PROGRAM JOM HIJRAH DEWAN MUSLIMAT HEBAT..!!
>> Sunday, March 14, 2010
KP: Tahniah muslimat dan eee nisa'
Read more...

Ada orang yang mengelarkan dirinya sebagai sahabat setia, cuba mempertahankan Al-Barakah yang pembinaan banggunannya di bawah taliapi, teman selaku moderator yang di beri amanah untuk mengendalikan blog pastambun ini membuka seluas-luasnya kepada rakan-rakan hadirin untuk memberi idea, atau memberi apa sahaja pandangan yang ikhlas bukan untuk merosakkan, terutaman pusat al-baraqah ini.


KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.
Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
Read more...Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping.
Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis.
Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Kuning, Tapah malam ini.
Mulai hari ini setiap Khamis akan diadakan Kuliah Zohor di pejabat PAS Perak. Kuliah akan bermula dari 12.45 - 01.30 petang. Kemudian akan diikuti Solat Zohor berjamaah. Ahli PAS dan penyokong PAS yang berada di sekitar bandaraya Ipoh boleh hadir beramai-ramai.
Kuliah Zohor hari ini akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, selepas ini setiap minggu Zohor hari Khamis, pimpinan PAS akan bergilir-gilir menyampaikan kuliah. Program ini adalah dalam rangka mendekatkan orang ramai di sekitar bandaraya, terutamanya persekitaran pejabat PAS dengan PAS itu sendiri melalui majlis ilmu.
SUMBER UST MISBAHUL MUNIR MASDUKI - SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PERAK
Baru-baru ini AJK Harian PAS Tambun telah berkesempatan menziarahi beberapa orang aktivis badan bertindak menentang bau busuk di Kuala Kuang, di mana mereka telah dijatuhkan hukuman penjara 2 minggu tetapi telah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM24,000, mereka sekarang sedang failkan kes mereka ke Mahkamah Tinggi, disamping menziarahi mangsa-mangsa tersebut para AJK sempat membuat kunjugan muhibbah sempena perayaan tahun baru cina.
Pada 06 Febuari 2010 itu hari kami DPPK Tambun seramai 11 orang telah berpeluang menziarahi sorang pejuang kemerdekaan yang semakin dilupakan, beliau yang dikenali sebagai Pak Ya sekarang ini mengalami sakit lulut yang mengakibatkan beliau sukar untuk berjalan, beliau mungkin tidap memerlukan pertolongan dalam bentuk wang ringgit tetapi sedikit perhatian , beliau juga adalah aktivis PAS Cawangan KDAS 3.
KP- maaf ye lambat masukan berita ni...
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP