Sajak yang dideklamasikan oleh
Mohamad Ziad Bin Dato' Hj Mohamed Zainal Abidin sebagai memperingati
peristiwa Demonstrasi Anti Yahudi yang diadakan di Masjid Ar-Rahman,
Universiti Malaya pada 21 Mac 1997. Di penghujung sajak, beliau membidas
Dr Mahathir (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu yang menyindir para
demonstran dengan menyuruh mereka pergi ke Palestin menentang Israel.
Sajak ini diikuti oleh lagu Tragedi Masjid Ar-Rahman yang diedarkan
kepada pelajar-pelajar Malaysia seluruh dunia melalui Internet dan kini
masih boleh didapati melalui Enjin Carian Google.
Selasa, 23 April 2013
Calon BN di DUN Manjoi Adalah Dari Kilang Asuhan Pas
Dalam Pilihanraya Umum ke-13, UMNO ternyata tersilap strategi ketika
memilih seorang calon baru BN bernama Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed
Zainal Abidin untuk bertanding di kerusi DUN No.23 Manjoi, Perak. Umum
mengetahui bahawa BN, dalam keadaan terdesak, memerlukan seorang calon
berlatarbelakang pendidikan agama bagi menentang calon PAS, Haji Asmuni
bin Awi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Perak dan bekerja
sebagai Peguam. Justeru, pemilihan menantu bekas Menteri Besar Perak,
Tajol Rosli, menepati keperluan terdesak ini. Apa yang tidak diketahui
umum adalah Mohamad Ziad sebenarnya seorang strategis licik PAS yang
bekerja secara tersendiri tetapi berjaya melaksanakan misi merekrut
ramai professional muda ke dalam PAS.
Penglibatan Mohamad
Ziad dengan PAS bermula semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau
kemudiannya mengikuti pengajian A-Level di Maktab Sains Mara, Kuala
Lumpur (Kini Kolej Politek Mara) pada tahun 1993. Dengan asas sekolah
agama, beliau berkeupayaan membimbing rakan-rakannya memahami Islam dan
matlamat perjuangan PAS. Kedudukan Maktab Sains Mara KL yang berada
tidak jauh dari Taman Melewar juga memudahkan pelajar-pelajar ini
mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS bagi memahami dengan lebih lanjut
perjalanan organisasi itu. Pelajar-pelajar ini kemudiannya menubuhkan
kumpulan yang dipanggil tanzim. Mohamad Ziad adalah seorang yang
low-profile. Beliau tidak memegang jawatan Amir. Sebaliknya, beliau
selesa memegang jawatan Ketua Lujnah Tarbiyyah; satu lujnah yang amat
strategik dalam merekrut anggota baru.
Tanzim yang diasaskan di
Maktab Sains Mara berjaya menarik keanggotaan pelajar dan seterusnya
Mohamad Ziad dan rakan-rakannya membuat tour ke kolej persediaan lain
seperti Kolej NCUK Shah Alam dan Kolej Mara Banting. Mereka meminjamkan
buku-buku kepada kenalan mereka di kolej ini seperti buku Apa Ertinya
Saya Menganut Islam dan Risalah Usrah. Bermula dari tour yang dibuat,
mereka membentuk jaringan kenalan yang akhirnya membantu Mohamad Ziad
dan rakan-rakannya menyusun tanzim di UK yang dikenali sebagai Hizbi UK.
Mohamad Ziad tiba di UK pada tahun 1995. Walaupun bertaraf senior di
dalam Hizbi UK, beliau memilih untuk bergerak di belakang tabir. Beliau
bersama rakan-rakannya menubuhkan kumpulan nasyid yang menyampaikan
mesej Hizbi yang digelar Suara Tajdid. Mohamad Ziad adalah seorang
pemidato dan pendeklamator sajak yang handal. Ketika peristiwa
Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Yahudi tercetus di Masjid Ar-Rahman,
Universiti Malaya tahun 1997 dan berkesudahan dengan kekerasan pasukan
FRU terhadap demonstran, Mohamad Ziad mengecam Dr Mahathir melalui sajak
“Engkaukah Yang Angkuh?”. Rakaman ini diedarkan melalui talian Internet
bersama-sama dengan lagu “Tragedi Masjid Ar-Rahman”.
Pernah
ketika Raihan melonjakkan irama nasyid di Malaysia, Mohamad Ziad dan
rakan-rakannya membuat rancangan menganjurkan Malam Kesenian Islam
peringkat UK di Birmigham pada musim dingin tahun 1996. Mohamad Ziad
bertindak sebagai pengarah pementasan dan penulis skrip bagi pementasan
bertajuk “Salahuddin Al Ayyubi”. Mohamad Ziad dan rakan-rakannya
kemudiannya menjemput Ketua Pemuda PAS ketika itu, Ustaz Abu Bakar Chik
untuk datang ke Birmingham,UK merasmikannya. Program tersebut berjaya
menarik kehadiran seramai 2000 pelajar dari serata UK. Ia satu catatan
sejarah bagi Hizbi.
Mohamad Ziad juga berperanan
membuat jalinan persahabatan pelajar di peringkat antarabangsa. Beliau
pernah ke Jordan bertemu rakan-rakannya di sana dan mengajak mereka ke
UK membantunya menjayakan aktiviti perkaderan. Antara pelajar yang
ditemuinya termasuklah Hasrizal yang kemudiannya datang menginap di UK
membantunya menggerakkan Hizbi. Beliau juga pernah berhubung dengan
sekutu Hizbi di US iaitu MISNA. Hizbi berjaya menganjurkan himpunan
pelajar Malaysia sedunia di Manchester pada tahun 1998. Wakil MISNA,
Zuhairi, yang juga merupakan ahli kumpulan nasyid MISNA, Usrah
Ar-Raihan, hadir mewakili badan itu. Wakil PMRAM, Aminurrasyid, hadir
mewakili negara Timur Tengah. Tahun-tahun berikutnya perhimpunan ini
dipindahkan ke Madinah untuk membolehkan pesertanya hadir dan mengambil
kesempatan mengerjakan Umrah. Melalui jalinan antarabangsa ini, Mohamad
Ziad dan rakan-rakannya berjaya merekrut pelajar Malaysia yang menuntut
di universiti serata dunia ke dalam PAS. Golongan ini kemudiannya pulang
ke Malaysia dan memegang berbagai jawatan penting di dalam Kerajaan dan
GLC. Mohamad Ziad berperanan sebagai salah satu communication hub di
antara mereka.
Pada tahun 1999, Mohamad Ziad bersama
seorang lagi rakannya di dalam kumpulan Suara Tajdid mengambil keputusan
menyambung pelajaran di London dan seterusnya membantu mengukuhkan
Hizbi di London. Dengan kehadirannya, Hizbi menjadi kuat sehingga
akhirnya menyebabkan Menteri Noh Omar datang ke London membuat kenyataan
mengharamkan Hizbi. Ketika pengharaman itu dibuat, Mohamad Ziad
telahpun pulang ke tanahair, namun sajak yang dideklamasikannya tetap
dimainkan oleh rakan-rakannya sebagai pemangkin semangat mereka.
Rakan-rakannya membalas kenyataan pengharaman tersebut dengan membuat
kenyataan akhbar.
Sepertimana sebelum ini, Mohamad Ziad
memilih untuk hidup low profile tetapi penuh strategik. Sebagaimana
Khairy Jamaludin mengahwini anak Abdullah Badawi Perdana Menteri
Malaysia, Mohamad Ziad mengambil langkah berani mengahwini anak Tajol
Rosli Menteri Besar Perak. Akan tetapi beliau tidak terlalu terburu-buru
melompat ke dalam hirarki UMNO. Beliau bergerak dengan penuh
berhati-hati agar tidak dikesan musuhnya terutama sekali bekas ahli
Kelab UMNO UK yang sudah tentu berjaya menghidu kisahnya di UK.
Kini, setelah 10 tahun menanti, beliau bolos masuk sebagai calon BN di DUN Manjoi. Sukar diramal strateginya kali ini.
Read more...