Abang Hamid PA System Dalam Kenangan

>> Monday, June 04, 2012



Kalau disebutkan nama Abdul Hamid Bin Ali mungkin orang tak berapa kenal, tetapi kalau Abg Hamid PA System mungkin ramai yang kenal, beliau seorang yang tidak banyak bercakap tetapi banyak buat kerja, dan kerja-kerja yang tidak ramai yang suka di buat kerana kerja tak glamour, itulah abang hamid yang saya kenal.

Seorang tidak banyak membantah atas tugasan dan amat tekun dengan tugasan yang diberikan, Markaz Manjoi lah tempat menginap dan menjadi penghuni setia, bukan tiada rumah tetapi lebih selesa dengan Markaz mungkin mudah untuk beribadat.

Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya setelah nafas akhir dihembuskan pada jam 5.30petang jumaat, rata-rata seluruh warga PAS berhimpun di Alor Setar sempena Hijau Ke PutraJaya, dan jenazah telah disemadikan di Kg Buluh Akar Simpang Tiga Parit.

Kami akan rindukan kegigihan mu dan kesunyian gelak ketawa yang selalunya tidak lengkap dan hilang korum 'ngeteh' di warong kopi jalan pemimpin.. tetapi lebih mengharukan bila Markaz Manjoi kehilangan sebutir lagi zamrud yang menghijau disetiap hati yang mengenali beliau.. Al-Fatihah 



KP -  Semoga tergolong dari kalangan jundullah yg tidak terkenal di bumi ttp amat terkenal di langit.. InsyaAllah.

3 comments:

musafirlalu June 4, 2012 at 11:48 AM  

Salam takziah dari ana kepada keluarga beliau dan PAS Manjoi. Semoga perjuangan beliau akan dibalas dengan setimpalnya oleh Allah s.w.t. dengan penuh keRahmatan.... Al-Fatihah...

Anonymous June 4, 2012 at 3:33 PM  

walau jasad sudah tidak bersama kita tetapi jasa baik beliu tetap bersama ,moga ALLAH menepat kan roh beliu bersama2 orang yang salleh Amin...

Ust.Muhammad Syawal Rizal Al-kdasi June 5, 2012 at 7:58 AM  

Al-fatihah...
aku sayang kamu abg hamid...mg allah meletakkan engkau di kalangan org beriman..walaupun kurang berckp dgnmu tapi aku kagum dgn dirimu terhadap perjuangan dan kerja2 jamaah...ya allah engkau sambutlah roh sahabatku ini di jalan syahid... amin...

"akhirnya engkau pergi jua" - sayang kamu kerana allah..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP