk hasutan kaum di Masjid Kg Tg Hussein, dalam artikel tersebut dengan jelas memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, dan cuba untuk meniupkan angin persengketaan kaum di Negeri Perak ini.

Saudara Zairul Azrun Bin Zainal Abidin yang membuat repot tersebut berkata artikel itu telah dijumpainya di Masjid Kg Tg Hussein dan tidak tahu apa motifnya, tetapi ianya hanya untuk mengujudkan rasa tidak senang kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekarang, yang mana rakyat sedang menyesuaikan diri dalam pemerintahan yang baru.

Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, dalam artikel itu secara ringkas telah meletakkan kononnya 8 FAKTA PIMPINAN KERAJAAN PAS DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN iaitu:

1. Kerajaan Minoriti Melayu, menjadi BONEKA kepada Cina
2. Pemberian GERAN KEKAL sebanyak 60,000 kepada penduduk kampung baru
3. Majlis Angkat Sumpah ADUN Negeri Perak di hadapan speaker berketurunan India ( Sedangkan dalam teks angkat sumpah tersebut termaktub perkataan sumpah)
4. MB Perak berdiam diri isu Karpal Singh BIADAP terhadap DYMM Sultan Perak
5. Arahan Pertukaran 24 Jam Pengarah JAIP, Dato' Jamry Sury
6. Pelupusan Taraf Bumiputera bagi lot bumiputera yang tidak di jual di Negeri Perak
7. Menyokong Pusat Khinzir Raksasa (PKR) di Selangor
8. Patung berhala Hindu (merujuk kepada Pejabat Yang Di Pertua DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK)

Menurut Ust Mohd Zawawi, cara ini tidak boleh lagi digunakan dalam zaman sekarang kerana rakyat telah faham dan mahukan pemerintahan yang adil dan berkebajikan.

Sdr Zairul Azrun dimaklumkan oleh pihak polis akan menyiasat secara terperinci aduan tersebut kerana kenyataan ini AMAT MERBAHAYA kerana boleh mengakibatkan pergaduhan antara kaum.

-greenboy-

Read more...

IJTIMA' PAS KAWASAN TAMBUN

>> Tuesday, July 15, 2008

































Ijtima' PAS kawasan Tambun kali ini diadakan di Residen Menteri Besar, kehadiran pada malam itu dianggarkan 900 orang, seperti Ijtima' yang lalu pengisian seperti kuliah maghrib, solat isya' & hajat berjemaah dan ucapan pimpinan diadakan seperti tetapi kali ini peserta Ijtima' amat bertuah apabila YAB Menteri Besar sendiri yang memberi Tazkirah Motivasi pada malam tersebut.

Semoga Ijtima' yang akan datang kehadirannya tidak berkurang.

Read more...

SOLAT HAJAT PERDANA PERAK

SOLAT HAJAT PERDANA PERTAHAN KERAJAAN PERAK

Tarikh : 17 Julai 2008 (Khamis mlm Jumaat)
Masa : Mula 7petang - 11 malam
Tempat : Stadium Perak

Digalakkan puasa sunat khamis (rejab) pada siangnya dan iftar (bawa juadah sendiri)

Ceramah : YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)

Semua Muslimin & Muslimat Di Jemput hadir.

Anjuran Dewan Ulama' PAS Negeri Perak.

Read more...

MENTERI BESAR KITA



















Kelihatan Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Ir Nizar Bin Jamaluddin bersama Setiausaha Politik Ust Misbahul Munir Masduki menjamu selera di Kantin SUK Negeri Perak, situasi ini adalah perkara biasa setiap hari.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP