TEMASYA ORANG MUDE GENG KITE DAN SAMBUTAN 25 TAHUN DEWAN PEMUDA PAS TAMBUN

>> Sunday, May 20, 2012


Bergambar bersama 40 buah motor berkuasa tinggi Amal Bikers Ride

Tn Hj Asmuni meraikan Hari Ibu dengan memotong kek bersama Isteri tercinta

20 Mei 2012 : Kehadiran anak muda yang memberansangkan ke program Temasya Orang Mude Geng Kite dan Sambutan 25 tahun Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun , menunjukkan anak-anak muda telah menyebelahi Pakatan Rakyat khususnya PAS, di dalam program yang berlansung bermula dengan ceramah AF Ust Yusni Mat Piah membicarakan tentang Cinta yang hakiki, walaupun kehadiran sedikit mengecewakan tetapi sasaran kehadiran telah tercapai.

Pada keesokan harinya berbagai program telah di atur bernula dengan pelepasan 40 buah basikal, diketuai Tn Hj Asmuni Awi, secara santai telah menemui masyarakat di  Gugusan Manjoi sehinggalah ke Taman Meru, sesampai sahaja peserta berbasikal dan menamatkan acara tersebut 40 buah motosikal berkuasa tinggi dan 10 buah pacuan 4 roda turut tiba di tapak program.

Sepanjang program ini yang paling gembira ialah para peserta cilik dengan acara melukis dan mewarna, kehadiran yang amat memberansangkan pada hari tersebut telah membuatkan para hadirin tidak berganjak sehingga selesai program.

Kehadiran Imam Muda Ust Huri dengan menyampaikan 3 buat lagu dan sajak telah membuat para hadirin terpegun dengan petikan gitarnya dan suara yang merdu, tidak ketinggalan dengan persembahan hiburan oleh  anak muda tempatan kumpulan Aswara turut menghiasi hari tersebut.

Acara persembahan pencak silat dari persatuan Silat Gayung turut menyerikan suasana program hari tersebut.  Pelancaran PERAKITE 4X4 BOOTCAMP yang telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni Awi, program ini ialah salah satu aktiviti Lujnah Kebajikan dengan mengumpul seramai mungkin yang mempunyai kenderaan 4x4 di suatu perkhemahan yang berteraskan kebajikan kepada mayarakat.

Tn Hj Asmuni juga sempat menyantuni para Ibu dan Guru yang hadir ke majlis tersebut, dengan memotong kek sempena Hari Ibu adalah Guru Pertama.

Program  Temasya Orang Mude Geng Kite tersebut diakhiri dengan Ceramah Motivasi Oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak AF Ust Zawawi Hassan dan Jamuan Rakyat.


 Bersama dengan kumpulan aswarya dari Kg Ulu Chepor

Bersama dari sebahagian peserta basikal santai.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP