Penyampaian Sumbangan Hari Raya MTD Manjoi

>> Sunday, September 28, 2008

21-sept : Satu majlis penyampaian sumbangan Fakir Miskin, Ibu Tunggal dan OKU telah diadakan di Pusat Komuniti Dewan Serbaguna Kg Manjoi, dengan kehadiran 250 orang penerima sumbangan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Majlis ini selain dari menunaikan tanggungjawab sesama insan, ia juga telah memupuk semangat setia kawan diantara parti dalam pakatan rakyat.

Di antara pemimpin yang hadir ialah ketua-ketua kampung seluruh gugusan Manjoi, Dr Khairuddin YDP PAS

Kawasan Tambun, dan Penghulu Ipoh.

"Dengan kuasa yang sedikit yang Allah berikan ini, kita masih mampu memberikan sumbangan yang tidak seberapa ini, program ini bukanlah apabila memerintah sahaja kita beri tetapi PAS telah lama membuat program seperti ini," kata Dr khairuddin.

Dan beliau juga menyarankan golongan fakir-miskin perlu mengubah pemikiran mereka supaya berjiwa besar iaitu walaupun miskin tapi cubalah berderma, dengan cara ini golongan miskin selain mendapat pahala ianya juga akan mendidik supaya mahu berusaha.




Dalam program tersebut bukan sahaja orang miskin yang melayu sahaja di beri bantuan malah masyarakat India dan Cina juga turut menerima bantuan.






0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP