SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
>> Wednesday, June 25, 2008
Sebelum ini kita hanya meneka yang kerajaan BN ini tidak rasional, bila sidang ini bermula memang betul mereka ini mereka memang tidak rasional, melalui hujah dan pembentangan pembangkan di sidang DUN semalam jelas mereka ini hanya mengamalkan politik balas dendam dan benci-membenci di antara satu sama lain, mereka ini sepatutnya masuk ke Dewan Negeri tujuannya ialah untuk membawa permasalahan rakyat dan membangunkan Negeri Perak yang dicintai, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Mereka hanya membuat bising dan kacau di dalam Dewan, rakyat dapat membuat penilaian terhadap ucapan-ucapan wakil BN di Dewan tersebut.
Akhirnya apabila pihak kerajaan mengemukakan pecah amanah yang dilakukan oleh kerajaan dahulu (BN) mereka tidak dapat menahan kemarahan dan pedih telinga lalu mereka beramai-ramai keluar dewan. Satu tindakan yang amat merugikan rakyat yang diwakili.
MEREKA BERSAMA MEMBULI RAKYAT
>> Tuesday, June 24, 2008
Usul penstrukturan semula subsidi minyak dan isu kenaikan harga barang yang dibentangkan diusulkan oleh Kerajaan dan mendapat sokongan 129 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) manakala 78 undi menolak usul.
Pendekatan yang diumpamakan seperti ketua samseng mengajak anak-anak buah membuli mangsa rompak ini telah menjadikan seolah kerajaan terlalu terdesak dalam suasana yang tidak memihak kepada mereka sekarang.
Mereka membuli rakyat sehingga tidak mampu untuk bergerak lagi.
PROTES AMARAN PERTAMA DI KG BARU
>> Monday, June 16, 2008
Perhimpunan pertama Protes 13 jun 2008 dari Masjid Kg Baru ke KLCC, lebih 3000 rakyat Malaysia berkumpul dan menyatakan perasaan tidak bersetuju di atas kenaikan harga minyak yang begitu membebankan.
MB PERAK MELAWAT MANGSA KEBAKARAN
(Pegawai Bomba & Penyelamat memberi penerangan kepada YAB MB)
Yab Menteri Besar menyampaikan sumbangan peribadi.
12 Jun 2008,Ipoh: 5 buah rumah sewa sederet telah hangus dalam satu kebakaran di Jalan Juara Kg Manjoi pada tengahari tadi, dua buah jentera Bomba & Penyelamat telah dapat memadamkan api yang yang marak dalam masa 10 minit. Kejadian yang berlaku sekitar jam 12tengahari itu walaupun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa kerana penghuninya tiada di rumah kerana bekerja dan bersekolah, menurut saksi kejadian kebakaran tersebut ada kemungkinan di akibat dari litar pintas, kerana pendawaian yang lama telah mengakibat beberapa talian elektrik terputus sejak kebelakangan ini, anggaran kerugian masih tidak dapat diketahui.
Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Ir Hj Nizar sempat melapangkan masa beliau dengan bergegas ke tempat kejadian, disamping melawat mangsa beliau juga menyerahkan sumbangan peribadi berupa wang tunai dan kerajaan negeri menawarkan kesemua mangsa kebakaran untuk menginap di Flat kepunyaan kerajaan negeri di Pasir Puteh, kerajaan negeri akan membayar segala kos utiliti sekiranya mereka mahu duduk sementara dan membenarkan mereka duduk selama-lamanya dengan bayaran sewa yang minima.
Di samping itu penduduk Kampung Manjoi juga turut memberi sumbangan ikhlas berupa wang tunai dan pakaian.
Hebat betul Khalifah Hadhari
>> Wednesday, June 11, 2008
Gaji menteri vs seruan 'ubah gaya hidup rakyat'
Azamin Amin Wed | Jun 11, 08 | 11:10:57 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan minggu lalu sehingga 41 peratus amat menjejaskan kehidupan dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia. Namun dalam 'lelah' rakyat Malaysia mendepani kemelut kenaikan harga minyak ini, kelompok menteri yang mempertahankan keputusan kerajaan pula menasihatkan rakyat agar 'mengubah gaya hidup' bagi meringankan penderitaan. Laungan kelompok menteri bagaimanapun tidak berdasarkan kepada hakikat yang sebenar kerana perbezaan taraf kehidupan antara menteri dan rakyat kebanyakan dari sudut pendapatan cukup ketara. Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini merupakan satu renungan buat rakyat yang selama ini diseru menteri yang kaya supaya mengubah gaya hidup. Pendedahan ini pernah disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Berikut adalah perbandingan gaji menteri dengan persoalan 'ubah gaya hidup' yang disarankan kepada rakyat::- Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:- Lain-lain kemudahan 1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. 7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas. Dan Menteri:-
RAKYAT RM1,200, DI SURUH UBAH CARA HIDUP
|
DENDAM KESUMAT!! SEORANG DIKTATOR
KERAJAAN AKAN MEMBAYAR BALIK DALAM BENTUK TUNAI KEPADA PEMILIK KENDERAAN RM625 & RM150
Apakah Perdana Menteri tidak tahu bahawa bukan semua yang memiliki kenderaan bagaimana orang miskin yang tidak mempunyai kenderaan, mari kita buat perkiraan sedikit;
RM625 setahun / 365 = RM1.71
RM1.71 / 4 orang (purata satu keluarga di Malaysia) = RM0.43 seorang
Perdana Menteri faham ke? kenaikan minyak ini melibatkan semua barang asasi, ia melibatkan kesusahan setiap individu.
Semoga Tuhan menyebelahi kami yang di tindas.
HUKUMAN BERAT DARI SEORANG DIKTATOR
>> Thursday, June 05, 2008
HUKUMAN BERAT DARI SEORANG DIKTATOR
Selepas Pilihanraya ke-12
RAKYAT DIMINTA TERUSKAN SOKONGAN KEPADA
PAKATAN RAKYAT
ANGGAPLAH INI SUATU TARBIYYAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
KERANA KEJAYAAN SEORANG PEJUANG TIDAK ADA NILAI JIKA TIADA UJIAN..
'Kerajaan ini melimpah wang' - Tun Mahathir
Azamin Amin Fri | Jun 06, 08 | 9:14:17 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa mengekalkan dan mengurangkan subsidi minyak secara berperingkat adalah merupakan pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Beliau percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol namun yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta dalam keadaan tergesa-gesa. "Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing. "Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun," katanya mengulas kenaiakan bahan bakar yang diumum Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong adalah tujuan export. Tambahnya lagi bahawa tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong dan harganya pada hari ianya USD130 iaitu satu kenaikan sebanyak USD100. "250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi Petronas sejumlah lebih RM27 billion, "Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang," katanya yang mengulas lanjut di blognya. Kata bekas Perdana Menteri susulan keputusan itu kos sara hidup sudah tentu meningkatmalah akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. "Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat. "Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat," katanya. |