MOTOROLA KEMPEN PAS DI BKT GANTANG


Selepas setel pengedaran risalah yang dilakukan oleh pemuda, kami pergi ke Pekan Taiping untuk membeli persiapan untuk esok, teman terpandang kepada satu benda yang mungkin orang lain pandang tapi teman nampak 'side' lain, Motorola kempen untuk kita.. ha 3x.
GreenBoy : Nampak macam ye jer
Mail DANOK..?
>> Saturday, April 04, 2009

Kalau orang melayu gelar Mat Petai sure dia favourite dengan petai, kalau Mat Budu sure dia kuat makan budu tapi kalau orang digelar sebagai Mail Danok? ok pikir sendiri.
GEMPAR UPACARA SYIRIK SUDAH BERMULA DI BUKIT GANTANG
>> Thursday, April 02, 2009
03 aPRIL 2009, Changkat Jering: Sebilangan petugas dari Tambun, telah digemparkan dengan satu model binaan kuburan yang diletakkan gambar calon Ir Hj Nizar Jamaluddin, yang lengkap dengan peralatan permujaan seolah-olah ada satu agenda permujaan berlaku di situ yang di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perkara ini telah disahkan oleh beberapa orang Ustaz yang mengamal perubatan darul syifa, mereka dipanggil ke tempat kejadian untuk memastikan model tersebut dan mereka mengesahkannya ia adalah barangan permujaan kerana terdapat bunga-bungaan, kain putih, lilin, daun kelapa dan alat permujaan yang lain.
Kejadian ini telah dilapurkan ke balai polis yang berdekatan, dan amaran dari beberapa tuan-tuan guru yang kebetulan berada di pos di Kampung Pak Darus amalan syirik adalah amalan yang dosanya tidak di ampun Allah, bertaubatlah.
GreenBoy: Ni baru sikit..
PENAMAAN CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG
>> Monday, March 30, 2009
BENCINYA KJ KPD HISHAMUDDIN
>> Saturday, March 28, 2009

chup.. chup
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini menyerahkan Keris Panca Warisan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tanda penghormatan atas kepimpinannya selama 11 tahun memimpin pergerakan itu.
Ini memandangkan Datuk Seri Hishammuddin akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO setelah mula menerajui Pemuda UMNO pada tahun 1998.
Keris tersebut telah diserahkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Hishammuddin sebaik beliau selesai menyampaikan ucapan dasarnya yang bertajuk "Menyerah Amanah".
Suasana hiba turut menyelebungi Dewan Tun Hussein apabila semua perwakilan berdiri memberikan tepukan gemuruh apabila mendengar nada sebak Hishammuddin ketika menghabiskan ucapan dasarnya.
Datuk Seri Hishammuddin selepas penyerahan tersebut berkata tidak ada niat di sebalik apa yang dilakukan, selain untuk melihat keris sebagai simbol yang boleh menyatupadukan dan simbol untuk merapatkan pelbagai kaum.
"Keris Panca Warisan tidak ada lagi pada pergerakan Pemuda. Ia ada bersama-sama dengan saya.
"Hari ini saya telah menjalankan adat. Akhirnya amanah itu telah diserahkan kepada saya untuk dibawa ke hadapan," katanya.
PENGUMUMAN CALON PAS DI BKT GANTANG
>> Monday, March 23, 2009
CERAMAH PENGUMUMAN
KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG
Adalah dimaklumkan bahawa satu sidang media akan
(ISNIN)
Masa
Tempat
Taiping.
Pengumuman akan disampaikan oleh
Semua wartawan dijemput hadir untuk
Saya yang menjalankan tugas,
SAFARIZAL BIN SALEH
Sektreariat Media PAS.
(H/P : 019-223 1424)
CERAMAH DSAI DI ULU KUANG
>> Friday, March 20, 2009
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
20 MAC 2008 (jUMAAT)
8MALAM
MARKAZ PAS CAWANGAN ULU KUANG
SIHIR & SYIRIK ADA DALAM BANGGUNAN UMNO
>> Thursday, March 19, 2009
BANGUNAN UMNO DIJAMPI DAN AKAN DIBOM?
Hari ini, Malaysiakini memberitakan bahawa pihak polis menemui dua kertas putih yang mengandungi tulisan jawi dan satu kayu kecil yang dibalut dengan kertas putih. Kes ini masih belum dapat memastikan siapakah dalang yang melakukan perkara tersebut. Adakah Pak Lah gunakan jampi? Atau beliau cuba dipergunakan? Adakah Pak Lah kerap tidur sebelum ini disebabkan jampi ini?
Persoalan ini tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak walaupun pihak polis sendiri. Telah dilaporkan juga bahawa terdapat skuad pemusnah bom yang berkawal di situ, iaitu di bilik Pak Lah. Tetapi, dalang yang meletakkan jampi tersebut tidak diketahui oleh sesiapapun walaupun terdapat skuad pemusnah bom yang sedang berkawal di situ.
Apakah bangunan UMNO akan dibom? Atau ketika ini, ahli UMNO sedang dijampi? Atau.. atau.. dan atau… Tiada sebarang jawapan. Fail misteri ini, sepatutnya dikaji dengan teliti dan betul oleh pihak polis dengan segera memandangkan Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi. Adakah Pak Lah mati dibom? Atau dijampi? Atau apa sahaja andaian yang boleh dibuat.
Segala keputusan dan jawapan ini sudah berada di dalam pengetahuan Allah SWT. Dia Yang Maha Mengetahui, walaupun sehelai daun di Amazon gugur ke bumi. Siapakah dalang yang melakukan jampi ini? Siapakah yang merancang untuk mengebom Bangunan UMNO? Adakah mereka begitu mudah membuat perancangan jahat mereka?
Hakikatnya, mereka tidak sedar, makhluk di sekeliling mereka mendengar, dan melihat, bahkan menjadi saksi terhadap semua perancangan jahat tersebut. Adakah sekiranya Bangunan UMNO benar-benar meletup, adakah Pakatan Rakyat akan dituduh melakukan angkara tersebut? Tetapi, kita tidak perlu risau, semua makhluk akan menjadi saksi terhadap segala perancangan tersebut.
Sekiranya benar, Bangunan UMNO meletup dan Pak Lah telah dijampi, maka kita perlu sedar bahawa tiada seekor makhluk pun yang dapat memberi mudharat, atau memberi keuntungan, melainkan dengan izin Allah SWT sahaja. Sekiranya benar terdapat jampi-jampi di Bangunan UMNO hasil daripada perancangan jahat, maka sekiranya Allah tidak mengizinkan ianya memberi kesan, maka ia langsung tidak memberi kesan.
Begitu juga dengan bom. Sekiranya Allah tidak mengizinkan ia meletup, ia tidak akan meletup walaupun sudah diledakkan. Hakikat ini sudah pun terjadi, alat-alat jampi tersebut ditemui oleh pihak polis, menunjukkan bahawa Allah tidak mengizinkan ia memberi kesan dan mudharat. Maka, apakah kuasa manusia untuk dibandingkan dengan Allah SWT Yang Maha Kuasa? Siapakah manusia untuk dibandingkan dengan Allah SWT?
Anda juga jangan lupa, manusia-manusia merancang, tetapi Allah SWT mempunyai perancangannya, dan masa beredar berdasarkan perancangan Allah SWT, bukan berdasarkan perancangan yang diatur oleh manusia. Berwaspadalah supaya kita tidak lupa dengan Kuasa Allah SWT Yang Maha Besar. Bahkan segala tindakan tersebut disaksikan oleh semua benda walaupun kayu yang digunakan untuk menjampi tersebut.
Salam Perjuangan,
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
GreenBoy: Ishk apa nak jadi dengan UMNO ni, khurafat je dema buat, tu yang benci beno dengan Islam tu...
MOTIVASI UNTUK ANAK-ANAK KITA
>> Tuesday, March 17, 2009

Adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Anak-anakku ini ialah rumah kawan mu yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM baru ni, anakku cuba lihat rumah kita, lengkap dengan aircond, bilik study, meja belajar yang selesa, lengkap dengan access internet, ada komputer peribadi seorang sebiji, ada tv dalam bilik, ensiklopedia britanica yang harga beribu satu set, suasana yang nyaman, tusyen yang terhebat di pasaran, telefon bimbit yang harga bawah RM1 ribu tak ada kelas lenguh tangan bila guna, pergi sekolah dihantar balik berambil, pergh anak-anakku tahu tak? kawan kamu yang ini semuanya tiada kekadang terpaksa berpuasa kerana tak mampu nak beli makanan, rumah tengoklah daif, tak cantik buruk, tetapi rumah tu lah melahirkan Intan yang bersinar dan memberi isyarat bahawa orang miskin tak payah masuk program bersamaMu Tv3 pun mampu hidup dan berjaya dengan cemerlang.
Anak-anakku cukuplah meronta dan merengek nakkan barangan untuk melengkapkan bilik studymu, berhentilah dan belajarlah dengan rajin bahawa orang sederhana seperti kita mampu untuk berjaya seperti Nik Nur Madihah Nik Ismail.
UMNO MEMANG KAKI LANGAR PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
>> Sunday, March 15, 2009
Ini kerja gila umno/bn di bukit gantang lampu isyarat di tutup dengan bendera mereka.. memang kaki langar undang-undang.


.jpg)