LAPORAN POLIS TERHADAP ARTIKEL HASUTAN

>> Thursday, July 17, 2008

























11 Julai Ipoh : Satu repot polis telah di buat di IPD Ipoh, berikutan terjumpanya satu set artikel berbentuk hasutan kaum di Masjid Kg Tg Hussein, dalam artikel tersebut dengan jelas memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, dan cuba untuk meniupkan angin persengketaan kaum di Negeri Perak ini.

Saudara Zairul Azrun Bin Zainal Abidin yang membuat repot tersebut berkata artikel itu telah dijumpainya di Masjid Kg Tg Hussein dan tidak tahu apa motifnya, tetapi ianya hanya untuk mengujudkan rasa tidak senang kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekarang, yang mana rakyat sedang menyesuaikan diri dalam pemerintahan yang baru.

Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, dalam artikel itu secara ringkas telah meletakkan kononnya 8 FAKTA PIMPINAN KERAJAAN PAS DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN iaitu:

1. Kerajaan Minoriti Melayu, menjadi BONEKA kepada Cina
2. Pemberian GERAN KEKAL sebanyak 60,000 kepada penduduk kampung baru
3. Majlis Angkat Sumpah ADUN Negeri Perak di hadapan speaker berketurunan India ( Sedangkan dalam teks angkat sumpah tersebut termaktub perkataan sumpah)
4. MB Perak berdiam diri isu Karpal Singh BIADAP terhadap DYMM Sultan Perak
5. Arahan Pertukaran 24 Jam Pengarah JAIP, Dato' Jamry Sury
6. Pelupusan Taraf Bumiputera bagi lot bumiputera yang tidak di jual di Negeri Perak
7. Menyokong Pusat Khinzir Raksasa (PKR) di Selangor
8. Patung berhala Hindu (merujuk kepada Pejabat Yang Di Pertua DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK)

Menurut Ust Mohd Zawawi, cara ini tidak boleh lagi digunakan dalam zaman sekarang kerana rakyat telah faham dan mahukan pemerintahan yang adil dan berkebajikan.

Sdr Zairul Azrun dimaklumkan oleh pihak polis akan menyiasat secara terperinci aduan tersebut kerana kenyataan ini AMAT MERBAHAYA kerana boleh mengakibatkan pergaduhan antara kaum.

-greenboy-

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP