SUASANA PAGI RAYA DI PUSAT TARBIYAH PAS KAWASAN TAMBUN, TAMAN MERU
>> Monday, September 05, 2011
Kemeriahan pagi raya di perkarangan Pusat Tarbiyah (sementara) Pas Kawasan Tambun, Taman Meru. Orang ramai mula hadir sekitar jam 8.15 pagi untuk solat sunat Eidul Fitri.
Haji Asmuni Awi (Ajk Pas Pusat) turut sama ‘bertugas’ menyambut jamaah yang hadir.
Sdr. Ahmad Khair Faizal Bin Yahaya (Setiausaha Pas Kawasan Tambun) menyampaikan ucapan mewakili Pas cawangan Taman Meru dan Pas Kawasan tambun. “Terima kasih atas sokongan jamaah dan mohon maaf di atas segala kelemahan di pihak parti”
Ustaz Fairus Hafeizh Osman selaku khatib dan imam jemputan. Khutbah yang bersemangat. Sarat dengan misi perjuangan dan mengingatkan kepada taqwa.
Sebahagian dari jamaah muslimah yang memenuhi ruang dalam Pusat Tarbiyah.
Ramai muslimah yang solat di Pusat Tarbiyah.
Tanggungjawab yang tidak pernah diabaikan !. Kaunter daftar pemilih pilihanraya dan kaunter derma/waqaf Dana Pembinaan Pusat Tarbiyah Pas Kawasan Tambun yang menelan belanja RM450,000. En. Razak sedang bertugas di kaunter. Kelihatan Haji Wazir dan Sdr Anuar.
Sdr. Ahmad Khair Faizal (Ketua Cawangan Taman Meru) menjengah kaunter memberi galakan kepada petugas.
Kaunter mula diserbu sebaik selesai solat Eidul Fitri.
Haa ini dia ‘Orang Muda Geng Kita’. Mereka pelapis perjuangan Islam !
Sdr Zaini, segak bergaya dengan tarbus merahnya. Kelihatan juga Hj. Zambri Mahmod di kaunter yang sedang beroperasi.SUMBANGAN IDILFITRI : YDP MENYAMPAIKAN SUMBANGAN JUADAH HARI RAYA
Ybhg Dr Khairuddin menyampaikan sumbangan dari PAS Cawangan Manjoi berupa seekor ayam dan 1/2 kg beras pulut, "ini satu sumbangan yang amat bermakna kepada golongan yang tidak berkemampuan, cukup untuk mereka memulakan hari raya bersama ahli keluarga mereka.." kata Dr Khairuddin.
Sumbangan ini adalah merupakan pelengkap sumbangan dari PAS Kawasan Tambun khususnya PAS Cawangan Manjoi, kerana sebelum ini mereka telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan untuk menyambut ramadhan dan kali ini pula adalah untuk golongan ini memulakan Hari Raya dengan juadah yang ala kadar..
KP : Tahniah PAS Manjoi kerana kreativiti ini, semua pencetus dan pelaksana mendapat pahala dari Allah swt. Read more...
SEKITAR PENGAGIHAN BUBUR LAMBOK DAN KONVOI KEBAJIKAN PEMUDA TAMBUN
PAS TAMBUN MENDAHULUI KERAJAAN NEGERI PEMBERIAN SUMBANGAN PENDIDIKAN
>> Sunday, August 21, 2011
20 Ogos 2011, Taman Meru : Seperti tahun-tahun lalu PAS Kawasan Tambun melalui Lajnah Pendidikannya telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para Pelahar yang akan menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, samada di dalam atau luar negara.
Pada tahun ini seramai 25 orang pelajar menerima sumbangan dari PAS Kawasan Tambun, " ini adalah aktiviti khidmat sosial kami bagi mengurangkan beban keluarga semasa mendaftar nanti, walaupun sumbangan tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk membayar tambang atau perbelanjaan semasa pendaftaran mereka nanti " ujar YDP Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.
"Aktiviti ini adalah adalah sudah masuk tahun yang ke-5, anggaran keselurah para pelajar yang menerima bantuan hampir mencecah 100 orang, jadi kami telah menyampaikan sumbangan hampir berjumlah RM20,000, berkenaan dengan sumber pemberian beliau menjelaskan ianya datang dari para dermawan yang ikhlas dan tabung pendidikan PAS Kawasan Tambun" Sambung Dr Khairuddin
Turut menyampaikan seumbangan pada hari itu ialah Puan Zuhairah Ket Muslimat, Sdr Zairul Azrun , Ust Lokmanulhakim Timb YDP dan Tn Hj Asmuni Awi.
PASTAMBUN.BLOGSPOT.COM
PENDUDUK MANJOI SUDAH MULA BERSUARA TENTANG ISU PASARAYA MAIDIN DI TENGAH-TENGAH PERKAMPUNGAN MELAYU
>> Thursday, August 18, 2011
Ini satu perkara yg menarik yg ingin aku usulkan:
Menyedari dan meyakini bahawa Pasaraya Maidin yg bakal dibina di Gugusan Manjoi ada kebaikan dan keburukannya kepada penduduk setempat, maka dengan ini di usulkan kepada kerajaan negeri Perak agar :
1. Mengkaji semula Cadangan Pembinaan Pasaraya Maidin dari segala aspek terutamanya dari segi kepentingan rakyat setempat akan segala kebaikan dan keburukan yang bakal diterima memandangkan bahawa sudah terdapatnya Pasaraya Billion yang terletak tidak jauh dari kawasan Gugusan Manjoi. Mengambil kira juga bahawa barangan yang dijual di Pasaraya Maidin ini tidaklah dalam kategori yang berkualiti atau boleh dikategorikan sebagai pelepas kehendak/keperluan di kala sesak sahaja.
2. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya agar rakyat senantiasa berada di dalam keadaan sihat, faktor kesihatannya yang terjaga dan juga agar rakyat dapat bekerja dengan lebih baik, maka diusulkan agar sebuah Pusat/Klinik Kesihatan dapat dibangunkan bagi menampung keperluan rakyat setempat (Gugusan Manjoi) yang kini hanya bertumpu di klinik Kesihatan Kecil Manjoi yang dikira sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah untuk mendapatkan rawatan.
3. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya keselamatan, keamanan dan kesejahteraan penduduk sekitar Gugusan Manjoi agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan rasa selamat, tenteram dan tanpa rasa kebimbangan yang melampau, adalah diusulkan dibina sebuah Balai Polis dengan segala kelengkapan yang perlu bagi menggantikan balai polis yang sedia ada yang asyik berpindah randah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain (berpindah tempat buat kali ke 4).
4. Keperluan-keperluan lain yang difikirkan lebih penting dari terbinanya Pasaraya Maidin di Gugusan Manjoi ini hendaklah diambil kira secara serius seperti keperluan kepada :
i. sebuah Pejabat Pos Mini yang dapat menampung keperluan masyarakat setempat.
ii. sebuah Balai Bomba Mini
Segala macam bentuk pembangunan seperti yang diusulkan diatas adalah dicadangkan tempat pembangunannya di bina di atas tapak cadangan Pasaraya Maidin. Dengan ini saya mengusulkan dan mohon usul dibahas.
KP : Kita bukan berbincang tentang menentang pembanggunan dan mengenepikan menaikkan taraf kehidupan dan pendapatan orang manjoi, tetapi kita berbincang tentang fasiliti dan keperluan yang teramat-amat perlu untuk penduduk di sini.
Read more...







