Pejabat Pentadbiran PAS Kawasan Tambun

>> Friday, January 04, 2008

PAS Kawasan Tambun sedang dalam usaha untuk membuka Pejabat Pentadbiran yang dijangkakan akan beroperasi di Taman Jati Fasa 2C mulai bulan Mac 2008 ini. Pejabat pentadbiran tersebut akan menempatkan bilik Dewan Muslimat, Dewan Pemuda serta bilik mesyuarat. Selain berfungsi sebagai pejabat pentadbiran, ia juga akan menjadi pusat pengaduan awam untuk orang ramai. Majlis perasmian pejabat PAS kawasan ini akan dimaklumkan kemudian setelah segala kerja mengemaskini pejabat dan jentera kerja dilakukan sepenuhnya.

Arus pembangunan teknologi dalam penyampaian maklumat yang begitu efisien dan bergerak pantas, PAS Kawasan Tambun mengambil inisiatif untuk tidak ketinggalan jauh, bersama-sama meredah dan "bercyber" bersama arus ini.

Dengan sedikit komitmen yang diberikan di Imamzul.blogspot.com, ternyata PAS Kawasan Tambun mampu untuk menjadi pemangkin kepada kecapaian maklumat di pastambun.blogspot.com.

Kami harap blog yang baru ini akan ada manfaatnya kepada seluruh penduduk yang berada khususnya di parlimen Tambun.

Kami mengalu-alukan segala bentuk teguran dan motivasi yang membina, demi sama-sama menjadikan 2011 sebagai Tahun Tambun Gemilang. Semoga sokongan semua rakyat di Tambun akan menyemarakkan lagi kempen ini.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP