MOTIVASI UNTUK ANAK-ANAK KITA

>> Tuesday, March 17, 2009


Adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Anak-anakku ini ialah rumah kawan mu yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM baru ni, anakku cuba lihat rumah kita, lengkap dengan aircond, bilik study, meja belajar yang selesa, lengkap dengan access internet, ada komputer peribadi seorang sebiji, ada tv dalam bilik, ensiklopedia britanica yang harga beribu satu set, suasana yang nyaman, tusyen yang terhebat di pasaran, telefon bimbit yang harga bawah RM1 ribu tak ada kelas lenguh tangan bila guna, pergi sekolah dihantar balik berambil, pergh anak-anakku tahu tak? kawan kamu yang ini semuanya tiada kekadang terpaksa berpuasa kerana tak mampu nak beli makanan, rumah tengoklah daif, tak cantik buruk, tetapi rumah tu lah melahirkan Intan yang bersinar dan memberi isyarat bahawa orang miskin tak payah masuk program bersamaMu Tv3 pun mampu hidup dan berjaya dengan cemerlang.

Anak-anakku cukuplah meronta dan merengek nakkan barangan untuk melengkapkan bilik studymu, berhentilah dan belajarlah dengan rajin bahawa orang sederhana seperti kita mampu untuk berjaya seperti Nik Nur Madihah Nik Ismail.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP