MAHKAMAH SYESYEN JAWI BERGEMA LAUNGAN TAKBIRRR KEMENANGAN!! ALLAHUAKHBAR

>> Monday, January 03, 2011

Inilah diantara pendakwaraya yang telah menjalankan tugas mereka.. (bos x mai ka..)

Suasana ceria dengan ucapan tahniah dan teruskan perjuangan..
kelihatan Ust Salleh Man pun turut hadir

Suasana selepas majestret mengumumkan keputusan mahkamah, antara peguambela yang profesional dan berwibawa

Hj Mat Lazim.. dia yang paling gembira kerana bukan dia sorang yang menang, dia dan isterinya kerana hanya dalam lokap je isterinya x ikut.. tahniah juga pada isterinya

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Tn Hj Hanifa dan Ust Aris Awang (mantan ketua pemuda kedah)



Tn Hj Hanifa dan Tn Hj Mat Sabu mengadakan sedia media.. ramai sungguh wartawan hadir x tau le masuk ke x?

Kami tetap berjuang dan terus berjuang, lepas ini akan teruskan untuk jatuhkan UMNO/BN


Meraikan kemenangan bersama YAB Menteri Besar Pulau Pinang Mr Lim Guan Eng, yang turut hadir walaupun dengan kesibukan dan dalam hujan yang lebat.

YAB Lim Guan Eng membuat sidang media, dan mengucapkan tahniah kepada OKT yang telah bebas dan kepada seluruh peguam yang menjalankan tugas yang profesional. Dan ini juga memberi gambaran bahawa seluruh institusi mahukan demokrasi yang telus.

Bersama para peguambela... terima kasih semua, semoga Allah balas segala jasa baik kalian...

Majlis sederhana meraikan kemenangan, di taja oleh salah seorang EXCO Pulau Pinang.

KP (sudah bebas ) dgn Tn Hj Mohd Sabu.

030111 , Nibong Tebal, P.Pinang : Tepat jam 10.33 pg. selepas Majistret Mahkamah Jawi mengumumkan keputusan perbicaraan Tn Hj Mohd Sabu dan 9 okt yang lain (baca keputusan di bawah) mahkamah mungkin buat julung-julung kalinya telag bergema dengan takbir kemenangan dan syukur kepada ALlah swt. kerana telah memberi kepada kemenangan kepada yang hak, dengan bukti-bukti yang tidak kukuh kami saksikan dengan jelas betapa Polis memang bekerja tidak mengikut lunas-lunas undang-undang..(ungkapan di pinjam dari Tn Hj Mohd Sabu), Terima kasih kepada semua yang terlibat samada lansung atau pun tidak, semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Mahkamah bebas Hj. Mohd Sabu dan 9 yang lain.

SEBERANG PRAI, 3 Jan: Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu dan sembilan yang lain tanpa perlu membela diri dari tuduhan menghalang tugas pejawat awam.

Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan mereka selepas ditangkap di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada 9 Disember 2007.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi ketika mereka memberikan keterangan.

Pihak pendakwa, katanya, gagal membukti kes mereka ekoran wujudnya keraguan dalam kes pendakwa.

Antaranya, wujudnya keraguan dalam waran tangkap yang dikemukakan pendakwa di samping pencanggahan keterangan antara saksi pendakwa.

Majistret juga berkata, tiada keterangan yang diberikan berhubung dengan dakwaan saksi pendakwa kononnya mereka mengganggu tugas polis seperti menolak polis atau enggan membuka pintu kenderaan seperti yang didakwa saksi pendakwa.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

GreenBoy : Tahniah KP, boleh sambung lawan UMNO/BN lagi... dah ada pengalaman

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP