RUMAH MENTERI YANG TIDAK PATRIOTIK

>> Thursday, August 26, 2010

Rumah menteri ini berada di Jalan Sukun Kg Sg Rokam Ipoh, hari ini (27 Ogos 2010) hanya berbaki 4 hari sahaja lagi kita nak menyambut hari kemerdekaan tetapi satu batang Jalur Gemilang pun tak ada di depan rumahnya.

Pastambun dipahamkan beliau tidak tinggal di sini tetapi akan pulang untuk berhari raya bersama pengundi-pengundinya, walaupun tak duduk apasalahnya pesan pada budak-budak UMNO di situ pasangkan bendera.

Menteri ini tak lain dan tak bukan ialah Dato Husni Hanadzlah Ahli Parlimen Tambun dan Menteri Kewangan.

GreenBoy : Cakap berdekah-dekah rakyat patriotik tetapi dia pun x buat... hampeh punya menteri

Read more...

ADA ORANG TAK PAHAM MAKSUD DENGAN SURAH ATTAUBAH AYAT 28


Setelah Rasulullah saw. menunjuk Abu Bakar menjadi Amirul Hajj, maka Rasulullah memberi tugas kepada Ali bin Abu Talib supaya mendampingi Abu Bakar membacakan ayat-ayat permulaan surat At-Taubah di hadapan orang banyak. Maka timbullah kecemasan di kalangan kaum muslimin karena khawatir akan menghadapi kesulitan makanan akibat orang-orang musyrik tidak dibolehkan masuk ke Mekah untuk melakukan ibadah haji. Orang-orang musyrik itu biasanya apabila datang ke Mekah untuk mengerjakan haji mereka membawa bahan-bahan makanan sebagai barang dagangan. Hal ini mempengaruhi orang-orang Islam sehingga mereka bertanya satu sama lain, dari manakah kita akan mendapat makanan sekiranya orang-orang musyrik itu tidak dibolehkan lagi masuk Mekah. Maka turunlah ayat ini yang menerangkan kepada orang-orang mukmin bahwa orang-orang musyrik itu adalah hukumnya najis, disebabkan akidah mereka kotor dan rusak, mereka menyembah berhala dan patung, percaya kepada tahayul dan khurafat. Mereka makan barang yang kotor, seperti bangkai dan darah. Perjudian dan perzinaan mereka anggap perbuatan yang baik; Orang-orang yang kotor akidah dan perbuatannya dilarang datang ke Masjidil Haram. Karena itu setelah berakhir tahun 9 hijriah mereka dilarang masuk ke tanah suci terutama memasuki Masjidil Haram.
Pada akhirnya ayat ini Allah menjamin kehidupan orang-orang mukmin dari kemelaratan. Mereka tidak perlu khawatir akan kekurangan makanan dan barang-barang dagangan akibat larangan Allah terhadap orang-orang musyrik tersebut yang biasanya datang ke tanah suci membawa barang dagangan. Jaminan Allah kepada orang-orang mukmin untuk mendapat kehidupan yang baik tergantung kepada kegiatan usaha dan ikhtiar seseorang. Namun demikian tidak terlepas daripada kehendak Allah swt. kepada siapa Allah memberikan karunia-Nya. Oleh karena itu orang-orang mukmin hendaklah mempertebal keimanan dan tawakalnya kepada Allah di samping melakukan usaha dan ikhtiar.
Allah Taala Maha Mengetahui urusan yang akan datang, baik yang mengenai kemakmuran atau kemelaratan yang menimpa penduduk suatu negeri. Allah Maha Bijaksana dalam segala sesuatu terutama yang mengenai ketentuannya, baik merupakan perintah maupun berupa larangan.
Allah Taala telah memenuhi janji-Nya karena kenyataannya penduduk tanah suci Mekah tidak mengalami kesulitan kehidupan. Setelah tersiarnya larangan tersebut maka semakin banyaklah orang-orang musyrik masuk Islam, bukan saja mereka yang berada di sekitar Jazirah Arab, malahan hampir sampai ke segenap penjuru dunia. Mereka tentulah berkewajiban menunaikan ibadah haji di samping mereka bebas mengunjungi tanah suci. Hal yang demikian ini merupakan salah satu jalan bagi penduduk Mekah untuk memperoleh kemakmuran hidup. Dengan adanya larangan Allah terhadap orang-orang musyrik memasuki Masjidil Haram terjadilah perselisihan pendapat antara ulama fikih sebagai berikut:
1. Orang-orang yang musyrik termasuk ahli kitab tidak dibolehkan memasuki Masjidil Haram, sedang mesjid lainnya dibolehkan terhadap orang-orang kafir ahli kitab. Demikian menurut mazhab Imam Syafii.
2. Orang-orang musyrik termasuk Ahli Kitab tidak dibolehkan memasuki seluruh mesjid. Demikian menurut mazhab Maliki.
3. Yang dilarang memasuki Masjidil Haram adalah orang-orang yang musyrik saja (tidak termasuk Ahli Kitab). Demikian menurut mazhab Hanafi.
4. Sebagian ulama berpendapat bahwa orang-orang musyrik dilarang memasuki tanah haram dan jikalau dia datang secara diam-diam (menyamar) kemudian ia mati dan dikuburkan, maka setelah diketahui wajiblah digali mayatnya dan dikuburkan di luar tanah haram.

Read more...

PROGRAM IHYA' RAMADHAN PAS KAWASAN TAMBUN

>> Tuesday, August 24, 2010

QIYAMULLAIL
ANJURAN LAJNAH TARBIYYAH & PERKADERAN TAMBUN

Tarikh: 30 Ogos 2010 - isnin malam selasa
Tempat: Masjid Tanjung Rambutan.
Berkumpul jam 10.30 malam

Read more...

UMNO-APCO YANG KEMARUKAN BANNER DAN MEMALUKAN ORANG MELAYU ISLAM

>> Monday, August 23, 2010

Oleh kerana terlalu kemarukan publisiti jadi mereka buatle banner selagi mahu hinggakan memusnahkan ejaan bahasa melayu dan syiar Islam itu sendiri, mari kita cari kesalahannya

Mana pulak Aidilfitri Al Mubarak..

Sabutan Ramadzan ... he3x Al Murabak .. ko nak rabak apa mamat... hancor melayu macam ni

Ucapan melayu pun tak apa... dah le tak reti belagak reti.. ni le jadinya..


Kalau di atas tu kita katakan salah bahasa yang di bawah ni tak tahu nak kata macamana dah terlalu kemaruk nak publisiti sampai penuh DUN Sg Rapat dengan banner Exco Kanan ni... Gila ke apa ni....

Ini pulak tak cukup dengan banner , di bungkusan Tamar dan Bubur Lambok pun ada gambar dia.. pergh teman rasa wakil rakyat tak buat macam ni...



Bubur Lambok Cap Midah 1 Malaysia

Tamar Cap Midah 1 Malaysia

Yang ni masa sidang DUN, sapa yang kejam biasanya pemerintah kejam kepada rakyat tapi kalau rakyat kejam pada kerajaan tu nama kerajaan 'Auuuww tak rela, jangan laa..."


KelicapKuning : Teman sarankan kepada seluruh masyarakat renti le sokong dema, tak ada apa pekdahnya kalau setakat sokong untuk dapatkan habuan bulan kume pun boleh bagi.. bukannya reti dema ni..

Read more...

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN PAS KAWASAN TAMBUN

Kuliah Ust Wan Tarmizi Ketua Urusan Ulama di Surau Kg Sg Tapah selepas program iftar dan penyampaian sumbangan di Klebang Prima

Ust Wan menyampaikan bungkusan sumbangan kepada peserta

Af Ust Loqmanulhakim timbalan dipertua PAS Kawasan Tambun menyampaikan bungkusan sumbangan

Sdr Ketua Pemuda turut menyampaikan bungkusan sumbangan

Antara hadirin yang tekun mendengar tazkirah yang disampaikan oleh AF Ust Loqmanulhakim

Penolong Setiausaha menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu yang hadir

Tazkirah Ust Loqmanulhakim, turut menyentuh betapa perlu seluruh orang Islam berdiri teguh bersama Parti Islam, kerana inilah benteng terakhir orang melayu dan Islam terhadap negara ini

Antara bungkusan yang akan disampaikan, ada banyak lagi.. lepas ni UMNO akan bagi lebih banyak lagi... Bagus2x sekurang-kurang fakir miskin tidak merasa lapar dah selepas hingga tahun hadapan

Para petugas sedang menyediakan jamuan untuk peserta dan hadirin
Ehhh Teman kenal benor dgn mamat baju merah ni...

Read more...

Ust Nor Azlan kritikal di PKJ Ipoh

>> Sunday, August 22, 2010

Beliau sekarang berada di HDU KPJ IPOH Bilik 431.

MOHON ADAKAN SOLAT HAJAT DAN DOAKAN SEMOGA BELIAU DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK.

Read more...

PENGAGIHAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN OLEH PAS CAWANGAN KG SG TAPAH

sdr Ketua Pemuda mengambil kesempatan memberi tazkirah ringkas kepada hadirin.

Sdr Ketua Pemuda menyampaikan sumbangan kepada salah seorang fakir miskin di situ, beliau mewakili PAS Kawasan Tambun.

Tn Hj Mokhtar pun turut bersama menyampaikan bungkusan sumbangan kepada fakir miskin, beliau adalah mantan ketua Kampung Kg Sg Tapah Tambahan yang disayangi masyarakat di situ.

Para penerima gembira dengan bungkusan sumbangan masing-masing dan tazkirah yang disampaikan

Read more...

AKTIVITI MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK PAS MANJOI LAMA

Ok habis, Alhamdulillah
Kerja kuat untuk masyarakat

Ketua Lajnah Kebajikan PAS Cwangan

Masyarakat tempatan mengambil bubor lambuk.

Aktiviti mengagihkan bubor lambuk buat kali pertama diadakan di Surau Al-qiadah ini mendapat sambutan ramai masyarakat sekitar Surau ini, pengagihan yang bermula minggu pertama di bulan ramadhan tahun ini , InsyaAllah akan diteruskan hingga minggu terakhir, Ketua JuruMasak Tn Hj Salehuddin (Pak Lihud) yang menyediakan bubor lambuk ini dengan resipi istimewa dari keluarganya.

Aktiviti ini diadakan setiap hari sabtu dan Ahad di sepanjang bulan ramadhan ini.

Read more...

KEMBALINYA ISTERI TERSAYANG UST BAKAR KEPADA PENCIPTANYA

>> Tuesday, August 17, 2010

"Wahai IsteriKu, pada hari ini kamu akan kembali menemui tuhanmu dan meninggalkan keluargamu.." di antara bait-bait talqin yang di baca AL Ust Bakar... sebak yop


Jenazah di bawa ke dalam kenderaan untuk di bawa ke tanah perkuburan

Al Fadhil Ust Bakar mengimamkan solat jenazah Isteri beliau...


Timbalan PesuruhJaya YB Dato Seri Mohd Nizar yang bergegas selepas berbuka di Parit Buntar dan sempat hadir solat jenazah..

Tn Hj Rahim bersama YB Chan Ming Kai..

KP : terima kasih zenal gopeng teman ambik gambor mike... Kita sedekahkan AL-Fatihah kepada Arwah..

Read more...

MAJLIS PERASMIAN DANA WAKAF KOMPLEKS PAS KAWASAN TAMBUN

Lakaran Pelan Banggunan Kompleks PAS Tambun..

Menyempurnakan gimik perasmian...

Ucapan Perasmian Dana Wakaf Kompleks PAS Kawasan Tambun Oleh YB Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin.

Read more...

SELAMAT DATANG KEPADA HANGLIPO

>> Friday, August 13, 2010

Kami di pastambun.blogspot.com mengalu-alukan kehadiran seorang srikandi yang 'ber'nicknamekan Hanglipo ke medan blog ini, kehadiran beliau nanti di harap akan bertambah variety medan dakwah blog ini, Ahlan wasahlan marhabanbikum... InsyAllah.

Team pastambun.blogspot.com sekarang ialah ;

i. KP
ii.GreenBoy
iii.Kelicapkuning
iv.Lepatparit (kemane mike yop, lame benor x nyumbang, idup lagi ke entah)
v. Hanglipo

kp - nama dan identiti beliau akan dirahsiakan demi menjaga privacy beliau... maklumle kita sekarang berada di dalam negara moronnn.. tak profesional

Read more...

MALAYSIA KENA KEMBALI KEPADA ISLAM, BUKAN INI CARANYA

>> Thursday, August 12, 2010

Remaja bijak buat keputusan isu seks


Aminah Abdul Rahman (empat dari kanan) bersama para tetamu dan selebriti menunjukkan isyarat genggaman tangan sebagai simbol kepada Ya Saya Boleh pada pelancaran kempen Yes I Can di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


MENJADI-jadi!!! Itu mungkin satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi kes pembuangan bayi di negara ini sehingga mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata menatap laporan dan gambar menyayat hati kes berkenaan yang saban hari disiarkan media.

Statistik milik Bayer Schering Pharma Malaysia menunjukkan seramai 80 juta wanita seluruh dunia hamil tanpa dirancang atau tanpa disengajakan setiap tahun.

Manakala daripada 28 juta kehamilan di negara-negara industri, hampir separuh adalah tidak dirancang.

Rekod di Malaysia pula menunjukkan sejak 2005, bilangan kes bayi ditinggalkan mencecah 407 kes dan dari Januari hingga April tahun ini saja, seramai 111 remaja wanita di Malaysia mendapatkan bantuan berhubung kehamilan mereka.

Di manakah silapnya sehingga hampir setiap hari, sebuah negara Islam seperti Malaysia yang mana rakyatnya teguh berpegang kepada amalan agama, dipaparkan dengan berita mayat bayi ditemui di tepi jalan, dalam longkang, tong sampah, sungai, masjid dan lorong.

Rasanya, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) cukup prihatin dalam menangani kes pembuangan bayi ini dan giat menjalankan pelbagai usaha serta kempen kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat.

Bertindak secara proaktif, Bayer Schering Pharma Malaysia bermula bulan ini akan menganjurkan kempen Ya Saya Boleh (Yes I Can) bagi memberi pengetahuan dan kesedaran kepada kaum wanita terutama golongan remaja untuk bijak membuat keputusan berhubung isu seks dan proses reproduksi mereka.

Duta kempen Yes I Can, pengacara dan selebriti tempatan, Julie Woon berkata, langkah Bayer Schering Pharma Malaysia menganjurkan kempen ini adalah amat baik kerana ia dilihat satu tapak ke hadapan untuk membantu masalah kehamilan yang tidak dijangka.

"Sepanjang kempen selama tiga bulan yang akan berakhir November ini, ia akan mensasarkan golongan belia dari umur 18 tahun di beberapa universiti dan kolej tempatan.

"Antaranya adalah Universiti Monash yang akan dikunjungi pada 10 Ogos, Inti Subang (11 Ogos), Segi Subang (17 Ogos), Taylors Lakeside (1 September), Taylors Hartamas (24 September) dan Kolej Sunway (27 September).

"Sempena kempen itu, satu seminar akan diadakan di setiap lokasi yang menampilkan beberapa pakar berkaitan untuk bersama-sama mengulas, berkongsi pengalaman, memberi pengetahuan, mendidik dan menjawab sebarang persoalan berhubung kehamilan di luar jangkaan," katanya pada acara pengenalan kempen Yes I Can di pusat membeli-belah Sunway Piramid, Bandar Sunway, baru-baru ini.

Kempen itu dianjurkan dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persekutuan Persatuan Kesihatan Pembiakan (FRHAM), Persatuan Obstetrikal dan Ginaekologikal (OGSM) serta Majlis Asia Pasifik untuk Pencegahan dan Kehamilan.

Selain Julie, dua duta lain yang dilantik Bayer Schnering Pharma Malaysia untuk menyokong dan mempromosi kempen itu adalah model terkenal, Deborah Henry dan blogger pelancongan, Nicole Tan.

Melalui kempen ini, peserta turut akan diberi pendidikan dan pengetahuan terperinci mengenai pelbagai kaedah pencegahan termasuk dari segi penggunaan pil, suntikan, implan, tampalan, lingkaran vagina dan kondom.

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, kementerian menyambut baik usaha yang dijalankan Bayer Schering Pharma Malaysia kerana langkah itu mampu menggalakkan kesedaran di kalangan penduduk negara ini terutama golongan muda mengenai isu seks.

"Ia sekali gus mampu mengurangkan risiko pembuangan bayi apabila seseorang wanita itu mengambil langkah lebih selamat untuk tidak mengandung jika tidak bersedia.

"Dengan kempen ini, ia memberi peluang kepada peserta mendengar ilmu baru yang mungkin tidak diketahui mereka secara mendalam dan membantu mereka berkongsi persoalan atau keraguan dengan pakar secara terbuka.

"Kementerian sememangnya menggalakkan dan menyokong kempen atau program seumpama ini demi nama baik negara dan kebaikan rakyat," ujarnya.

KP - Ini bukan caranya.. dipendekkan cerita takkan kempen nak tuju kepada org dah kawin, sure untuk anak dara , kalau anak dara sure x kawin lagi, so apa maksud kerajaan ni , mengalakkan zina tapi jangan mengandung... apa citer nie..

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP