XPDC PEMUDA PAS TAMBUN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

>> Sunday, August 31, 2008










31 Ogos 08, Ipoh : Pada hari ini seramai 30 orang tenaga PEMUDA dan Amal kawasan Tambun telah mengadakan satu program XPDC dakwah sekitar DUN Manjoi, XPDC tersebut telah bermula dari pasar pagi Pekan Chemor, seterusnya ke pasar pagi Tmn Jati, pasar pagi Kg Sg Tapah dan berakhir di Pasar Tani Tmn Kledang.

Program serampang dua mata ini diadakan khusus untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang betapa perlunya kita menghargai dan menjaga kemerdekaan yang kita kecapi selama ini dan mengenangkan betapa susahnya perjuang yang benar-benar berjuang dalam mendapatkan kemerdekaan ini.

Di samping itu XPDC ini juga telah turut mengedarkan risalah Citra Perak (Buletin kerajaan Negeri Perak) dan beberapa risalah pedoman puasa.

Sambutan XPDC ini amat membanggakan dan mendapat sambutan orang ramai, yang rata-rata amat setuju dengan program ini diteruskan dengan berkala.

Dalam program ini juga dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak AF Ust NorAzli Musa, dalam keadaan santai dan bersahaja sedikit sebanyak telah merapatkan hubungan diantara ahli pemuda dan pimpinan negeri.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP