PUSH BERSIH: CERAMAH KELOMPOK

>> Monday, June 27, 2011

AF Ust Lokman turut hadir di Majlis Hi Tea di rumah AF Ust Ribaie Batu Bara di Tmn Kledang Raya

AF Imam Zul bersama Tn Hj Asmuni Awi menikmati jamuan petang hari tersebut.

Perak ni dah tak ada apa dah semasa kita memerintah dulu, dan selama 11 bulan kita sempat berbuat apa-apa, semua dah diserahkan kepada taukei.. Pakatan Rakyat baru-baru ini cuma sempat mencuba untuk mengambil balik hak rakyat tetapi tidak kesampaian.. ujar Hj Asmuni


KP : Tahniah Ust Ribaie kerana membenarkan perkarangan rumah sebagai tapak penerangan , terima kasih

Read more...

KERAJAAN PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA PEMBANGKANG

>> Friday, June 17, 2011


Kerajaan Malaysia teramat-amat perlu mengucapkan terima kasih kepada parti pembangkang kerana dengan adanya pembangkanglah semua kemarahan dan 'ketidakpuashatian' rakyat dapat di kawal. Contohnya kenaikan harga minyak, gula dan barangan keperluan harian dan juga sumber tenaga. Kalau tidak ada peranan pembangkang dalam menanggani kemarahan rakyat maka akan berlakulah insiden yang tidak diingini.

Sehari dua ini kita digemparkan oleh beberapa web kerajaan dan yang berkepentingan telah di godam oleh hackers tempatan yang begitu memarahi kerajaan Malaysia kerana menidakkan hak mereka dalam menggunakan filestube, megaupload dan 8 kemudahan para netters.


Pada dasarnya memanglah site-site ini bagi kerajaan adalah site yang kebanyakkannya adalah mendorong kepada gejala sosial kerana pengguna site ini akan mengalakkan aktiviti pornografi, cetak rompak, aktiviti tidak sihat yang lain, mengurangkan pendapatan negara dan lain-lain lagi.

Tetapi bukan dengan menghentikan perkhidmatannya tetapi lebih kepada memantau, walaupun kita tidak bersetuju dengan menggunakan hackers yang tidak bermoral untuk menyerang website kerajaan dan yang berkepentingan, tetapi ini juga adalah satu 'signal' dari rakyat terutama anak-anak muda kepada kerajaan 1Malaysia bahawa kerajaan Najib memang rapuh dan akan tumbang tidak lama lagi.

Masakan tidak dengan beberapa hackers tahap tempatan pun sudah mampu menerobos website kerajaan, bagaimana dengan kepentingan pertahanan dan kewangan negara?

KP : dengan ini kami menyarankan supaya Najib berundur dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, kerana Pakatan Rakyat akan lebih menyuburkan budaya mesra seluruh rakyat.

Read more...

AHLI DHPP HADIR TAKLIMAT DAFTAR PEMILIH UPU KLEBANG

>> Wednesday, June 08, 2011


KP : Mr Pavelan khusyuk mendengar taklimat gerak kerja daftar pemilih pada 12 Jun 2011 (ahad) ini jam 8pg berkumpul di markaz Tmn klebang Jaya

Read more...

KAWAN SELOKAP KP TAMBUN MENANG TIMB PRESIDEN PAS

>> Saturday, June 04, 2011


kELICAP kUNING : Kawan selokap KP jadi Timbalan Presiden yang baru .. tahniah Mat sabu, semoga pembaharuan akan dilakukan, jangan bawa budaya syiah dah le.. tapi semangat ok kot..

Read more...

MARI BEZAKAN HIMPUNAN YANG BESAR..

>> Monday, May 30, 2011

Himpunan ratusan ribu..bersih d Kuala Lumpur..




Ini ialah himpunan puluhan ribu sahaja.. di mesir






Ini ialah himpunan ratusan ribu.. di mesir





Ini ialah himpunan 1 juta .. putra jaya..







KP : Kalau betul le himpunan sabtu lepas berjaya mengumpul 1 juta belia, tak kan 1 gambar pemandangan dari udara pun tak berjaya di rakam..








Read more...

MAKLUMAT TERKINI DARI PUTRAJAYA

>> Tuesday, May 24, 2011

PILIHANRAYA UMUM KE-13 AKAN BERLAKU DI DALAM BULAN JULAI

KP:Maklumat dari Pegawai SPR PutraJaya dan SB Ipoh

Read more...

KENYATAAN MEDIA PEMBAHAGIAN TANAH YANG TIDAK ADIL

>> Saturday, May 21, 2011

Kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan, walaupun papan tanda belum dinaikkan tetapi mereka telah mula membuat piling.. tak sabar-sabar

Jadi juga projek Pasaraya Maideen ni di tengah-tengah Kg Sg Tapah Tambahan.. orang Perak tak mampu kendali projek sebesar ni ke, semua orang luar dari pemilik sampai le ke kontraktor



Jalan yang lenggang dan tenang ini akan dipenuhi dengan hingar bingar kenderaan yang keluar masuk ke kg aku sayangi ini.. walaupun pemilik pasaraya ini tidak mengambil tanah-tanah mereka yang berada di sekitar pasaraya ini buat masa ini, apa akan jadi apabila kenderaan yang bertali arus masuk dan keluar dari kawasan ini, dengan ruang parkir yang tidak dapat menampung kenderaan yang datang , mereka akan meletakkan kenderaan di sepanjang jalan ini, dan pada masa itu penduduk di sekitar akan terpaksa melepaskan tanah-tanah dengan harga yang tidak munasabah, mereka akan mengunakan akta yang tidak adil kepada penduduk-penduduk.. lantak kome le , rumah mak aku kat lorang 3, tapi x boleh juga sebab bunyi kereta akan ngangu anak aku nak tidor.. jadi aku akan tetap buat bising selagi kome tak senyap.. lupa pulak ye apa nak jadi dengan pengusaha kedai-kedai runcit di sekitar Manjoi dan peniaga di Pasar Pagi UMNO dan PAS..? Nazri ko nak jadikan kampung ini sebagai apa ye..


KP : Apakah mereka semua tidak memikirkan tentang masalah sosial yang akan di penduduk kampung ini akan hadapi nanti, apakah mereka nak jadikan kampung ini sebagai pusat longokan mat-mat lepak yang sekarang ini pun mereka tidak dapat menguranginya , apakah peranan ketua kampung Tn Hj Omar????

Read more...

PAK JABIT BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK KG SRI KLEBANG

Pak Jabit (atau Man Kadir atau Man Seladang) ha3x dengor nama pun nak tersenyum, beliau adalah pelakon filem "hantu Kak LImah Balik Rumah", "Man Laksa" dan "Zombie Kg Pisang" yang lawaknya secara bersahaja tetapi mampu membuat penontonnya tersenyum dan ketawa

Sebahagian AJK DPPK Tambun bergambar dengan tetamu Pak Jabit pada petang itu (acara wajib)

Sdr Zairul menyampaikan kata-kata aluan dan berterima kasih kepada para hadirin

Sdr KP menyematkan lencana PAS kepada tetamu (Pak Jabit) sebagai tanda kenang-kenangan

Ust Hafez mempengerusikan majlis hi tea dan ramah mesra bersama Pak Jabit

Read more...

SEKITAR CERAMAH BOB LOKMAN DAN KETUA PEMUDA NEGERI







Ceramah yang dihadiri hampir 2000 orang di perkarangan Padang Taman Klebang Jaya pada 15 Mei baru lalu telah menyaksikan dengan mata mereka sendiri betapa ikhlasnya sdr Bob Lokman yang dikenali dengan pencipta lagu Isabella telah berceramah di pentas PAS, dalam ucapan beliau, menyatakan tentang betapa sistem yang wujud di Malaysia tidak mesra artis dan pelajar.

Sebelum dari itu di pentas yang sama, persembahan Sdr Yus dari kumpulan May dan Sdr Nuar harakah dengan mengalunkan lagu Isabella yang memukau para hadirin dengan suara yang hebat.

KP : Terima kasih kepada para petugas , PAS Cawangan Taman Klebang Jaya dan seluruh penduduk berhampiran..

Read more...

PERAGUT DI SEKITAR GREENTOWN


Gambar ini di ambil di luar Masjid Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, lebih kurang jam 8.45pg. Kelihatan peragut di belasah oleh seorang yang berada di situ.. pastambun.blogspot menyarankan kepada pekerja khususnya kaum wanita berhati-hati apabila melalui kawasan sekitar Greentown, terutama di waktu pagi sewaktu untuk kita sibuk untuk ke pejabat.

KP: ada ambil video , ttp x berapa clear..

Read more...

SUASANA MAJLIS MAKAN MALAM PAKATAN RAKYAT KALI KE 3 DI SMJK YUK CHOY IPOH

>> Monday, May 16, 2011

YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Rakyat menyampaikan ucapan.

YB Puan Radziah Ismail , Exco Negeri Selangor

Masih bersemangat dan semakin kental.. untuk memperjuangkan nasib rakyat.. azam untuk perintahs semula perak..

Cheers!!
YAB Mr Lim Guan Eng

YB Dr Idham Lim
Dr Khairuddin Dato Abd Malik

Makan Time!!

Read more...

PESURUHJAYA PAS PERAK MENAMATKAN STATUS DUDA

>> Friday, May 13, 2011


Alahai sama padan.. semoga mengembalikan keceriaan AF Ust dan Jemaah.. Allahuakbar



Ajenya suka ngusik..

Kalau depan rakyat rakyat di luar kalau makan pakai tangan mungkin le nak tarik pengundi.. ni makan dengan kebanyakannya orang PAS nak tarik pengundi apanya, ikhlasnya dia ..

Tolong jaga PJ kami baik-baik ye.. terima kasih

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP