NAJIB DAH RUNSING DENGAN KEKALAHAN BERTUBI-TUBI

>> Friday, April 17, 2009

Di antara sebab SPR tidak mengumumkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Penanti adalah disebabkan kenyataan 'PM' siang tadi, iaitu:

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya, dan sepatutnya pilihanraya kecil diadakan jika berlaku kematian ADUN sahaja" katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.

Kenyataan ini menyusul dalam keadaan lima PRK sebelum ini satu sahaja yang memihak kepada BN.Adakah Najib sudah bosan dan sudah rasa cukup dipermalukan bila ada PRK ? Malah dia menyifatkan peletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.Apakah maksud sebenar Najib dengan kenyataan diatas adalah kurang jelas. Namun yang jelas kedudukan sekarang keputusan PRK sebelum ini ialah 4 - 1.

Jelas BN ditolak oleh rakyat. Kalau tidak mahu PRK saya cadangkan bubar semua Parlimen dan DUN kita bertempur dalam Pilihanraya Umum ke 13 secepat mungkin.

GreenBoy : BUBAR DUN

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP