>> Thursday, September 26, 2013


Read more...

BALASUNGKAWA .PERGINYA SEORANG PEJUANG RAKYAT






Read more...

MAJLIS PERASMIAN PUSAT TARBIYAH PAS TAMBUN & JUBLI PERAK SEMPENA 25 TAHUN PAS TAMBUN















(terima kasih sdr faez kerana sudi menyumbangkan gambar terbaik ini)

Read more...

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN KALI KE-27


Read more...

WACANA PEMIKIRAN TN GURU NIK AZIZ DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DPP TAMBUN KALI KE 26

>> Thursday, September 05, 2013


Read more...

PLKN Projek UMNO/BN Yang Berjaya Bagi PRU 13

>> Sunday, June 30, 2013



PLKN ditubuhkan pada 2004 , ini adalah projek pilihanraya UMNO/BN dan mereka mendoktrin anak-anak orang melayu khususnya untuk mengundi UMNO/BN pada PRU 13... 2004 + 5 tahun = 2009 ( 17 tahun + 5 tahun = 2012) = first time voters.. huh patutle saluran anak muda pun PAS boleh kalah.. ini satu tinjauan..

Read more...

PENIPUAN PILIHANRAYA ADALAH MUNGKAR BESAR...BERJIHADLAH.

>> Wednesday, June 26, 2013


1. Hari ini tercatat dengan banyak peristiwa bersejarah, BLACK 505 622 di Kuala Lumpur.Kehadiran puluhan ribu pejuang kebenaran dan keadilan dalam keadaan tekanan dan provokasi melampau daripada pihak berkuasa sudah merupakan kejayaan yang membanggakan.Terang dan jelas, tiada langsung unsur mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan secara jalanan. Yang terpampang adalah desakan supaya reformasi pilihanraya dilakukan secepatnya. Pengerusi dan Timblalan Pengerusi SPR wajib berundur kerana alasan yang mudah: PRU 13 terbukti penuh penipuan dan menyelewengi kehendak amalan demokrsi yang sihat.Pasti ada orang  yang mesti mengambil tanggungjawab. Siapa lagi kalau bukan orang no 1 dan orang no 2.

2. Persoalan yang ditimbulkan oleh ramai penyokong-penyokong UMNO-BN khususnya yang menuduh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pengacau dan pelanggar undang-undang tidak berbangkit. Permohonan dan perundingan pihak penganjur dengan pihak berkuasa PDRM dan DBKL adalah testimoni bahawa PR dan NGO-NGO penganjur adalah kumpulan sivil yang bertanggungjawab. Sudahlah dinafikan hak berhimpun, provokasi yang merbahaya pula dicetuskan oleh pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat.

3.Timbul pula isu penangkapan dan kemungkinan pendakwaan naib presiden PAS, Dato' Husam Musa dibawah akta hasutan kerana kononnya mengungkapkan perkataan 'syahid fi sabilillah' bagi memotivasikan rakyat tentang keperluan bangkit menentang penipuan PRU 13.

4. Penulis tidak ingin mencampuri urusan pihak PDRM. Sekadar mengingatkan semua pihak bahawa berlaku adillah terhadap apa sahaja kenyataan yang dianggap berpotensi mencetuskan ketidaktentuan dan kacau bilau dalam negara ini. Berapa banyak kenyataan-kenyataan yang sangat 'seditious' telah diucapkan dan ditulis dimerata akhbar dan majlis keramaian oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Kenapa tiada tindakan langsung? Sejak bila pemimpin-pemimpin UMNO kebal disisi undang-undang?

5. Lagipun samada mengungkapkan perkataan syahid sebagai 'seditious' banyak bergantung kepada kesedaran dan kefahaman beragama seseorang.Seluruh ahli-ahli gerakan Islam memang diterapkan supaya mencintai mati syahid kerana itulah ajaran Rasulullah yang tak siapa pun boleh mempertikaikan. Anugerah syahid oleh Allah tidak berlaku dengan mudah kerana syahid sebegitu hanya boleh berlaku dengan dua prasyarat terpenting ia itu ikhlas kerana Allah dan terlibat dalam perjuangan menegak dan mempertahankan Allah, RasulNya dan AgamaNya.

6. Bagi ahli-ahli gerakan Islam hanya ada dua cara untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Perjuangan jihad mengangkat senjata atau perjuangan damai melalui pilihanraya.Di Malaysia ahli-ahli gerakan Islam memilih pendekatan damai melalui pilihanraya.Maknanya menyertai pilihanraya adalah jihad berpahala besar.Namun apabila pilihanraya tidak berjalan dengan adil, telus dan bersih daripada rasuah dan manipulasi, adakah ahli-ahli gerakan Islam sekadar boleh berkata :" tak apa kita cuba lagi, 5 tahun bukan lama"!

7. Islam pasti menang jika pilihanraya berlaku dengan adil  dan telus. Hujjahnya mudah. Risalah Islam adalah terbaik, menepati fitrah dan bersifat rahmah (penyelamat).Ahli-ahli gerakan Islam pula adalah insan-insan soleh yang pasti mempamerkan kecantikan akhlak dan kepimpinan menarik.Mereka pula gigih bekerja tanpa mencari laba dunia. Siapa yang tak terpikat dengan penampilan dan perjuangan sebegini? Dimana sahaja gerakan Islam yang terlibat dalam pilihanraya (Mesir,Tunisia dll) sedang mencipta kemenangan dan membentuk kerajaan.

8. Untuk apa mereka membentuk kerajaan? Tidak lain adalah untuk menegakkan syariah Islam yang sempurna dan bakal menyelamatkan ummah daripada gejala riddah dan kerosakan akhlak serta rasuah.Menipu dan memanipulasi pilihanraya akan paling mencederakan kumpulan Islam.Akibatnya potensi menegakkan pemerintahan Islam juga terhalang.Maka tidakkah tepat apabila Presiden Majlis Ulama Sedunia  mengkategorikan penipuan dalam pilihanraya adalah mungkar besar? Jika setuju, tidakkah kita juga bersetuju bahawa memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil, telus dan bersih adalah satu jihad besar?

9. Turut sama menyertai jihad besar ini tentulah mendapat anugerah besar daripada Allah. Lupakah kita pesanan Rasulullah bahawa "jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim".Zalim kah pemimpin-pemimpin UMNO? Rujuklah Al Quran dan hadis-hadis mengenai takrif kezaliman.Kezaliman utama adalah syirik kepada Allah dan meolak berhukum dengan Al Quran.

10. Sekadar berkongsi diakhir kalam.Apa kata Dr Yusuf Qaradawi mengenai pemimpin-pemimpin dikalangan ummat Islam yang enggan melaksanakan perintah-perintah Allah yang syumul berkaitan urusan bernegara dan undang-undang disamping mempertahankan undang-undang ciptaan manusia.Inilah istilah yang beliau gunakan:"Mereka adalah golongan munafik, walaupun mereka bersembahyang dan menunaikan haji."Semoga kita tidak tergolong dan tidak terlibat mempertahankan golongan munafik sebegitu walau dimanapun mereka berada didunia ini.


Oleh YDP Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.

Read more...

PETISYEN PRU 13 DUN MANJOI

>> Monday, June 24, 2013

Pada 22 Jun 2013 jam 11.05am , KP Tambun telah selamat menghantar petisyen PRU 13 kepada Mohd Ziad calon DUN Manjoi yang memenangi dengan majoriti tipis 132 undi.

Penyerahan petisyen itu telah dilakukan di Majlis Kesyukuran dan Ucapan Terima Kasih BN Tambun di Dataran Sunway (Uptown) Tambun. Alhamdulillah walaupun berhadapan dengan tidak profesionalnya UMNO Tambun, petisyen itu telah dilempar ke kereta kami.

Walaubagaimanapun tugas untuk menyampaikan petisyen itu telah selesai.. Jumpa di mahkamah..

Read more...

PEMUDA PAS TAMBUN AKAN MENGADAKAN SOLAT ISTISQA'

SOLAT SUNAT ISTISQA' (SOLAT MOHON DITURUNKAN HUJAN)

TARIKH
25 JUN 2013 (SELASA)

MASA
SELEPAS SOLAT ISYA'

TEMPAT
DI PADANG MEDAN KLEBANG RESTU

ANJURAN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAMBUN

SELURUH MASYARAKAT DI SEKITAR MEDAN KLEBANG RESTU DAN TAMBUN AMNYA
DI JEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA KITA BERMUNAJAT DAN MEMOHON KEPADA ALLAH UNTUK MENAMATKAN BENCANA JEREBU DENGAN MENURUNKAN HUJAN.

SILA BAWA ALAS UNTUK SOLAT

MOHON DISEBARKAN

Read more...

PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir?

PAS sesat bertahaluf dengan orang kafir?

Datuk Dr Haron Din, 24 Jun 2013
Datuk, mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir? Penjelasan ini amat perlu khususnya dalam keadaan gawat seperti sekarang ini yang ditunjukkan oleh keputusan PRU13 yang boleh merugikan Islam.

Abdul Quddus Abdul Mukmin, Padang Jawa, Klang, Selangor.

PERKARA pertama yang perlu anda tahu dan faham, bahawa tahaluf itu adalah sesuatu yang diharuskan oleh hukum syara’ dengan syaratsyaratnya. Apa yang dilakukan oleh PAS dalam isu tahaluf dengan DAP, sebenarnya tidak bercanggah dengan syarat-syarat syarak.

Kedua tahaluf yang dilakukan bersama orang kafir, akan tetapi jika sesama Islam tidak pula dinamakan dengan tahaluf. Kerana asasnya umat Islam adalah bersatu pada asalnya, kerana umat Islam perlu bersatu dan tidak boleh berpecah-belah.

Ketiga, Rasulullah s.a.w. pernah bertahaluf dengan Yahudi Madinah apabila kabilah-kabilah Arab Musyrikin Makkah membuat onar dan menimbulkan penindasan dan kezaliman terhadap Rasulullah dan juga Yahudi, maka apa yang dilakukan oleh Rasulullah untuk bertahaluf menghadapi kezaliman Musyrikin adalah diharuskan.

Keempat, banyak kali berlaku pada Rasulullah s.a.w. bermuamalah dengan orang kafir sedangkan baginda boleh bermuamalah dengan orang Islam, contohnya ketika Rasulullah hendak berhijrah ke Madinah, baginda bermuamalah dengan Abdullah bin Uraiqit iaitu seorang musyrik, sedangkan pada waktu itu ramai lagi orang Islam yang boleh Rasulullah bermuamalah dengan mereka.

Begitu juga Rasulullah pernah bermuamalah dengan seorang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya kepada Yahudi itu untuk mengambil bahan makanan bagi keluarganya.

Persoalannya di sini, mengapa dengan Yahudi Nabi bermuamalah? Mengapa tidak dengan orang Islam? Kalau dengan orang Islam, mungkin Nabi tidak perlu menggadai baju besinya atau tidak perlu membeli atau berhutang, mungkin orang Islam akan memberi sebagai satu hibah (pemberian) secara percuma kepada Nabi.

Namun demikian, Nabi meninggalkan orang Islam dan bermuamalah dengan orang Yahudi. Mengapa berlaku demikian? Kerana hendak menyatakan ada ketika-ketikanya dengan sebab-sebab tertentu umat Islam diharuskan bermuamalah atau bertahaluf dengan orang kafir dan tidak dengan orang-orang Islam.

Kelima, PAS pernah memasuki Pakatan Barisan Nasional dengan Umno pasca tragedi 13 Mei 1969, dengannya terselamat Umno daripada tumbang atas gelombang rakyat menolak Umno – Perikatan ketika itu. Dengan penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional (menggantikan Perikatan) ketika itu, maka selamatlah Umno, maka kuat semula Umno dan tegak semula BN.

Maka ia terselamat daripada tumbang dan ditumbangkan oleh rakyat. Selepas Umno kuat semula dan merasakan PAS tidak diperlukan, maka Umno memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN.

Banyak pihak yang mengetahuinya, maka PAS ditendang daripada BN, kesannya PAS berpecah dan bercelaru serta banyak ahlinya meninggalkan PAS, ada yang menubuhkan Parti Islam yang perlu menandingi PAS, PAS hampir terkubur ketika itu angkara perbuatan Umno, pengalaman itu amat pahit dan PAS berhempas pulas untuk bangun semula, dan sekarang sudah terbangun.

Sejauh ingatan saya, Umno tidak pernah menyatakan kekesalannya kerana memecat dan menghalau PAS keluar daripada BN, malah Umno tidak pernah meminta maaf kepada PAS hingga ke hari ini.

Kalau itulah sikap Umno, maka bagaimana orang PAS mahu memikirkan untuk mendampingi Umno semula seperti ada usaha membayangbayangkan isu itu, pengalaman amat pahit itu bagi PAS amat berguna.

Apabila PAS bertahaluf dengan Pakatan Rakyat khasnya dengan DAP, jelas PAS mengaut keuntungan yang ketara hasil daripada keputusan undi dalam PRU13 baru-baru ini, PAS semakin mendapat pertambahan pengundi dan penyokong.

Namun demikian, ramai orang menyedari, bahawa ‘Tahaluf Siayasi’ bukanlah satu perkara yang qat’ie, ini adalah satu hasil ijtihad daripada ahli-ahli PAS yang layak, hasil ijtihad itu diterima pakai dan namun demikian ia tetap terdedah kepada pelbagai kemungkinan, ijtihad boleh kekal selagi tidak ada keperluan untuk menyemaknya seperti timbul masalah.

Ada perkara-perkara penting yang menjadikan ijtihad itu lagho, maka barulah timbul keperluan untuk melihat semula perkara-perkara ijtihad yang lampau, atas dasar itulah persoalan mengapa PAS dan Umno tidak dapat disatukan yang dapat dilihat dari perkaraperkara yang telah saya sebutkan tadi, sekian wassalam.

Read more...

MANJOI FAILKAN PETISYEN PILIHANRAYA DI MAHKAMAH TINGGI

>> Monday, June 10, 2013

Muslimat Tambun yang hadir
Hj Mat Lazim turut sama memberi sokongan moral kepada para pemetisyen dan peguam

YDP Dr Khairuddin juga meluangkan masa untuk bersama menyerahkan petisyen pagi ini

Tn Hj Ahmad Bin Mansor mewakili Dun Manjoi memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi pagi tadi, bersama 2 lagi wakil DUN Lubuk Merbau dan Pasir Panjang

Read more...

CERAMAH PASCA PRU 13 : KE MANA ARAH ORANG MELAYU?

>> Thursday, May 30, 2013


Read more...

Calon BN di DUN Manjoi Adalah Dari Kilang Asuhan Pas

>> Friday, April 26, 2013

Sajak yang dideklamasikan oleh Mohamad Ziad Bin Dato' Hj Mohamed Zainal Abidin sebagai memperingati peristiwa Demonstrasi Anti Yahudi yang diadakan di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya pada 21 Mac 1997. Di penghujung sajak, beliau membidas Dr Mahathir (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu yang menyindir para demonstran dengan menyuruh mereka pergi ke Palestin menentang Israel. Sajak ini diikuti oleh lagu Tragedi Masjid Ar-Rahman yang diedarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia seluruh dunia melalui Internet dan kini masih boleh didapati melalui Enjin Carian Google.


Selasa, 23 April 2013
Calon BN di DUN Manjoi Adalah Dari Kilang Asuhan Pas

Dalam Pilihanraya Umum ke-13, UMNO ternyata tersilap strategi ketika memilih seorang calon baru BN bernama Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin untuk bertanding di kerusi DUN No.23 Manjoi, Perak. Umum mengetahui bahawa BN, dalam keadaan terdesak, memerlukan seorang calon berlatarbelakang pendidikan agama bagi menentang calon PAS, Haji Asmuni bin Awi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan bekerja sebagai Peguam. Justeru, pemilihan menantu bekas Menteri Besar Perak, Tajol Rosli, menepati keperluan terdesak ini. Apa yang tidak diketahui umum adalah Mohamad Ziad sebenarnya seorang strategis licik PAS yang bekerja secara tersendiri tetapi berjaya melaksanakan misi merekrut ramai professional muda ke dalam PAS.


Penglibatan Mohamad Ziad dengan PAS bermula semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian A-Level di Maktab Sains Mara, Kuala Lumpur (Kini Kolej Politek Mara) pada tahun 1993. Dengan asas sekolah agama, beliau berkeupayaan membimbing rakan-rakannya memahami Islam dan matlamat perjuangan PAS. Kedudukan Maktab Sains Mara KL yang berada tidak jauh dari Taman Melewar juga memudahkan pelajar-pelajar ini mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS bagi memahami dengan lebih lanjut perjalanan organisasi itu. Pelajar-pelajar ini kemudiannya menubuhkan kumpulan yang dipanggil tanzim. Mohamad Ziad adalah seorang yang low-profile. Beliau tidak memegang jawatan Amir. Sebaliknya, beliau selesa memegang jawatan Ketua Lujnah Tarbiyyah; satu lujnah yang amat strategik dalam merekrut anggota baru.

Tanzim yang diasaskan di Maktab Sains Mara berjaya menarik keanggotaan pelajar dan seterusnya Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat tour ke kolej persediaan lain seperti Kolej NCUK Shah Alam dan Kolej Mara Banting. Mereka meminjamkan buku-buku kepada kenalan mereka di kolej ini seperti buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan Risalah Usrah. Bermula dari tour yang dibuat, mereka membentuk jaringan kenalan yang akhirnya membantu Mohamad Ziad dan rakan-rakannya menyusun tanzim di UK yang dikenali sebagai Hizbi UK.

Mohamad Ziad tiba di UK pada tahun 1995. Walaupun bertaraf senior di dalam Hizbi UK, beliau memilih untuk bergerak di belakang tabir. Beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan kumpulan nasyid yang menyampaikan mesej Hizbi yang digelar Suara Tajdid. Mohamad Ziad adalah seorang pemidato dan pendeklamator sajak yang handal. Ketika peristiwa Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Yahudi tercetus di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya tahun 1997 dan berkesudahan dengan kekerasan pasukan FRU terhadap demonstran, Mohamad Ziad mengecam Dr Mahathir melalui sajak “Engkaukah Yang Angkuh?”. Rakaman ini diedarkan melalui talian Internet bersama-sama dengan lagu “Tragedi Masjid Ar-Rahman”.

Pernah ketika Raihan melonjakkan irama nasyid di Malaysia, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat rancangan menganjurkan Malam Kesenian Islam peringkat UK di Birmigham pada musim dingin tahun 1996. Mohamad Ziad bertindak sebagai pengarah pementasan dan penulis skrip bagi pementasan bertajuk “Salahuddin Al Ayyubi”. Mohamad Ziad dan rakan-rakannya kemudiannya menjemput Ketua Pemuda PAS ketika itu, Ustaz Abu Bakar Chik untuk datang ke Birmingham,UK merasmikannya. Program tersebut berjaya menarik kehadiran seramai 2000 pelajar dari serata UK. Ia satu catatan sejarah bagi Hizbi.



Mohamad Ziad juga berperanan membuat jalinan persahabatan pelajar di peringkat antarabangsa. Beliau pernah ke Jordan bertemu rakan-rakannya di sana dan mengajak mereka ke UK membantunya menjayakan aktiviti perkaderan. Antara pelajar yang ditemuinya termasuklah Hasrizal yang kemudiannya datang menginap di UK membantunya menggerakkan Hizbi. Beliau juga pernah berhubung dengan sekutu Hizbi di US iaitu MISNA. Hizbi berjaya menganjurkan himpunan pelajar Malaysia sedunia di Manchester pada tahun 1998. Wakil MISNA, Zuhairi, yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid MISNA, Usrah Ar-Raihan, hadir mewakili badan itu. Wakil PMRAM, Aminurrasyid, hadir mewakili negara Timur Tengah. Tahun-tahun berikutnya perhimpunan ini dipindahkan ke Madinah untuk membolehkan pesertanya hadir dan mengambil kesempatan mengerjakan Umrah. Melalui jalinan antarabangsa ini, Mohamad Ziad dan rakan-rakannya berjaya merekrut pelajar Malaysia yang menuntut di universiti serata dunia ke dalam PAS. Golongan ini kemudiannya pulang ke Malaysia dan memegang berbagai jawatan penting di dalam Kerajaan dan GLC. Mohamad Ziad berperanan sebagai salah satu communication hub di antara mereka.



Pada tahun 1999, Mohamad Ziad bersama seorang lagi rakannya di dalam kumpulan Suara Tajdid mengambil keputusan menyambung pelajaran di London dan seterusnya membantu mengukuhkan Hizbi di London. Dengan kehadirannya, Hizbi menjadi kuat sehingga akhirnya menyebabkan Menteri Noh Omar datang ke London membuat kenyataan mengharamkan Hizbi. Ketika pengharaman itu dibuat, Mohamad Ziad telahpun pulang ke tanahair, namun sajak yang dideklamasikannya tetap dimainkan oleh rakan-rakannya sebagai pemangkin semangat mereka. Rakan-rakannya membalas kenyataan pengharaman tersebut dengan membuat kenyataan akhbar.


Sepertimana sebelum ini, Mohamad Ziad memilih untuk hidup low profile tetapi penuh strategik. Sebagaimana Khairy Jamaludin mengahwini anak Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia, Mohamad Ziad mengambil langkah berani mengahwini anak Tajol Rosli Menteri Besar Perak. Akan tetapi beliau tidak terlalu terburu-buru melompat ke dalam hirarki UMNO. Beliau bergerak dengan penuh berhati-hati agar tidak dikesan musuhnya terutama sekali bekas ahli Kelab UMNO UK yang sudah tentu berjaya menghidu kisahnya di UK.

Kini, setelah 10 tahun menanti, beliau bolos masuk sebagai calon BN di DUN Manjoi. Sukar diramal strateginya kali ini.

Read more...

PENAMAAN CALON P063 TAMBUN & N23 MANJOI

>> Tuesday, April 23, 2013


Read more...

YDP PAS TAMBUN DI HARI PENAMAAN CALON DUN PENGKALAN BHARU

>> Monday, April 22, 2013

 SEMOGA BERJAYA

Read more...

KEPADA PESERTA PERARAKAN CALON PARLIMEN TAMBUN

>> Friday, April 19, 2013


Read more...

BN PUSAT TIDAK HIRAUKAN HASRAT AHLI BAWAHAN UMNO MANJOI

>> Tuesday, April 16, 2013

Azizul Kama menerima cenderati dari persatuan india muslim


















Mohd Ziad   





Dalam masa calon-calon bergembira dan tidak sabar-sabar untuk menunggu hari mengundi, ahli-ahli UMNO Manjoi tidak boleh menerima hakikat bahawa hasrat mereka untuk menobatkan anak kelahiran Manjoi dan mengadakan program-program kebajikan sejak kebelakanngan ini iaitu Sdr Azizul Kama,  tidak kesampaian, ini kerana dalam pengisytiharan nama 'underdog' yang di sebut sebagai calon BN N23 Manjoi iaitu Mohd Ziad Dato Zainal seorang ahli Koperat , beliau seorang yang bersahsiah tinggi dan bekas pelajar Sekolah Menenggah Izzuddin Shah Ipoh.

Kelihatan pada malam ini (16 Apr) beberapa bilik gerakan yang sebelum ini ceria telah gelap dan tidak seperti biasa hinggar binggar dengan anak-anak muda dan tayangan wayang pacak mereka, apakah mereka akan berpaling tadah seperti Hj Suhud dan rakan-rakannya atau merajuk kerana tidak tercapai apa yang mereka harapkan.

Apabila di tanya kepada salah seorang ahli koperat UMNO beliau menjawab inilah budaya UMNO menjelang pilihanraya..

Read more...

KENAPA BERPOLITIK??

>> Tuesday, April 09, 2013

Read more...

TAHALUF SIYASI


Read more...

AKHIRNYA KERAJAAN HARAM ZAMBRI AKUR DESAKAN PENDUDUK

>> Wednesday, March 27, 2013


Berikutan desakan penduduk dan pimpinan Pakatan Rakyat, baru-baru ini selepas 4 tahun penduduk Kg Razak menderita kerana tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa dengan anggaran kos RM300 sebulan, mereka sudah tidak berupaya lagi sehinggalah membawa kepada perbincangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pimpinan Pakatan Rakyat.

Pada petang 6 Mac 2013, satu majlis minum petang telah diadakan di salah sebuah rumah di situ, dan calon Manjoi Tn Hj Asmuni Awi akan berjanji akan menyelesaikan isu tanah perumahan di Kampung tersebut, jika Pakatan Rakyat dapat semula mandat untuk memerintah kerajaan Perak selepas PRU 13 nanti.



Kerja-kerja menolak tanah sedang giat dijalankan

setelah 4 tahun penduduk di sini menderita tanpa rumah dan pejabat tanah di bawah pemerintahan haram zambry , dengan desakan barulah mereka meneruskan projek tersebut

Read more...

HITEA BERSAMA PENDUDUK TMN BERTUAH CHEMOR



Para penduduk yg hadir pada majlis Hitea petang tersebut



Sdr Zairul bersama lori penerangan

Penduduk Tmn Bertuah yang sporting ..


Bermesra dengan penduduk Taman bertuah

Read more...

JELAJAH PENTAS WANITA

>> Wednesday, March 20, 2013


Read more...

UMNO YANG MAKSUM, NAJIB YANG MUKHLISIN


Ada pepatah Inggeris bermaksud " orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah".Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang.Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013.Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR.Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas.Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!

Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik.Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR.Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain.Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti KomunisChina.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak.Lagi senang nak jawab.PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi.Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino.Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ.Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China.Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan  Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau.Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala.Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam.Lihat senarai berikut:

1.Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2.Luluskan dan kembangkan industri judi
3.Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4.Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5.Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6.Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7.Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8.Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9.Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10.Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan.Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib.Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya  kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat..Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang.Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya.Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram.Itulah punca taubat sukar terjadi.Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.

Read more...

PROGRAM SUMBANGAN MEGA PAS MANJOI DI KG RAZAK KDAS 3

>> Saturday, March 09, 2013


Tn Hj Asmuni mendengar keluhan penduduk








Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP