TV3: Plastik bukan Palestine la bodo..

>> Sunday, August 23, 2009


PERMATANG PASIR, 23 Ogos - TV3 yang menjadi alat kepada Barisan Nasional kini tidak boleh lagi memainkan isu "UMNO ini Islam kacukan, Islam Palestin" untuk menyerang peribadi Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini menunjukkan bahawa fitnah dan pembohongan adalah suatu amalan UMNO dan Barisan Nasional," ujar mahfuz dalam sidang media di Markaz Induk pagi ini.

TV3 terpaksa menyiarkan visual tersebut apabila Nik Aziz membuat penafian dan nekad untuk saman TV3 dan beberapa media yang menyebarkan fitnah tersebut.

Kenyataan sebenar Mursyidul AM PAS itu ialah: "Tiada sebab langsung orang Islam kacukan, Islam plastic (BUKANNYA ISLAM PALESTIN seperti yang di war-warkan media). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

Penasihat Undang-undang yang juga Peguam PAS, Hanipa Maidin telah diberikan amanah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas media-media yang telah memfitnah Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam isu kononnya beliau mendakwa ahli UMNO ni kafir dan tidak boleh masuk syurga.

Beliau yang turut sama dalam sidang media hari ini berkata, "kita telah mengumpul segala keterangan-keerangan yang berkaitan dan insyaAllah dalam jangka masa terdekat ini kita akan menghantar notis tuntutan kepada akhbar-akhbar yang berkaitan".

Menurut Hanipa media-media ini lebih kepada media berbahasa melayu. Antara media yang mungkin akan di saman ialah Berita Harian dan Utusan Melayu.

Sebelum Hanipa juga mewakili Dato' Mahfuz ketika menang dalam kes saman Berita Harian dan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataan beliau sebelum ini.

Isu "UMNO ini Islam kacukan, Islam Palestin" dilihat telah mula di mainkan oleh media-media arus perdana menjelang pilihan raya kecil di Permatang Pasir beberapa minggu lepas.

Hanipa juga berkata bahawa dalam kes putar belit kenyataan Nik Aziz, terdapat ciri persamaan dengan kes yang dimenangi oleh Mahfuz.

"Kita harap suratkhabar-suratkhabar ini,supaya dengan pendedahan terbaru daripada TV3 tentang rakaman sebenar apa yang dikatakan Tok Guru sepatutnya sudah menjadi keterangan yang mencukupi untuk mereka menghentikan fitnah-fitnah pribadi, serangan-serangan pribadi.

"Mereka menyerang tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tok Guru,

"Berbeza dengan kita, apabila kita mempertikaikan kredibiliti calon Barisan Nasional, kita mempunyai bukti-bukti, kita tidak bercakap tanpa bukti, bukan kita bercakap ambil keterangan yang kita reka" ujar Hanipa

Hanipa menjelaskan bahawa kenyataan TV3 semalam tidak cukup kerana itu bukan kenyataan memohon maaf tapi hanya menyiarkan kenyataan sebenar setelah kita dedahkan pembohongan media ini.

"Sebagai media yang bertanggungjawab sepatutnya dia (media) ini meminta maaf," tegas Hanipa.

"Tetapi inilah sifat TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia khususnya, mereka bercakap tentang melayu, tentang Islam tapi merekalah yang juara dalam memfitnah PAS khususnya Nik Aziz.

"Tok guru tahu apa yang dia cakap kerana dia ada kelulusan agama, dia seorang yang bercakap dengan ilmunya, dia tahu" tambah beliau.

Mahfuz turut mencelah, "yang pentingnya isu disini bukannya bila akan kita proceed (teruskan) tapi tok guru telah menyatakan kesediaan dan mengarahkan peguam, dia bersedia untuk membersihkan nama baik dia melalui tindakan undang-undang, tapi Dato' Najib sehingga sekarang masih belum mampu untuk mengambil tindakan kepada media-media yang membuat laporan mengaitkan kesan kematian Altantuya dengan diri dia sendiri"

"Kedua, keputusan mahkamah ke atas saya berkaitan dengan laporan utusan dan juga yang terakhir berita harianbukit menunjukkan bahawa pemimpin PAS khususnya dan pemimpin pakatan rakyat menjadi 'mangsa spin' (putar belit) kepada media milik barisan nasional

"Media BN menjadikan pimpinan Pakatan Rakyat ini mangsa untuk diratah khususnya untuk memfitnah kepada rakyat," tambah beliau.

GreenBoy : teman pun mula dengor juga macam palestine tapi rupanya palestik.. tertipu juga teman

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP